Misteri kedai siam

53 8 0
                                    

Hari kedua
Negeri Rambulan

Seusai solat Zohor berjemaah, Arjuna, Darma dan Angkasa melawat sekali lagi kedai misteri itu.

Tempat duduk semua dipenuhi pelanggan yang menjamu selera dengan gelojoh. Di luar gerai juga terdapat ramai yang menunggu giliran untuk makan di situ.

"Musykil betul gerai ini ya. Gerai ini dipenuhi pelanggan sedangkan gerai-gerai lain kosong tiada pelanggan."

" Sepertinya ada unsur sihir. Tapi aku tidak mahu menuduh. Bukti perlu dikumpulkan dahulu." Arjuna mengetuk dagu perlahan.

Mereka hanya tercegat berdiri di tepi tiang nipah kedai tersebut. Hanya sebagai pemerhati.

" Maaf bertanya, tiada pengamal perubatan islamkah di negeri ini?"

Angkasa yang penat berdiri mula mencangkung pula.

"Dahulu ada, Namun Pak Agus sudah meninggal dunia, kami sudah kehilangan seorang pengamal perubatan. Sejak itu, memang kami meminta bantuan dari Negeri Rembulan memandangkan ia merupakan negeri islam yang tersohor."

"Mujur sultan negeri itu baik hati dan pemurah. Sejak kematian Pak Agus, memang mereka yang membantu kami dalam hal-hal mistik sebegini. Negeri mereka mempunyai banyak pengamal perubatan terkenal."

Arjuna dan Darma mengangguk. Baru mereka jelas mengapa kerajaan Rembulan tidak menyelesaikan kes ini sendiri.

"Mujur ada Arjuna. Dia tahu serba sedikit tentang ilmu batin, InsyaAllah."Darma memberitahu.

"Eh, hamba tak adalah hebat sangat. Tapi hamba boleh cuba." Arjuna tersengih.

Angkasa tersenyum kelegaan mendengar jawapan tetamunya itu. Dia bingkas bangun apabila ada pelanggan mula meninggalkan meja.

Bermaksud ada meja kosong.

"Benar kau mahu makan di sini? Tidak takut ada benda yang tidak molek?" Darma menyoal bagi mendapatkan kepastian.

Dia agak ragu untuk makan di sini kerana keadaan gerai ini agak suram. Ditambah pula dengan gelagat pelanggan yang berperangai pelik.

Naik bulu romanya!

Arjuna membaca bismillah sebelum memasuki gerai. Suasana gerai itu direnung dalam-dalam. Firasatnya mengatakan yang ada sesuatu di sini.

Tapi apa?

"Sawasdee kha"

Seorang wanita bertudung  menyapa mereka dengan kertas dan pensil di tangan.

"Nok make gapo?"

Angkasa mendongak membaca menu di atas gerai tersebut.

     MENU
Tod Man Pla
Khao Tom
Khao pad
Pad Thai
Tom Kha Kai
Tomyam

"Err bagi hamba nasi putih dengan tomyam."

Darma pula berkerut seribu kerana tidak memahami menu yang terpampang. Yang dia tahu Tom Yam sahaja.

"Err bagi kami berdua nasi dan tomyam jugalah." Akhirnya dia memutuskan. Arjuna hanya mengangguk mengiakan.

Lelaki rambut perang tersikat rapi itu kemudian memandang ke atas gerai sebelum mengeluh berat.

" Mari kita keluar dari sini."

Darma dan Angkasa terpinga-pinga.

" Tapi makanan tak sampai lagi?"

Mereka pelik melihat wajah serius Arjuna.  Tidak pernah lelaki tegap itu berwajah ketat seperti sekarang.

"Aku sudah tahu sebab apa. Jom kita pergi temui semua peniaga yang terkesan. Ada sesuatu hamba nak pastikan."

"Hmm baik. Mari." Angkasa lantas mendahului mereka untuk ke balai raya, tempat peniaga sering berkumpul tatkala waktu rehat mereka.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now