Terlerai

55 9 0
                                    

Negeri Rembulan
Tengah malam

"Kalian semua sudah mengambil wudhuk'?"

Semua yang ada mengangguk laju. Beberapa gelas air dihulur kepada Arjuna yang duduk di serambi.

"Bismillah."

Arjuna membaca surah Sulaiman dan AlFalaq tiga kali. Kemudian mencapai bekas garam dan meletakkan sedikit demi sedikit ke dalam gelas air tersebut.

" Ambik air dari gelas ini, kemudian basuh muka dan tangan kalian. InsyaAllah selepas ini perniagaan kalian akan kembali seperti biasa."

Muka para peniaga kelihatan bercahaya apabila mendengarnya. Mereka membasuh anggota badan dengan air yang dibacakan ayat tadi dengan tertib.

"Terima kasih, anak muda. Terlerai juga masalah kami ini. Kami mahu hadiahkan sesuatu pada kalian berdua."

Lelaki beruban itu menghulurkan beberapa uncang emas kepada Arjuna.

"Tidak mengapa, Pak Ismut. Kami ikhlas menolong." Sopan Arjuna dan Darma menolak hadiah itu.

"Eh jangan begitu. Ini hadiah dari pembesar negeri hamba kepada kalian."

"Ini pula dari kami." Seorang pemuda berbaju merah menghulurkan beg diperbuat dari kain kualiti terbaik.

Mereka berdua tersenyum melihat kebaikan dan keramahan penduduk negeri itu.

"Kami pulang dahulu ya. Kirim salam pasa pembesar negeri tuan hamba ya?"

Arjuna dan Darma menunggang kuda perlahan keluar dari negeri Rembulan. Mereka akan pulang ke negeri Temasek untuk beristirehat dan meneruskan pengajian agama.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now