Pulang sebentar

48 2 0
                                    

Meja makan istana yang memuatkan 50 orang itu dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan lazat. Kerusi-kerusi pun sudah hampir penuh dengan ketibaan sultan dari pelbagai negeri yng dijemput sama.

Sultan Pasha bangun dan serta merta keadaan hingar bingar menjadi senyap sunyi.

"Beta ucapkan selamat datang kepada semua ketua kerajaan negeri dan kerabat yang datang pada majlis kecil beta hari ini."

"Memandangkan semua sudah ada, marilah kita menjamu selera dahulu. Selepas itu baru kita berkumpul di ruang tamu diraja ya."

Semua kerabat yang ada mengangguk dan mula menjamu selera. Selain makanan kampung, ada juga makanan barat yang terhidang seperti udang, ketam dan sotong besar-besar fresh dari negeri Biru yang terkenal dengan makanan laut.

"Ayahanda dan bonda sihat?" Darma bersuara disebalik hingar-bingar keluarga diraja lain di meja makan itu.

"Alhamdulillah. Sihat orang tua." Bonda tersenyum menatap wajah kacak anakanda kesayangan.

"Eh jemput makan Arjuna. Jangan malu-malu." Baginda permaisuri menambah. Anak muda itu hanya tersenyum mengangguk mengambil daging masak merah dengan sudu bertatahkan emas yang tersedia.

"Bagaimana dengan pengembaraan anakanda? Sudah sampai mana anakanda berkelana?" Sultan Pasha meletakkan sudu dan garfu dengan sopan. Segera dayang mengambil pinggan kosong di hadapan baginda.

Baginda memang makan sedikit. Hendak jaga kesihatan katanya. Memang betul, di usia pertengahan abad, Sultan Pasha masih tegap dan bebas dari pelbagai penyakit yang biasa dihidapi oleh kebanyakan orang yang  seusia dengan baginda.

Cukup karbo, protein dan sayuran, dengan sejemput nasi. Baginda akan berhenti makan setelah itu.

"Alhamdulillah. Setakat ini sudah lebih 10 negeri anakanda berkelana. Banyak benda yang anakanda telah belajar." Andika mencapai segelas air sirap bandung.

"Syukurlah jika begitu. Ayahanda banyak menerima utusan terima kasih atas bantuan anakanda menyelesaikan masalah sahabat ayahanda. Syabas ayahanda ucapkan."

"Alahai, kanda. Pasti bangga kan nama kanda semakin melonjak naik sejak kebelakangan ini." Cebik Permaisuri Puteri sambil mencubit suaminya.

Sultan Pasha hanya menghambur tawanya. Darma dan Arjuna hanya berbalas pandang. Ada yang dia tak tahu ke?

"Sudahlah adinda. Andika melihat tu. Malulah!"

"Kisah apa adinda. Kanda suka bukan kalau ada isteri ramai?" Masam cemberut wajah Permasuri menjeling wajah riang suaminya.

"Huh, ayahanda nak kawin lain?" Bulat mata Putera Andika Darma mendengar kata-kata bonda.

Lagilah kuat baginda melepaskan tawa.

"Sudah, jangan percaya sangat ulah bondamu itu. Tak ada apalah Darma.  Bondamu hanya cemburu."

Permaisuri hanya makan dengan wajah masam. Enggan melayan suaminya yang tersenyum simpul di sisi.

"Jangan risau sayangku. Cinta kanda hanya pada adinda seorang sahaja." Baginda mencuit perlahan dagu isteri kesayangannya itu.

"Ah, kanda tipu. Kenapa kanda senyum pada perempuan itu? Kanda suka, bukan?" Jeling permaisuri tajam.

"Iyalah, dinda tahu, dinda sudah tidak secantik dulu. Kedut di muka mulai ada. Badan pula tidak seramping macam muda dulu."

"Eh, bonda masih jelita lah! Malah masih nampak muda!"

Darma mencelah. Memang benar, bondanya masih kelihatan awet muda. Jika mereka berjalan bersama, pasti tidak ada yang menyangka itu adalah bondanya!

Permaisuri tidak jadi mahu mencelah. Moodnya bertukar ceria semula. Segelas sirap bandung dicicip perlahan.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now