Jodoh atau bodoh?

42 2 0
                                    

Puteri Bakawali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puteri Bakawali

"MashaAllah cantiknya anakandamu, Tiara!"

Permaisuri Ana terpegun melihat kecantikan puteri sulung kerajaan Alamanda itu.

"Assalamualaikum permaisuri."
Lembut puteri itu menyalami sopan baginda permaisuri.

"Oh ini anakanda sulung beta. Puteri Bakawali."

"Cantik namanya secantik wajahnya."

"Syukur, kurniaan illahi. Harapnya segala ajaran agama yang beta ajari selama ini menyerap ke dalam dirinya." Permaisuri Negeri Alamanda tersenyum.

"Bagaimana dengan anak bujangmu, permaisuri Ana?"

Permaisuri Ana hanya mengeluh.

"Entahlah. Beta tak mengerti mengapa dia tidak pulang membawa bakal isteri. Itulah yang beta tertunggu sebenarnya."

"Puterimu bagaimana? Sudah ada yang punya?"

Permaisuri Tiara menggeleng. Dikerling anak perempuannya yang leka bermain dengan kucing gebu.

"Budak sekarang beta tidak faham sungguh. Lebih suka mengembara berbanding memikirkan jodoh dan masa depan.

Permaisuri Ana tersenyum. Seperti ada mentol menyala terang di kepalanya.

" Itulah, beta pun tidak faham ulah anak-anak muda sekarang."

"Betul tu. Banyak juga beta berkenan dengan putera-putera negara jiran. Hmm ditolak mentah-mentah kata masih muda untuk berumah tangga. Bimbang sungguh beta. Sementelah dia perempuan."

"Apa kata...."

Permaisuri Tiara menekup mulut mendengar cadangan sahabatnya itu.

"Serius?"

"Ya, beta serius!"

🌹🌹🌹

                 Putera Andika Darma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 Putera Andika Darma

"Apa!?!"

Anak muda berdua itu berpandangan.

"Anakanda tidak mahu! Pengembaraan anakanda masih belum selesai. Molek kiranya menunggu lagi beberapa purnama." Serentak Putera Andika Darma dan Puteri Bakawali membantah.

Jeda.

Keduanya berpandangan dan berkerut.

Samalah pula.

Sultan Almara dan Sultan Pasha menghambur tawa. Nampak seperti sepadan dua orang ini.

"Hah, hobi kamu berdua sama, bukan? Berkahwin dan pergilah mengembara bersama. Lagi seronok!" Sultan Almara tersenyum.

"Anakanda tak sedia lagi!"

Mereka berpandangan.

Sama lagi. Dia boleh baca isi hatiku?

"Hah, betul tu. Nanti pulang dari kembara, balik dengan khabar kami dapat menimang cucu! Bonda setuju!"

Permaisuri Tiara bersuara girang. Begitu juga permaisuri Ana yang bersinar matanya apabila mendengar perkataan cucu.

"Bonda dan ayahnya 200% setuju!" Permaisuri Ana pula menyokong sambil mengangkat ibu jari.

Putera Darma mengeluh. Aduh, parah.
Dia menoleh ke arah Puteri Bakawali bagi meminta sokongan.

"Maafkan anakanda. Tapi bolehkah bonda dan ayahanda bereempat memberi kami berdua masa?"

Sultan Pasha mengukir senyum.

"Boleh anakanda. Berapa masa yang anakanda perlukan?"

"Satu minggu! Selepas itu anakanda berdua perlu menemui kami untuk mengatakan keputusan."

Permaisuri Ana membalas tegas.

"Pastikan jawapannya positif ya. Bonda sudah tidak sabar mahu menimang cucu!" Permaisuri Tiara tersengih sendiri.

"B...baik ayahanda, bonda."

Keduanya melangkah keluar dari ruang tamu mewah dengan wajah sugul.

Manakala Sultan Pasha dan Almara menggeleng sesama sendiri.

"Jangan tegas sangat adinda. Kita patut mendengar luahan mereka. Bukan memaksa."

Sultan Almara mengangguk setuju.

"Semua ibubapa mahu yang terbaik untuk anak-anak bukan? Kita terima apa sahaja keputusan mereka nanti. Buat apa mereka berkahwin jika mereka merana?"

"Tapi..."

"Adinda, berilah anak kita peluang untuk memilih teman hidup. Dia yang akan menjalani kehidupan itu nanti."

"Cuba adinda fikir, jika perkahwinan mereka ini gagal, adinda berdua tidak sedih? Bagaimana mereka mahu berkahwin jika tidak mencintai satu sama lain?"

"Hish kekanda ni. Manjakan sangat si Bakawali itu. Saya takut jika anak kita nanti tidak berkahwin selamanya. Saya mahu bermain dengan cucu!"

" Bukan manjakan. Saya cuma mahu awak faham jiwa anak muda. Awak juga pernah muda bukan?"

"Hishh kita berkahwin atas pilihan keluarga. Bahagia saja?"

Baginda sultan hanya menggeleng. Susah mahu fahamkan isterinya itu.

"Sudahlah tu. Kita tunggu sahaja keputusan mereka lagi satu minggu. Alamara, mari ke bilik perpustakaan. Beta mahu tunjukkan buku baru dari negeri Cina. Bagus bukunya."

Sultan Almara mengangguk dan membuntuti langkah sahabatnya menyusuri istana yang gah dan besar itu.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now