Halaman 13: Jasa

132 14 0
                                    

Petang itu cuaca mendung. Awan hitam berarak perlahan. Angin kuat menderu menampar pipi.

"Juna, sudahlah tu. Mari sini minum kopi nak oi!"

Dia menoleh. Keringat di dahi di kesat perlahan. Kayu api berselerakan di atas tanah. Kapak di campak ke tepi.

"Baik, pak."

Cuaca seperti hendak hujan saja. Lelaki berbadan tegap itu melangkah perlahan menuju ke gerai kecil itu.

"Terima kasih kerana sudi bantu Pak. Kalau tidak kerana kamu, Esok pagi baru siap kayu api itu." Lelaki beruban penuh itu tersenyum. Bibirnya terjepit rokok daun.

Anak muda itu tersenyum merenung rintik-rintik hujan menyembah bumi. Gerai Pak agak lengang petang ini. Mungkin kerana hujan lebat.

Adapun Seorang lelaki bersama anak kecil khsuyuk makan di sudut gerai.

"Tiada apalah, Pak. Pertolongan saya ini tiada nilainya dari jasa Pak menjaga saya selama ini."

"Ah, kau ini sudah pak anggap sebagai anak sendiri. Sementelah pak tidak punya zuriat dengan Mak kau itu."

Wajah tua penuh kedut ditenung lama. Wajah inilah yang bersusah payah membesarkannya hingga gagah begini.

Dia anak yatim, ditinggalkan ditepi surau dalam bungkusan kain batik tiga puluh tahun dulu. Mujur Pak yang baik hati menemuinya.

Sekonyong-konyong, mengambil keputusan sama Mak Temah untuk membela anak itu. Perkahwinan mereka yang berusia 20 tahun itu masih tidak dikurnia zuriat.

Mungkin anak ini adalah anugerah buat mereka berdua. Benarlah, dari tiada apa-apa kini Pak punyai sebuah gerai makan yang agak maju.

Orang kampung juga tidak putus-putus ke sini. Kopi o gerai Pak, antara yang termashur di sini.

"Hah Mawar, lama pak tidak lihat kamu hantar kuih muih? Selalunya ayahanda kamu."

Seorang gadis berselendang putih datang membawa bakul tersenyum manis. Dia menutup payung dan berlari kecil.

"Banyak tempahan di kedai kebelakangan ini, Pak. Itu yang mawar titip pada ayahanda saja."

"Ayahanda kamu sudah pulang dari negeri seberang?" Soal orang tua itu lagi.

"Belum, pak. Besok rasanya."

Orang tua itu mengangguk. Dia mengambil beberapa keping not dari laci buruknya dan menghulur pada gadis manis itu.

"Ini hasil jualan minggu lepas. Laku keras nampaknya kuih kamu ya."

Mawar membulatkan mata. Tangannya yang ligat menyusun kuih lapis, karipap, lodeh terhenti seketika.

"Banyaknya pak?" Gadis itu bagai tidak percaya.

"Ini aku gabung sama duit kelmarin. Ayahandamu bilang biar kamu yang ambil wangnya."

"Oh begitu."

"Memang tak dapat aku nafikan. Kuihmu amat sedap, Mawar." Arjuna menyampuk. Sesekali dia menghirup kopi.

Gadis itu hanya tersipu malu.

Mawar tersenyum. Kembang hatinya menerima pujian. Hatinya juga menahan debaran dek renungan mata anak muda itu.

Tidak lepas dari wajahnya!

"Eh, tidaklah. Kuih Mawar biasa-biasa sahaja, Pak. Mungkin pelanggan Pak kebulur agaknya. Itu yang dikatanya sedap." Seloroh gadis itu.

Kedua lelaki itu serentak ketawa geli hati.

"Eh, duduk dahulu Mawar. Hujan lebat ni. Kamu mahu minum apa? Pak belanja."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now