Perpustakaan Diraja

28 2 0
                                    

Darma Andika menggaru kepala yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Darma Andika menggaru kepala yang
tidak gatal. Buku-buku bertimbun di sebelah kiri direnung. Juga dokumen negara berselerak di serata meja kerjanya itu.

Boleh mati awal aku macam ni. Banyak betul perkara yang harus dihadamnya. Macamana ayahanda uruskan semua ini. Haih.

Pintu perpustakaan peribadi itu diketuk perlahan sebelum wajah bonda menjengah.

"Bonda ada buat karipap pusing dan kuih bakar."

Bonda masuk menatang dulang dengan senyuman manis. Kesian anakandanya terpaksa bersusah payah memikirkan hal negara.

Namun bagus juga. Mungkin anakanda boleh banyak belajar kali ini. Siapa lagi akan menggantikan tempat suaminya kalau bukan Andika?

"Terima kasih bonda. Susah-susah saja."

Permaisuri Zinara hanya tersenyum. Wajah anaknya ditenung lembut. Selepas pelbagai perkara burukterjadi, pulang juga anakandanya ini ke istana.

"Hish kamu ni. Susah apanya. Kamukan anak bonda." Bonda menampar lembut bahunya sambil berkerut.

Darma hanya tergelak besar melihat kerutan di wajah lembut bondanya. Jarang mahu melihat bondanya naik angin. Hanya senyuman terhias di wajah lembut itu.

Perwatakan bonda sangat feminin. Lembut dan sopan sahaja. Lagi sukalah dia mahu menyakat!

"Andika tak sempat melawat ayahanda. Ayahanda bagaimana, bonda?" Air teh bunga buatan bonda terbaik dalam dunia.

Sudah berpuluh cawan teh sudah diminum di ceruk kampung dan bandar. Teh bunga bonda nombor satu!

"Alhamdulillah, makin okay. Batuknya makin berkurang. Bonda keluar tadi, ayahanda terus tidur."

Darma mengangguk. Lega dia mendengar.

"Kamu okay? Kalau kerja terlampau banyak, bonda boleh panggil Bendahara Manan."

"Eh, tak mengapa bonda. Anakanda okay saja. Andika mahu tanya boleh?" Seketul kuih dimasukkan dalam mulut.

"Banyakkah bendahara mencampuri hal negara?"

"Setahu bonda, dia menguruskan hal cukai dan tanaman rakyat jelata. Mengapa Andika?"

Dia hanya mengangguk. Kertas ditangan direnung bagai mahu tembus. Tangannya mengengam kertas dengan rasa marah yang dilindung.

"Tak ada apa, bonda." Dia tersenyum pada bonda sedaya upaya selindung rasa campur baur dalam dada.

"Eh bonda keluar dahulu ya. Malam ini bonda mahu masak Nasi minyak untuk tetamu kita. Kamu tiada hal kan malam ini? Sertai bonda makan malam ya. Ayahanda masih belum sihat sepenuhnya."

"Boleh bonda. Anakanda ada di istana saja." Langkah bonda dihantar melalui ekor mata. Nafas dihela perlahan.

Dia bangun dan menuju ke luar pintu perpustakaan peribadi menemui pengawalnya.

"Andi, panggil Syahbandar, Temenggung dan Laksmana menghadap beta sekarang!"

"Baik, tuanku! Hendak berjumpa di mana?"

" Jumpa beta di bilik kerja beta berhampiran taman!"

"Baik, tuanku!"

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now