Fourty four

997 49 2
                                    

Sepanjang Ryan dirawat oleh Amar, Rycca sentiasa di sisi lelaki itu. Tidak meninggalkannya walaupun sekejap.

Bertungkus lumus Amar mengerah tenaga untuk mengeluarkan peluru. Habis sofa kotor dengan darah, kapas turut terkeluar dari bekas.

Selepas beberapa jam, rawatan sudah pun selesai. Rycca menarik nafas lega. Lega apabila tidak perlu melihat wajah kesakitan pada wajah Ryan.

" Aku dah cuci semua, dah balut. Kau rehat. Nanti aku datang lagi"

Ryan hanya mengangguk. Perlahan lahan dia bangun dengan bantuan Jumbo.

" Semua nak balik ke?"

" Haah"   serentak mereka menjawab. Walaupun sudah tengah malam, kediaman sendiri lagi selesa. Lagipun masing masing pandai menjaga diri. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Eric turut membantu memapah Ryan. Sempat Ryan berpesan kepadanya supaya tidak bertindak melulu. Begitu juga dengan Alicia. Jangan bertindak tanpa arahan.

Selepas melihat Ryan selamat baring di atas katil, seorang seorang keluar dari rumah itu. Jumbo merupakan orang terakhir untuk memastikan semuanya selamat.

Rycca tersenyum nipis melihat kereta Jumbo bergerak meninggalkan rumah mereka. Dia melihat sekeliling sebelum naik memasuki bilik dan mengunci pintu.

" Rycca, tidur sebelah abang "

Ryan, takpayah cakap pun Rycca tetap akan buat. Duvet diselak dan Rycca duduk diatas katil. Perut Ryan yang berbalut pembalut itu dipandang. Lelaki itu tidak berbaju. Lagi selesa pergerakannya.

" Abang tidur lah. Terima kasih "

Ryan hanya senyum. Senyumannya semakin melebar saat Rycca memeluk lengannya dari sisi. Dahi Rycca dikucup lama.

Rycca tak suruh pun, Ryan akan buat apa sahaja untuk melindungi wanita itu.









****










Eric tergamam apabila melihat Eiman sedang leka memerhati wajah Medina yang sudah tertidur dengan kepala berlapikkan lengan.

" Oh..Eric-"

" Kau dah sedar?"

Eiman senyum. Tangan kanannya dilambai lambai.

" Aku okay. Cuma tangan kiri aku tak okay. Kau?"

Mata Eric mula bergenang. Kenapa reaksi Eiman selamba sangat? Dia tak risaukan diri dia sendiri ke? Dia tak bagitahu orang pun yang dia dah sedar!

" Kau kenapa?"   soal Eiman. Dia memanggil Eric supaya mendekati. Eric akur.

" Auch!"   Eiman mengaduh apabila tangan Eric mencubit kuat lengannya. Dia menjeling Medina untuk melihat keadaan gadis itu.

" Kau kenapa? Tak risaukan diri sendiri ke? Selamba je kan!"

Terjaga Medina gara gara jeritan sederhana kuat Eric. Terkebil kebil gadis itu melihat Eiman dan Eric silih berganti.

Eiman hanya senyum. Dia menyandar selamba.

" Aku tak risau kalau kau tak selamat Eric. Sekarang kau dah selamat, baru aku nak risaukan diri sendiri "

Eric mengetap bibir.  " Kan kita dah janji untuk sayang diri masing masing dulu. Kau lupa?"

" Aku tak lupa. Tapi aku tak boleh buat"

Akhirnya kata kata Eric mati mendengar jawapan Eiman yang satu itu. Medina turut terasa walaupun tidak tahu menahu pangkal cerita.

My SoulWhere stories live. Discover now