Fifty one

933 47 2
                                    

Wajahnya sudah sembab. Tangan sudah penat menyeka air mata yang tidak henti mengalir.

Dada dipegang. Kenapa jadi macam ni? Kenapa?

Baru sebentar tadi, dia menghubungi Rania. Tahu menganggu kerana masa tidak sesuai. Tapi, Rycca nakkan jawapan.

Dia ingat bila wajah Rania berubah saat nama Husna disebut. Dan haritu dia macam terdengar perbualan Ryan dan rakannya tentang nama itu juga.

Seakan akan berkait dengan serangan ini. Daripada awal kemunculan Jasmin hingga sekarang apa yang Rycca tahu, Jasmin hilang.

Kebetulan, Ryan juga mula hadir dalam hidup dia. Takdir, lelaki itu yang melindungi nya dan membantu nya sehingga mereka bersama.

Kata Rania...

" Rycca ingat makcik Husna? Dia lah penyebab ayah kena tangkap dan masuk ke penjara. Sebab dia ada bukti kukuh yang ayah buat tak elok dekat dia"

" Tapi, makcik Husna tu meninggal jugak sebab cedera teruk. Sama macam arwah ibu, ayah pernah pukul makcik tu sebab tak dengar cakap"

Rycca bagaikan sesak nafas setiap kali mendengar penjelasan Rania yang semakin berkait.

" Time tu, macam macam orang cerita. Ada yang tak betul, ada yang tak. Akak dengan abang Haziq ambil yang ini sebagai cerita betul aja. Setakat yang kami tahu"

" Jasmin?"   Rycca bertanya halus. Perut diusap lembut.

" Dia anak tunggal makcik Husna. Akak tak tahu banyak pasal Jasmin. Tapi, Ryan kata, ayah Jasmin dulu dera dia. Macam macam Jasmin kena, sampai personaliti dia keluar. Dan si Jay tu yang tekad nak cari pembunuh mak dia"

" Tapi makcik Husna tu dah takda kak!"

" Itu yang Jay marah. Makcik Husna mati sebelum ayah mati. Yang bagi bukti dekat mahkamah, jiran diaorang. Bila dia dapat tahu ayah pun dah takde, sebab tu dia sasarkan kita"

Automatik Rycca gelak. Gelak hambar, tapi dia rasa lucu. Rania terdiam.

" Kita? Ryc akak, Ryc! Dia nak Ryc sebab Ryc pernah alami apa yang mak dia pernah rasa! Dia nak Ryc akak!"   suara ditahan tahan.

" Banyak akak tahu? Ryan share?"

Rania mengeluh. Tak tahu nak balas apa.

Rycca tak beritahu pun apa keadaannya sekarang. Hilang rasa nak memberitahu. Harapkan kehadiran Eiman sajalah.

Polis?

Bukan nak kata anggota polis tidak hebat. Tak. Tapi, Rycca buntu. Kalau dia hubungi polis, Jasmin akan kena tangkap.

Dia...

Tak mahu itu.











****









" Argh!"

Ryan mengerang kuat saat kulit lengannya bergesel kasar dengan bucu meja.

Bibir yang berdarah dikesat laju. Mata Ryan mencerlung. Jay yang sudah termengah mengah itu dipandang.

" I'm not done yet"   kata Jay seraya meluru ke arah Ryan. Ditolak badan lelaki itu kuat sehingga terkeluar dari kawasan bilik.

Ryan menahan menggunakan kaki. Dia membalas tolakan Jay dan Jay terdorong ke belakang. Kaki Jay terpijak sesuatu dan dia tergelincir.

Ryan telan liur. Itu kepala Brian dan Duke.

" Kau syaitan. Kau bunuh diaorang. Kau fikir kau siapa?!"

My SoulHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin