Six

1.3K 65 4
                                    

Kepala digelengkan perlahan tanda tidak mahu. Mulut menguyah perlahan.

" Saya pengsan. Bukan sakit apa sampai nak suap suap"   ujar Rycca sedikit tidak puas hati.

Sebaik sahaja bangun dari tidur tadi, terus Ryan menyuruh Rycca mencuci muka sebelum dia menyuap Rycca makan.

Ryan hanya buat muka selamba. Ayam dipotong kecil.

" Nak ayam?"

Rycca rasa macam nak tepuk dahi kuat kuat. Memang cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri betul!

" Dahlah. Saya tak berapa nak selera."

Ryan mengangguk. Pinggan diletakkan diatas meja dan air dicapai. Rycca melayankan sahaja Ryan yang tengah 'memanjakan' dia.

Apesal ntah!

Kemudian Ryan capai sehelai kertas putih dengan contengan bulatan bulatan. Rycca mengerutkan kening.

Anak mata Rycca dipandang tepat.

" Kertas ni, cerita yang kau bagitau aku. Bulat bulat ni, cerita kau yang tak habis. You hide something" 

Rycca terkedu. Kertas itu dipandang lama. Dia menarik nafas sebelum berkata,

" Awak siapa. Nothing. Awak takde kaitan dalam hidup saya. Kenapa saya kena cerita semua?"

Diam.

" Ya, memang saya terhutang budi dengan awak banyak sangat. Thank you so much. Maybe ni semua kebetulan. Awak-"

" Kalau aku cakap ni memang takdir kita?"   potong Ryan laju. Terhenti kata kata Rycca.

Takdir.

Rycca tergelak.  "Awak ni kenapa? Takdir?"

Ryan turut tersenyum. Memang, kalau dia nak cakap pasal takdir pun, mesti kelakar kalau kawan kawan dia dengar. Nama je Islam, tapi suruhanNya selalu diabaikan.

Tapi, kalau untuk wanita dihadapannya ini..dia sanggup. Dia akan ikhlas untuk berubah. Demi kebaikan diri sendiri, dan wanita itu.

" First time we meet..boleh aku cakap yang, aku dah jatuh suka dengan kau?"

Sekali lagi Rycca terkedu. Dia rasa semuanya berlaku dengan pantas. Apa yang Ryan cakapkan ni?

" Kejap. Apa ni? Saya. Tak. Kenal. Awak. Tiba tiba?"

Ryan mengeluh perlahan sebelum menyengih. Ya. Tiba tiba sangat. Kepala diketuk perlahan. Kenapa ni?

" Takpe lah. Slow slow. Kau kalau ada masalah share lah dengan aku. Aku memang nak tolong kau "

Diam. Ryan melihat wajah Rycca.

" Aku selalu ada dengan kau..Rycca Atma"

Rycca terpinga pinga.

" Aku nak satu hari nanti, kau cerita dekat aku semuanya"   ujar Ryan. Wajah keliru Rycca dipandang.

" Kau nak balik? Aku hantarkan. Kau rehat cukup cukup, esokkan kau sibuk"  lengan Rycca dipegang untuk berdiri.

" Eh? Awak tau?"

Ketawa pecah. Pintu bilik dibuka. Rycca hanya mengekori Ryan. Sesekali mata melilau sekeliling. Suram je...scary!

Bang!

Rycca telan liur. Ryan tepuk dahi. Time macam nilah nak dengar bunyi bagai.

" Kau okey?"

Rycca tidak memberikan reaksi. Lengan baju Ryan dicengkam kuat. Bagaikan taknak lepas.

" Jangan takut. Sini kawasan kitaorang"

My SoulWhere stories live. Discover now