18 - Permata hati

100 12 0
                                    

Dia baring terlentang di atas pangkin. Angin malam berpuput lembut menerpa wajah. Matanya leka merenung bintang bintang berkelipan di langit.

Cantik.

Dia mengoyak senyum. Teringat pada seseorang. Seorang gadis yang mempunyai tempat istimewa dalam hati selain ibu tersayang.

"Arjuna."

Selain orang itu, wanita dihadapannya inilah yang memanggilnya 'Arjuna'. Orang lain lebih mengenalinya sebagai Kasturi. Armada Kasturi.

Sedangkan arwah ayah dan ibunya memanggilnya Arjuna dari kecil. Entah mengapa.

Dia tak bertanya lanjut. Dan dia sudah menemui pujaan hati yang turut memanggilnya dengan gelaran istimewa itu.

Mungkin kau tak tahu, sayang. Nanti kau bakal tahu yang kau istimewa buatku.

Bila tiba masanya nanti!

Dia menoleh apabila mendengar bunyi seretan selipar mendekat. Kelam kabut dia bangun dan menyambut dulang di tangan insan kesayangannya itu.

" Wah, ada kuih bakar, karipap pusing, ketayap, lepat pisang! Air teh pun sudah cukup, ibu. Terima kasih." Pemuda itu terjerit kecil.

Wanita separuh abad cuma tersenyum. Sengaja dia buat kuih itu malam ini. Nanti anaknya sudah ada tanggungan. Pasti jarang dapat merasa air tangannya.

"Sedar tak sedar anak teruna ibu ini dah besar ya. Masih terngiang suara tangisan  kamu ketika bayi dahulu."

Lelaki itu berhenti mengunyah. Cawan diketepikan. Tangan tua itu dicapai perlahan. Inilah tangan syurganya.

Dia tersenyum merenung wajah berkedut itu. Pandangan itu kemudian beralih pada tangan tua dalam gengaman tangan kekarnya.

Dengan tangan itulah dia dibesarkan dari sekecil tapak tangan sehingga besar gajah begini.

"Terima kasih ibu besarkan Arjuna dengan penuh kasih sayang ya. Juna sayaaaaang ibu!"

Wanita itu tergelak kecik. Tangannya naik meraba wajah kacak pemuda itu. Dia tidak boleh melihat namun dia yakin anak terunanya ini sangat kacak!

"Nanti sudah beristeri, jaga isterimu baik-baik ya, Nak. Sayangi dan jagalah dia sepenuh hatimu." Nasihatnya lirih.

Nadanya berbaur gembira bercampur sedih.

"Ibu tinggal bersama Arjuna nanti ya!"

Wajah kedut itu menggeleng perlahan. Rumah pusaka ini amat bermakna buatnya. Dia tidak akan sesekali meninggalkan rumah ini.

"Tidak mengapa. Ibu tidak mahu menganggu pengantin baru. Lagipula ibu tidak akan tinggalkan rumah pusaka ayah kamu ni. Kamu tahu kan? Banyak kenangan dalam rumah usang ini."

Arjuna mengangguk perlahan. Dia faham betapa bermaknanya rumah ini kepada ibu. Namun dia ralat meninggalkan ibunya sendirian.

Dia mengeluh berat.

Wanita tua itu mengukir senyum. Dapat dia rasakan anaknya berat meninggalkannya sendiri.

"Kamu risau ibu tinggal seorang, bukan?"

Arjuna menjungkit kening. Tawanya meletus.

"Ibu memang hebat menebak hati, Juna bukan?"

"Sudah semestinya. Ibu jaga kamu dari sebesar tapak tangan, Juna. Ibu sudah masak dengan perangai kamu."

Lelaki itu mengangguk mendengar jawapan ibunya.

"Separuh masak atau hangit ibu?" Dia tersenyum senget.

"Hish kamu ini. Loyar buruk ya!" Gumam  nya perlahan. Meski tidak dapat melihat, tangannya tepat mendarat pada bahu pemuda itu.

Tepat!

"Aduh, ibu!" Arjuna mengerang kuat. Sengaja menyakat ibunya.

"Haish kamu ni. Perlahan ibu tepuk. Kalau ibu gunakan senapang gajah arwah ayah kamu, nak?"

Dia membulatkan mata. Ibu biar betul?

"Iyalah, ibu tak sayang Juna. Tembaklah anakmu ini. Tembaklaaah.." Arjuna merebahkan kepala di atas pangkuan ibunya.

"Hiss kamu ni. Drama melebih pula ya."

Seketika ketawa kecil kedengaran menghiasi suasana. Bersaksikan bintang berkelipan, kasih seorang ibu bagai tiada penghujungnya.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now