Thirty seven

1K 50 0
                                    

" Jaga dia elok elok. Dia sayang kau Rycca"  pesan Natasha. Dia tersenyum manis.

Rycca tergelak. Termasuk kali ni sudah berapa pesanan yang Natasha pesan. Itulah, inilah. Belum termasuk Kay lagi. Minah tu lagilah. Gelabah macam dia yang jadi isteri orang.

" Ya, terima kasih sebab datang. Awak pun, jaga baby tu baik baik"   Rycca mencucuk perlahan perut Natasha yang masih kempis.

Natasha ketawa. Perutnya diusap perlahan.  " Insya Allah..kau jaga diri. Apa apa call aku"

Hanya anggukan diberi. Rycca membawa Natasha sehingga pintu pagar. Disitu Airiel sudah menunggu.

Natasha berhenti dan berpaling.

" By the way, kau cantik sangat hari ni"

Terhambur ketawa Rycca. Cantik?

Mungkin dia patut akui. Tak pernah dia berhias sebegini. Walaupun hanya ber make-up nipis dengan baju kurung moden serba putih, dia tampak cantik dan menawan.

Sepadan dengan Ryan yang lengkap berbaju melayu cekak musang. Ehem...

Ryan tersangatlah kacak masa mengucapkan akad nikah depan tok kadi ya anda anda semua. Yaish!

Setelah kelibat kereta Airiel menghilang, Rycca berpaling untuk memasuki rumah semula. Keluarga Haziq juga sudah pulang.

Kay pula sudah pulang ke hotel dan berangkat pada pagi esok. Rania menawarkan tempat tidur, tetapi Kay menolak dengan sopan. Tak mahu menyusahkan.

Katering juga sudah dikemas dan dibawa balik. Kini, rumah itu sudah bersih seperti sediakala.

Semua jiran jiran rapat juga sudah berangkat. Hanya tinggal Ryan, Rycca, Rania, Haziq, dan lagi tiga orang tu.

Jumbo, Amran dan Amar.

" Kak Rania mana?"  soal Rycca kepada Haziq yang sedang bersembang dengan Jumbo. Haziq menunjukkan kearah atas.

" Oh, Ryan?"

" Atas juga. Bilik Rycca lah"

Rycca mengangguk. Perlahan lahan langkah dibawa menaiki tangga. Apabila kaki sudah sampai dihadapan bilik, tangan naik dan pintu dikuak perlahan.

Rycca masuk dan menutup pintu. Dilihatnya Ryan sedang leka memerhati rak bukunya. Sesekali tangannya membelek belek buku buku tersebut.

" 13 Reasones Why? Kenapa beli buku? Kan dah ada series cerita dia?"  soal Ryan tanpa memandang Rycca. Buku itu diambil dan dibelek.

" Beli je. Saja. Try baca jugak selain tengok"  jawab Rycca.

" Clay tu handsome apa"

" What? Excuse me, abang lagi handsome okay?"  Ryan mencebik. Rycca ketawa halus. Ryan didekati dan buku itu diambil dan diletakkan semula pada tempat asalnya.

" Pergilah mandi. Panas ni"

Tanpa diberi arahan, Rycca membantu Ryan membuka butang baju melayu. Ryan hanya membiarkan.

Anehnya, takde la Rycca kekok. Semua spontan.

Selepas bersusah payah nak membuka, akhirnya berjaya. Ryan menggosok gosok lehernya. Panas!

" Gatal ke?" 

Ryan menggeleng.  " Biar je. Lepas mandi ni okay lah kut"

Tiba tiba, Ryan tergelak. Terkaku Rycca dibuatnya. Dah kenapa tetiba gelak macam tu? Seram!

" Abang! Kenapa gelak?"

" Hahaha. Takdelah, teringat masa Leo kahwin. Abang pun kena pakai baju melayu sekali dengan Carl. Situasi dia lebih kurang aje. Panas dan rimas "

My SoulWhere stories live. Discover now