Nek Hasmah

49 4 0
                                    

"Assalamualaikum."

Suasana pondok kecil itu sangat nyaman. Dengan pokok-pokok bunga yang cantik bewarna warni di kiri dan kanan. Lamannya tidaklah besar namun bersih dan rapi. Di sudut laman terdapat kebun kecil. Ada pokok cili, kubis, timun, terung dan banyak lagi.

Seorang wanita separuh abad keluar dengan senyuman ramah.

" Waalaikumsalam. Ada apa anak muda?"

"Kami mahu tumpang bermalam di sini bolehkah?"

"Oh anak berdua mahu tumpang bermalam? Boleh saja. Mari masuk."

Arjuna mengerut keningnya. Dia mencuit sahabatnya di sisi.

"Aku tahulah. Takkan terus nak tanya. Mahu pengsan nenek ini nanti." Bisik Darma perlahan.

Arjuna tersengih. Betul juga. Takkan nak terus serbu bertanya. Baiklah beramah mesra sehingga nenek itu selesa dahulu.

"Eh, masuklah. Buat apa di luar?"

"Oh terima kasih nek."

Darma mula menapak perlahan masuk. Lantai buluh berkeriuk berbunyi menyebabkan dia berhati-hati melangkah.

Mahunya runtuh, tak ke naya!

"Ini ada ubi kayu dan air teh. Jemput ya."

Mereka berdua duduk bersila di lantai buluh itu. Nenek itu datang dengan menatang dua cawan teh panas dan juga ubi rebus dengan kelapa parut.

"Eh, susah-susah saja nek. Kami baru sahaja makan bekalan tadi."

Darma membantu mengambil dulang kayu itu. Bau ubi rebus manis semerbak.

"Eh, tak mengapa. Rumah nenek ini memang selalu menjadi tempat singgahan para pengembara. Memang selalu nenek siapkan makanan lebih."

"Oh begitu."

Darma tersenyum melihat Arjuna yang makan bersungguh. Iyalah, mereka hanya makan baki roti keras sejak tiga hari lepas.

Jumpa ubi rebus pun sudah menggembirakan mereka. Mereka dah muak dengan roti keras.

Baling anjing, pasti mati anjing itu. Huh.

"Nama anak berdua ni siapa? Dari mana nak ke mana?

Darma tersenyum sebelum meneguk air teh hangat itu.

"Saya Darma, yang banyak makan itu Juna namanya."

Nenek itu tersengih menampakkan gigi rompongnya.

"Tak apa. Makanlah kenyang-kenyang."

"Nama nenek Hasmah. Panggil sahaja Nek Mah."

"Oh, Nek Mah."

"Nek Mah suka berkebun ya? Saya lihat diluar banyak sayur-sayuran yang masak ranum."

"Ya. Nenek memang gemar berkebun. Nenek juga menjualnya ke pasar."

"Nek berniaga sendiri?" Ujar Darma terkejut. Usia Nek Mah ini sepatutnya duduk di rumah sahaja

"Eh tidak, Seman akan datang mengutip dan tolong menjualnya di pekan sana. Aku sudah tak larat nak berjalan jauh."

"Oh.." Arjuna baru menyampuk setelah licin ubi kayu rebus dikerjakan. Sedangkan Darma hanya makan beberapa ketul sahaja.

Bertuah sungguh.

"Kamu nak lagi? Ada lagi berbaki di dapur."

Burpp...

"Eh tak usah Nek. Sudah kenyang. Alhamdulillah." Sengih Juna sambil menggaru kepala.

"Ya Allah, habis aku makan?" Dia sendiri terkejut. Darma hanya mencebik.

"Hah, baru sedar?"

"Hehe.." Dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Maaf nek. Sudah tiga hari kami hanya makan roti dan buah. Saya dah muak makan roti keras. Tengok pun tak lalu."

Nek Mah hanya tersenyum. Dia mengerti akan hal itu. Memang dia masak untuk sesiapa sahaja yang singgah.

"Tidak mengapa. Nek faham. Nek mahu kutip sayur sekejap. Malam ini nak masak sayur masak lemak."

"Wah, sedapnya!" Laju sahaja Arjuna menyampuk. Darma hanya menjelingnya.

"Eh menyusahkan pula nek." Darma bersuara. Dia bermain dengan kucing oren yang datang menggesel.

"Apa salahnya nek masak untuk tetamu kan? Tak ada apalah nak"

Darma hanya tersengih.

"Assalamualaikum, Nek!" Seorang pemuda berambut paras bahu muncul.

"Waalaikumslam. Ha, Seman. Bagaimana jualan sayur aku harini?"

Seman tersengih.

"Alhamdulillah, habis nek. Esok ada permintaan labu pula. Labu ada banyak kan?"

"Alhamdulillah. Syukur. Labu banyak sudah masak tu. Baik kamu petik cepat. Aku bimbang dicuri tupai atau monyet saja."

"Baik nek. Ini duit hasil jualan hari ini ya. Rm30."

"Nah upah kamu."

"Eh banyak sangat ni!"

"Eh, kamu dah banyak tolong aku. Tolong kutip sayur, berniaga lagi. Lagipun aku duduk seorang. Manalah guna duit banyak pun."

"Eh tak apa nek. Saya kan anak yatim piatu. Nenek la tempat saya mengadu, tempat saya tumpang makan."
Sengih pemuda itu.

"Oh ya, ni Pak Dollah kirim Ikan kembung pada nenek. Dia baru lepas ke laut rasanya."

Beberapa ekor ikan kembung diikat tali rapia dihulurkan kepada Nek Mah.

"Eh banyak sangat ni. Kamu bawak baliklah sikit."

"Hish nek, saya bukan pandai memasak pun. Takkan nak buat peluk waktu tidur?"

"Hish kamu ni! Apa gila peluk ikan mentah?"

Mereka ketawa mendengar ulah pemuda itu.

"Jangan balik lagi. Aku nak masak sayur masak lemak. Alang-alang ada ikan segar, aku nak goreng. Kamu makan malam sini ya dengan tetamu aku"

"Baik nek. Eh nek ada tetamu? Pengembara ke?"

"Ya. Katanya mahu tumpang bermalam di sini."

Seman hanya mengangguk. Dia bangun dan mencapai bakul besar kemudian turun ke tanah. Dia mahu petik buah labu untuk jualan esok.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now