Halaman 1 : Pinangan

383 32 3
                                    

Tersebutlah sebuah kisah di sebuah perkampungan bangsawan yang dikenali sebagai Kampung Cahaya Bintang.

Terdapat sebuah rumah sederhana dengan ukiran tradisional tersergam agak jauh dari kejiranan yang lain.

"Assalamualaikum tuan rumah!"

Beberapa ketika kemudian, pintu berukir bunga-bungaan itu terbuka. Terjengkul, seorang lelaki separuh abad umurnya. Rambutnya memutih sedikit di bahagian hadapan.

Dia memicingkan mata dan tersenyum lebar menerima beberapa orang tetamu itu.

"Oh, gerangan tuan bendahara, Laksamana dan syahbandar rupanya! Silakan masuk mamanda menteri sekalian!"

Pintu kayu dikuak luas.

"Anakanda Mawar!"

"Ya, ayah?" Seorang gadis muncul menutupi kepala dengan kain batik.

"Sediakan air dan makanan buat tetamu. Mamanda menteri berkenan menziarah kita."

Mawar mengangguk dan seraya ke dapur. Rasanya ubi rebus ada lebihan sarapan pagi tadi. Senanglah, dia hanya perlu membancuh air sahaja.

Tempayan di sudut dapur dicapai. Pili yang diperbuat dari batang buluh dibuka dan air memenuhi bekas itu.

Berat sungguh bekas itu. Kalaulah ada tempayan yang ringan sedikit. Nanti dia akan tanyakan kepada Hang Hamzah, si pembuat tempayan terkenal di negeri itu.

Lenguh tangan kecilnya mengimbangi saiz tempayan itu untuk diletakkan atas tungku.

Api dihidupkan menggunakan ranting kecil terlebih dahulu. Kemudian dia mengambil beberapa biji bokor dan helai daun pisang untuk dijadikan alas. Diceduknya juga kelapa parut diletakkan di atas daun pisang itu.

Siap!

"Wah! Enaknya bau! Jika beginilah, Mawar sudah betah untuk berumah tangga!"

Mawar hanya tersenyum simpul mendengar gurauan sahabat ayahandanya itu.

"Isy, pak cik ini. Mawar sungguh yakin semua anak dara di pelusuk kampung Cahaya Bintang amat pandai dalam bab memasak ini. Bukannya Mawar seorang sahaja"."

Mamanda menteri berempat itu berasa girang hendaknya mendengar ulah anak gadis Yang Amat Mulia Temenggung itu.

"Ayah, Mawar hendak ke pekan sebentar. Ada temujanji bersama Melati dan Orkid. Ayah izinkan?" Mawar dengan sopan meminta izin.

"Boleh, nak. Janji denganku kau jaga dirimu sepanjang perjalanan. Balik sebelum dinihari ya!"

"Baik ayah. Mawar pergi dahulu ya, pakcik sekalian, ayah. Assalamualaikum."

Capal nipis disauk sebelum melangkah keluar ke jalan bertanah merah.

"Waalaikumsalam." Salam dijawab serentak oleh mereka.

Temenggung Seri Setiawan atau lebih mesra disapa, Temenggung Ali menghela nafas berat mengekori langkah anaknya dengan ekor mata.

Bendahara Sri Kesuma perasankan ulah sahabatnya itu. Lantas dia menyiku Syahbandar di sisinya.

Syahbandar Seri Menanti yang ralit mengunyah ubi kayu yang dicicah dengan kelapa parut hanya mengangkat bahu.

"Mengapa adinda Temenggung? Apa yang membuatkan adinda berdukacita?"

Bendahara Sri Kesuma membuka bicara. Tidak sering sahabatnya itu berkelakuan begitu. Seringnya dia berlaku girang. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Ah, tiada apa yang perlu dirunsingkan. Hamba tidak apa-apa."

"Jangan begitu. Kita ini ibarat saudara. Rapatnya kita ini ibarat isi dengan kuku. Masakan ada rahsia di antara kita!"

"Ayuh, kekanda. Nyatakan sahaja. Kami ingin tahu!" Laksamana Seri Armada kini memintas kata-kata Laksamana laju.

Temenggung Seri Setiawan mengangkat wajahnya seraya memandang satu persatu wajah sahabat karibnya itu.

"Sepurnama yang lalu, ada yang datang meminta Mawar."

Ketiga pembesar itu kelihatan tidak terkejut sedikit pun. Itu bukannya kali pertama mendengar perkabaran sebegitu.

Siapa tidak kenal Dang Mawar Jelita? Rambut perangnya ikal mayang, alis matanya cantik, tidak lupa juga bibir bak delima merah dan secubit tahi lalat di tepi bibir.

Seiras betul dengan arwah bondanya. Dang Kesuma Meranti.

"Bagaimana? Adinda menerima pinangan tersebut?"

Buat kesekian kali, Temenggung
Ali mengeluh lembut.

" Sepertinya kalian tidak mengenali Mawar?"

Tememenggung malah memulangkan semula pertanyaan itu. Dia malah bungkam.

"Ah, sudah pasti dia menolaknya bukan? Hamba amat teliti pada gadismu itu, kakanda. Dia punyai wawasan tinggi."

Syahbandar menyandar tubuhnya di tiang rumah. Manakala Bendahara dan Laksamana berpandangan sesama sendiri.

"Apakah benar begitu?" Soal mereka serentak.

"Iya. Hamba tidak tahu hendak apakan dengan si Mawar. Jika segerombolan pemuda datang, sebegitu jugalah akan ditolak olehnya."

"Apakah dia tidak berkeinginan untuk berpasangan? Aku ini sudah tua, memanda semua. Entah bila entah sekarang, aku akan pergi. Aku amat risaukan satu-satunya puteriku itu."

Sambung Temenggung Ali lagi. Yang lain cuma tumpang berdukacita.

"Jangan begitu, adindaku. Kakanda yakin dia punya niat untuk berpasangan. Cumanya waktu tidak mengizinkan. Kita anggap sahajalah jodohnya belum tiba ya?"

Bujuk bendahara. Dia menggosok lembut bahu lelaki berjanggut putih itu.

"Ah, benar kata kakanda itu. Usah kita berdukacita. Tujuan kami ke sini untuk mengutarakan soal kecurian yang berlaku di kampung seberang." Terang Syahbandar pula.

"Kecurian?" Temenggung Ali meninggikan keningnya seraya beriak hairan.

"Ya, adanya kecurian di Kampung Bentana Sepi sejak beberapa purnama lalu. Yang Mulia Sultan menitahkan kita berempat untuk menyiasat bencana ini."

Temenggung Ali dan tiga sahabatnya kembali rancak berbeka-beka mengenai bencana kecil yang berlaku di kampung seberang.

📝📝KOSA KATA KLASIK

1. Bokor: Seakan-akan pinggan.
2.Berdukacita: bersedih.
3.perkabaran: berita
4.Bungkam: membisu/tidak bersuara
5.Berpasangan: hubungan antara lelaki/perempuan.
6.Berbeka-beka: berbual-bual/bergurau- gurau.

❤️ Pss..Semoga bermanfaat!

Hikayat Mawar BerduriOù les histoires vivent. Découvrez maintenant