Si kecil Cempaka

51 4 0
                                    

Daun pisang diambil cermat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daun pisang diambil cermat. Diletakkan nasi, sambal, ikan bilis, kacang dan akhir sekali telur rebus. Bau aroma nasi lemak berlegat-legar di sekitar rumah kecil itu.

Harum baunya.

"Aku dah siap buka bangsal. Dah siap bungkus?" Melur yang anggun dengan rambut bertocang tersengih di muka pintu.

"Boleh. Siap dah." Mawar tersenyum sambil menyusun nasi lemak ke dalam bakul kecil.

Hari ini mereka diberi cuti oleh Permaisuri. Dek kerana mereka baru pulang dari menemani permaisuri melawat kampung-kampung rakyat jelata yang ditimpa banjir.

"Beta beri kamu berenam cuti selama satu purnama ya. Terima kasih atas jasa kamu menemani dan membantu beta sepanjang beberapa purnama menjelajah." Permaisuri tersenyum memberitahu berita baik itu.

Justeru itu Mawar bercadang mahu berniaga nasi lemak dan kuih di hadapan rumahnya. Nasi lemak Mawar agak terkenal di kalangan pekerja istana kerana kewangian nasi dan keenakan sambalnya.

Sehinggakan permaisuri memasukkan menu nasi lemak Mawar ke dalam hidangan hujung minggu istana. Sungguh dia tidak sangka.

"Mawar! Nasi lemak telur goreng tiga!" Seorang wanita menyapa sambil memegang payung tersengih.

"Eh, dayang Hanim. Boleh, sebentar ya."

"Melur, ayam goreng ada? Teringin makan ayam hari ini." Pelanggan lain pula menyinggah menyapa Melur yang turut bertungkus lumus di sisi Mawar.

"Ada, Edah. Mahu berapa bungkus?"

" Dua bungkus nasi lemak . Satu ayam goreng, satu telur rebus!"

"Baik. "

🌹🌹🌹

"Fuhh, laku betul hari ini. Baru pukul 11:00 pagi." Melur duduk di halaman rumah setelah mengemas bangsal kecil.

"Hari ini ada rombongan diraja datang menemui Sultan kita. Sebab itu ramai dayang dan pengawal ke istana sejak pagi lagi."

"Ohh.. iya tak iya juga. Lupa pula hari ini sultan ada buat makan-makan besar bagi meraikan kepulangan Putera Andika."

"Eh, Putera Andika sudah pulang dari mengembara?"

"Ya khabarnya sudah pulang."

Mawar mengangguk. Hatinya tiba-tiba resah. Agaknya Arjuna ikut sekali?

Janganlah. Dia tidak betah melihat wajah lelaki itu.

Geram dan sakit hati!

"Eh kamu tak apa-apa?" Melur berkerut melihat wajah Mawar yang tiba-tiba berubah itu.

Gelas teh ais diletak perlahan. Panas sungguh suasana hari ni. Meski jendela dibuka, bahang masih terasa.

Sebab itu mereka bersidai di beranda. Sejuklah sikit. Mujur beranda mereka menghadap tasik diraja, bukan menghadap jalan utama.

Bolehlah mereka bersidai tidak kira masa.

"Tak ada apa."

Melur menggeleng. Tak percaya.

"Kau takut suamimu ada sekali?"

"Bekas suami!" Tegas suara lembut itu membetulkan.

Karipap pusing dikunyah laju. Seolah-olah itu adalah wajah lelaki itu.

"Oh, maaf. Kau masih harapkan dia?"

Mawar mengeluh lantas menggeleng.

"Aku sudah tawar hati setelah dia pergi. Lansung tidak ada khabar berita. Tapi....huh, Kau tak faham."

"Fahamkan aku."

Melur memusingkan badan Mawar menghadapnya.

"Kau dah beritahu Arjuna?"

"Tak akan!"

Melur menghela nafas berat. Karipap pusing yang digigit separuh disumbat dalam mulutnya semua.

Masalah berat ni. Dia pula yang terlebih stress dengan masalah temannya ini.

Seorang anak kecil berusia dua tahun terkedek-kedek berlari ke arah Mawar.

"Ibu...."

Mawar menoleh dan tersenyum. Mata bundar itu mengingatkan dia kepada Arjuna. Haih, sebiji wajah ayahmu, nak.

"Cempaka sudah bangun?" Kaki kecil itu menginjak mahu naik ke atas riba ibunya. Mawar menaikkan anaknya atas riba.

Maafkan ibu. Hati ibu sudah hancur setelah kepergian ayahmu beberapa purnama lalu.

Ayahmu tidak perlu tahu akan kewujudanmu, nak!

"Mari kita mandi! Busuk anak ibu ni."

Si kecil hanya tersengih dengan gigi kecil dua batang. Melur mencubit pipi gebu dalam dukungan Mawar.

"Ei, geram Acik Melur dengan budak ini."

Cempaka hanya ketawa girang menarik rambut Makcik Melurnya yang terjuntai.

"Hei, habis rambut Acik Melur gugur!"

Terkedek-kedek si kecil lari dari Acik Melurnya yang acah-acah menjadi gorila mengejarnya.

Mawar hanya tersenyum. Cempaka sudah lengkap dengan adanya dia dan Acik Melurnya.

Biarlah Arjuna tidak tahu.

Dia mengeluh sendiri.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now