Fourty two

1K 56 0
                                    

Rycca hanya menongkat dagu seraya melihat si lelaki yang tekun membuat kerja. Dari tadi skrin laptop itu dipandang seperti hendak tembus.

Itulah. Dekat office tadi melayan Rycca. Ha.. kan dah kena bawak balik kerja yang tak sempat siap.

" Haih.."

Rycca melepaskan hela nafas perlahan. Makan? Dah kenyang dah. Tengok tv? Cerita tak menarik.

Nak buat apa?

Malas mahu mengganggu Ryan, Rycca membawa diri ke luar bahagian sliding door. Ditolak sliding door itu dan angin menderu deru masuk.

" Hehe"   Rycca sengih. Angin kuat membuatkan rambutnya tertolak ke belakang. Mata dipejam.

Hah! Sejuk dan segar!

" Rycca buat apa?"

" Ha!"

Laju Rycca berpaling. Ryan sudah terpacak betul betul belakangnya. Nafas ditarik panjang.

" Terkejutlah"

Ryan hanya diam. Kepala dijenguk untuk melihat ke luar.

" Saja..pusing pusing.."

Kening Ryan terangkat. Kemudian dia tersengih. Dia memeluk tubuh.

" I see, ada orang nak mati bosan dekat sini "

Rycca mencebik. Amboi! Mati mati terus eh.

" Bukanlah! Rycca tak tahu nak buat apa. Jalan jelah. Lagipun taknak lah kacau abang buat kerja. Macam sibuk je..kerja apa tu?"

Terkelip kelip mata Ryan. Penjelasan bercampur dengan persoalan. Dia ketawa.

" Banyak cakap. Kenapa tak panggil abang? Boleh je abang berhenti"   ujar Ryan seraya menarik sliding door untuk ditutup.

Tangan Rycca diraih dan dibawa untuk duduk di sofa.

" Tak naklah. Rycca tak nak kacau. Abang buat kerja kasi habis dulu"

" Just let them be. Abang nak dengan Rycca sekarang"

Ah fine.

" Herm, ceritalah pasal Carl tu?"

Ryan terdiam sebelum menghadiahkan sebuah senyuman manis. Duduk dibetulkan dan genggaman tangan dieratkan.

" Sure"









****











Alicia mengerling jam tangannya. Sudah lewat.

Beberapa kali Ryan berpesan supaya pulang awal, tapi tak. Alicia tetap mahu menghabiskan kerjanya sebelum pulang.

Meja dikemas dan cawan yang sudah kering dibawa ke pantri dan dicuci.

Semua fail yang penting, Alicia simpan didalam sebuah rak yang berkunci didalam pejabat Ryan.

Dia orang terakhir meninggalkan tingkat itu. Sebaik sahaja memasuki lif, jantung Alicia berdegup kencang. Wajahnya berubah kerut.

Ada apa apa yang dia lupa ke? Terlepas?

Ryan sudah selamat berada di penthouse bersama Rycca. Cuma tinggal staff hotel yang bertugas di waktu malam. Apa lagi?

Ting!

Pintu lif terbuka. Satu langkah Alicia keluarkan dari lif, dia tergamam.

" Get in! Naik atas balik!"

Seorang staf lelaki yang berada betul betul didepan lif terus menjerkahnya. Alicia terpaku. Lengannya ditolak untuk memasuki lif semula. Darah terpalit pada lengan.

My SoulWhere stories live. Discover now