Thirty four

971 46 0
                                    

Laju mereka berlari memasuki kawasan pusat membeli belah. Bunyi derapan kaki mereka menarik perhatian beberapa pengunjung.

" Mana..akak dekat mana?"

" Dekat level dua...naik eskalator je ada toilet.."   Rania menahan suara tangisnya. Tidak mahu Rycca risau.

Talian terus dimatikan. Saat mata tertancap pada eskalator, Rycca mendecit. Sesak! Terlalu ramai orang diatas eskalator!

Rycca tersentak apabila tangannya diraih kemas oleh Ryan. Wajah Ryan serius.

Orang orang di eskalator itu, Ryan rempuh dan menciluk ditengah tengah. Sempit!

Bunyi bising mula kedengaran. Rycca hanya terkial kial mengikut Ryan. Bahunya kerap berlanggaran dengan entah siapa siapa.

" Tepi lah!"  Ryan menjerkah. Genggamannya pada Rycca kian kemas. Bimbang terlepas. Hati pun menangis tak tentu pasal.

Okay, hiperbola.

Akhirnya, sampai di level 2. Mata mereka liar mencari kelibat Rania dan Jasmin.

" Cari ibu Min sekarang!!"

Rycca tersentak. Dada dipegang. Kuatnya suara! Nyaring!

Laju kepala berpaling. Kelihatan Rania cuba mendekati Jasmin, namun wanita itu menepis keras.

" Cari ibu Min dululah!"

" Akak!"

Rycca menerpa kearah Rania. Tubuh Rania ditarik supaya menjauhi Jasmin. Ryan mendekati Jasmin. Mata wanita itu direnung.

" Abang..tolong Min cari ibu..." 

Ryan kaget. Tingkah laku Jasmin kini tidak ubah langsung seperti kanak kanak.

" Jasmin. Ni aku, Ryan. Kau okay?"

" R..Ryan? Siapa Ryan?! Min nak ibu lah! Ibu Min, Husna lah!"

Air mata semakin laju turun. Wajah Jasmin sembab. Air mata dan hingus meleleh leleh.

Rania tersentak. Lengan Rycca dicengkam. Nama itu..dia pernah dengar nama itu..

Ryan garu garu kepala. Wajah Rycca dilihat sekilas. Dapat dilihat raut keliru pada wajah wanita itu.

" Min! Min buat apa dekat sini? Jom balik!"

Dua orang lelaki berbadan sasa dan berpakaian gelap muncul dari tengah tengah orang ramai. Mereka termengah mengah.

" Kau?!"










****











Mata Ryan bersinar garang apabila melihat dua figura itu. Penumbuk digenggam. Lelaki lelaki ini! Ryan tahu mereka yang menganiaya kereta Eiman!

Duke dan Brian telan liur. Sungguh! Mereka tidak menjangka akan terjadi perkara sebegini! Ada Ryan didepan mata!

Buk!

Rahang Duke ditumbuk keras oleh Ryan. Duke mengerang kuat. Dia tertolak ke belakang.

Brian mendecit. Dia berlari laju kearah Ryan dan mengangkat lengan untuk menghentak.

Laju Ryan berpaling dan kaki diangkat menendang abdomen kanan. Brian terjatuh. Orang ramai menekup mulut.

Rycca tergamam. Dia gelabah. Tak! Mereka datang sini bukan untuk membuat hal!

Saat Ryan mahu mengangkat penumbuknya lagi, Rycca mencengkam lengan Ryan. Anak mata hitam lelaki itu ditenung sayu. Tidak peduli akan pandangan garang itu.

My Soulحيث تعيش القصص. اكتشف الآن