Fourty three

953 52 0
                                    

Eric masih lagi menatap telefon pintarnya. Sesekali dia melihat kearah Eiman, dan Medina yang sudah pengsan dekat kerusi.

Tak faham betul. Takde tempat lain ke nak tidur? Apasal nak sangat menyibuk dekat sini?

Terkejut Eric apabila telefonnya berdering. Laju dia mengangkat supaya tidak menganggu insan yang sudah tertidur itu.

" Helo? Ha..kenapa?"

" Tolong aku. Pergi dekat rumah baru Ryan, tolong Rycca dengan Alicia"   kata Jumbo dengan senafas sahaja.

Kening Eric bertaut. " Kejap. Apa jadi?"

" Jay. Dia ada dekat hotel sekarang. Aku on the way situ"

Berubah wajah Eric. Matanya bersinar.

" Tukar location. Kau pergi rumah Ryan. Aku datang hotel"

Tuttt...

Eric matikan talian begitu sahaja. Laju dia keluar dari bilik itu dan mengambil beg pakaiannya. Pergerakannya sedikit lancar.

Jean dan t-shirt disarung. Topi diambil. Bilik Eiman dituju semula.

Kepala Eiman diusap. Eric tersenyum. Dia mengejut Medina.

" Hey, bangun"

" Hurm? Eh? Awak nak pergi mana ni?"

Medina terus bangun dan segar bugar. Katil Eiman dijeling.

" Jagakan abang aku. Aku ada hal"

Terpinga pinga Medina. Pakaian Eric ditilik. Mencurigakan betul.

" Kalau dia sedar macam mana? Kenapa saya? Apa hal awak?"

Eric mendengus. " Aku takde masa nak explain budak. Jagakan abang aku. Aku keluar sekejap"

Pintu bilik dibuka. Kelam kabut Medina jadinya.

" Kalau dia sedar?!"   jerit Medina. Eric berpaling.

" Panggil doktor!"

Medina mencebik. Entah apa hal yang penting sangat tu.

Dia menutup pintu dan duduk di kerusi yang Eric selalu duduk. Wajah Eiman ditatap.

Hurm, bila tidur nampak baik. Kalau dia sedar..nampak jahat. Nakal. Tch.   

" Haih, macam mana lah awak boleh hidup lagi? Adik awak pun sama. Ajaib betul"

" Saya pun jadi nak tahu awak siapa. Haih..."

Medina garu garu kepala. Patut ke dia sambung tidur semula?

" Tidur? Tak? Makan? Nak ke tak nak? Handphone? Herm..bosan. Nyanyi? Lagi-"

" Bisinglah perempuan"

" Argh!"

Pang!

Terjatuh kerusi itu apabila Medina bangun secara mendadak. Wajah Eiman dipandang tak berkelip. What? 

" Er..awak..dah sedar. Wow.."

Berkerut dahi Eiman menahan sakit. Dia cuba untuk bangun tetapi dihalang Medina. Dia akur.

" Eric? Dia hidup lagi kan?"

Medina senyum. " Ya, dia dah sedar. Tapi dia keluar sekejap tadi"

Eiman mengangguk. Dia memejam mata.

" Sekejap. Saya panggil doktor"

" Tiara Medina. Duduk sini"

Eh?









My SoulWhere stories live. Discover now