Four

1.3K 71 4
                                    

Seperti biasa, Rycca akan membuat kek dahulu sebelum ke kelas. Kalau kelasnya lambat sikit, dapatlah buat banyak.

Kena bersiap sedia! Pejam celik pejam celik, hari majlis The Chandelier hampir tiba. Besok harinya. Nasib program nya malam, ada banyak masa lagi.

Rycca berazam untuk buat betul betul. Ini kali pertama Sweet Bakery menerima tempahan besar, memandangkan kedai ini masih baru juga.

Kring!

Rycca angkat kening. Aik..kedai tak bukak lagi, tapi dah ada orang datang?

Tangan dikibas kibaskan pada apron. Kaki melangkah keluar dari dapur.

" Oh! Hai Rycca! Akak datang ni sebab nak jumpa Rania. Dia mintak akak datang"

" Oh..hai kak. Kak Rania ada dekat belakang kot. Try cari"

Rycca mahu berpaling semula. Ingin menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Tapi terhenti apabila mendengar satu suara.

" Kau jangan ingat kau lepas.."

Drastik dia menoleh. Mencari gerangan suara tersebut. Sifar!

Rycca memandang Jasmin. Jasmin turut menoleh mencari suara itu kerana dia turut terdengar.

" Hm..siapa tu Rycca?"  sedikit takut suaranya. Rycca terdiam. Tak mungkin Jasmin. Suara tadi memang suara perempuan, tapi sangat kasar dan keras.

Rycca menarik Jasmin supaya mengikutnya.

" Khayalan je kut tu. Jom, cari kak Rania "

Jasmin hanya mengangguk dan mengikut Rycca. Lengan Rycca dipegang erat.










****











Kay hanya lalu melintasi Rycca begitu sahaja. Tiada panggilan, ugutan ataupun lain lain.

" Uh? Tak cari aku? Aku dah bawak baju dengan air sebotol dah ni.."   Rycca menggumam perlahan. Matanya hanya memandang kelibat Kay hingga hilang dari pandangan.

Botol air diusap. " Tsk tsk..jimat kau air. Muah!"

Rycca sengih seorangan. Dia kembali berjalan menuju ke tempat parkir. Didalam kepalanya sudah tercongak congak aktiviti yang ingin dilakukan harini.

Yelah..

Sia sia dia datang kolej, tapi kelas dibatalkan! Urghhhh naga menyemburkan api betul!

Kunci kereta dikeluarkan. Nak cari barang buat kek besoklah. Ajak Rania sekali.

" Auch! Uhuk uhuk!"

Rycca tertarik kebelakang apabila tudungnya ditarik kasar. Habis tercabut pin dan peniti. Pipi sudah calar kerana peniti. Rambut Rycca jelas terpampang.

Tangan Rycca naik ke leher. Rasa macam kena jerut!

" Kay!"

Buk!

Rycca terjatuh kebelakang. Wajah Kay yang ganas dipandang. Ah masih bodoh! Ingat dah bertaubat!

" Hey aku benci kau lah perempuan! Apesal nasib kau baik sangat hah?! Even kena rogol dengan bapak sendiri pun, orang still rileks dengan kau?!"

Terus merah wajah Rycca. Dia berdiri. Badannya sakit sakit.

" Apa masalah kau perempuan? Kau ingat aku tak tahu ke kau yang bagitau semua orang! Diaorang relax sebab diaorang tau aku yang jadi mangsa! Ada sense! Bukan macam kau! Cemburu membabi buta!"

Leher Rycca dicekak kuat.

" And sebab tu jugaklah..aku kena tempias. Konon konon aku pun sama jadi mangsa. Punyalah aku reka cerita sampai diaorang percaya aku! Tapi tak jalan!"

My SoulWhere stories live. Discover now