Gering

34 2 0
                                    

Pintu agam itu ditolak kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu agam itu ditolak kasar. Dia tergesa-gesa menghampiri susuk tubuh yang terbaring lesu di atas katil. Khabar berita mengejut itu hampir membuat jantungnya luruh.

"Ayahanda!"

Koff!koff!

"Eh, anakanda?"

Sultan Pasha tersenyum lesu melihat gerangan anakanda tunggalnya itu. Dia berusaha untuk bangkit dari pembaringan. Sudah lenguh badannya akibat berbaring terlalu lama.

Darma membantu ayahanda untuk bangun dari pembaringan. Dia menepuk bantal beberapa kali dan meletakkan dibelakang ayahanda supaya boleh bersanda dengan selesa.

"Ayahanda kira kamu seronok mengembara sehingga tidak mahu pulang."

Darma tersenyum mendengar usikan ayahanda kepadanya. Bahu ayahanda ditepuk perlahan.

"Jangan risau ayahanda. Istana seloka sentiasa dalam jiwa anakanda."

Sultan Pasha tergelak kecil mendengar ulah anakandanya itu. Ada- ada saja Andika ini.

"Boleh percayakah kata-kata anakanda ni? Bukan ada Puteri Bakawali dalam jiwa anakanda itu?"

Darma tersentak dan tersenyum.

"Hisy, ayahanda ni. Kita risaukan hal kesihatan dia, dia boleh pula bergurau pasal itu!"

Koff!koff!

Darma menuang air putih di dalam gelas dan menyua kepada ayahanda. Hatinya gusar melihat keadaan ayahanda kini. Badan yang gempal dulu kini semakin susut dan tidak bermaya.

Wajah tua yang selalu tersenyum pula kini jadi pucat.

"Bagaimana keadaan ayahanda? Tabib Ali ada bilang apa-apakah mengenai kesihatan ayahanda?"

"Kamu jangan risau. Ayahanda tidak apa-apa. Cuma demam sedikit sahaja. Nanti dua tiga hari baiklah ni."

Darma hanya mencebik. Ayahanda selalu begitu. Tidak ingin membuat bonda risau agaknya.

"Ayahanda berehatlah ya. Andika akan menggantikan ayahanda menguruskan hal negara buat ketika ini."

"Eh, bagaimana pula dengan pengembaraan anakanda bersama Arjuna?"

Darma Andika tersenyum dan mengelus tangan ayahanda tercinta. Tangan inilah yang menyambutnya ketika lahir atas dunia ini.

"Anakanda dan Arjuna sudah puas merantau. Kami sudah mahu pencen. Sekali sekala rindu dengan suasana istana!"

Sultan Pasha hanya mengangguk. Lega hatinya apabila anakanda sudah pulang. Banyak urusan kerajaan tertangguh semenjak dia jatuh sakit.

"Tuanku! Ini dia kertas yang tuanku minta."

"Berikan pada anakanda beta. Bagaimana dengan hal negara ketika ini?"

"Setakat ini semua baik sahaja tuanku."

"Bagaimana dengan rusuhan yang berlaku di kampung Terubuk? "

"Patik sudah turun padang dan menyelesaikan hal tersebut. Selepas ini dijamin keadaan kembali aman tuanku."

"Kes rungutan pesawah dan penoreh di kampung Delima dan Kampung langat sudah selesai?"

"Sudah tuanku. Tuanku jangan risau. Semua patik sudah bereskan."

Tengku Manan tersenyum sambil mengurut janggut putihnya perlahan.

"Mulai hari ini serahkan semua urusan dalam dan luar negara kepada Andika. Dia akan mengambil alih tugas beta selepas ini."

Riak wajah Tengku Manan berubah.

"Ta..tapi tuanku, bukankah patik yang uruskan hal dalam negeri?"

"Beta beri tugas sementara saja pada kamu, manan. Oleh kerana anakanda beta pulang mendadak, moleklah beta serahkah semua urusan padanya."

"Mengapa Manan? Ada yang tak kena?"

Lelaki separuh abad yang berdiri di sisi katil diraja itu menggeleng.

"Tidak ada tuanku. Menjunjung perintah tuanku. Patik akan terangkan lebih lanjut kepada putera Andika nanti."

Pandangan mata helang Darma Adika menikam tepat pada wajah bendahara negara itu.

"Tidak perlu, Tengku! Beta sudah arif tentang tugas beta. Kamu hanya perlu berikan beta kertas dan buku berkaitan hal kerajaan di dalam dan luar negeri."

Darma mengetap bibir perlahan. Seperti ada yang tak kena pada bendahara negara itu. Ada yang dia tidak tahukah?

Tengku Manan terkedu mendengar arahan tegas dari putera raja itu. Sedaya upaya dia mengawal diri untuk kekal tenang.

Ceit!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now