Twenty five

1K 48 0
                                    

" Hello? Kay!"

" Aduh..kau rupanya. Hey, dah tukar nombor ke apa ni?"

Rycca tertawa halus. Rasa pelik sebenarnya bila pegang telefon ni. Orang dah bagi kan, pakai jelah. Nanti baru Rycca plan nak berterima kasih. 

" Haah, aku tukar handphone. Tukar nombor sekalilah, sebab telefon aku tu jatuh longkang."  jelas Rycca. Kelentong sikit part longkang tu.

Yang sebenar benarnya, telefon itu terjatuh dan ditinggalkan! Tch, sadis.

Terlepas ketawa Kay. Kuat pulak tu. Namun cepat cepat dia matikan ketawanya. Yelah, dia sedang bekerja dan pelanggan tengah perhatikannya sekarang ni!

" Macam mana pulak boleh terjatuh? Aku tahu lah kau ni selalu careless, sampai telefon pun terjatuh? Longkang?"

Rycca mencebik. " Dah ajal telefon tu sampai situ aje. Kau nak suruh aku buat apa? Ambil balik lepastu buat CPR?"

Kay ketawa lagi namun ditahan tahan supaya tidak terlepas kuatnya.

" Hish kau ni. Aku call ni sebab nak bagitahu aku tukar nombor! Dah melencong lain."

" Alah, sembang sikit aje pun. Okeylah, aku letak dulu?"

" Kerja ke?"  tak menyempat nyempat nak menghalau!

" Haah. Tak buat apa pun. Tinggal susun barang aje. Siap cepat boleh aku balik cepat."

Kerja? Pertama kali Rycca tahu yang Kay kerja, dia pelik juga. Yelah, ayah Kay mampu kut nak tampung semua. Lebih dari cukup. Alasan Kay, dia cuma nak habiskan masa lapangnya.

Lagipun, bukan kerja apa pun. Hanya jadi pekerja di kedai serbaneka.

" Okaylah, kerjalah kau."

Talian dimatikan seusai mengucap salam. Rycca melihat telefon ditangannya. Macam tak percaya. Yaish.

Ryan pula awal awal dah save nombor dia. Pasrah ajelah.

Rycca menjadi tertanya tanya. Apalah yang Ryan buat sebulan ni? Kerja ke?  Kenapa taknak jumpa orang?

Keluhan dilepaskan. Mulut dapat menafikan, tapi hati tak. Dan entah kenapa, Rycca rasa menyesal dengan keputusannya.

Kala ini, Rycca fikir, biarlah dia tak sempurna pun, dia mahu menjadi selfish. Tetap mahukan Ryan. Tetap sukakan Ryan.

Tapi..macam mana nak tarikk semula keputusannya? Entah entah Ryan pun sudah tawar hati. Jangan jangan Rycca dia gelakkan sahaja nanti.

Itulah pemikiran Rycca. Pemikiran yang terburu buru dan rasa ragu ragu asyik menjengah, rasa merendah diri dan tidak yakin asyik melintas.











****












Sudah dua minggu berlalu, Rycca rasa seperti cacing kepanasan. Tidak betah jika tiada kelibat si dia dalam kehidupan harian.

" Rycca? Eh eh, Rycca!"  terjerit Rania jadinya apabila jari Rycca terhiris dengan pisau. Habis menitik darah diatas buah potong.

Asalnya mahu memotong buah buah itu untuk menghias kek, nampaknya darah dulu yang mendarat.

Terkedu Rycca. Laju pisau dilepaskan dan tangan dibawa ke sinki. Dia mendesis perlahan apabila air mengalir di lukanya.

Rania mendekati adiknya.

" Kenapa Rycca ni? Makin hari makin tak betul aje akak tengok. Ni sampai terluka. Rycca ada masalah ke?"

Hati Rania sudah rawan. Pasal Kay ke? Tapi Kay sendiri dah berjumpa dengannya haritu. Lama mereka bersembang, memulihkan hubungan seperti dahulu kala. Takkan Rycca fikir pasal Kay lagi?

My SoulWhere stories live. Discover now