Mawar berhijrah?

62 9 0
                                    

Bunyi air sungai mengalir menyapa telinga. Sesekali bunyi kicauan burung memeriahkan suasana hutan kecil itu.

Panglima Kesuma membetulkan selendang di atas kepalanya yang terselak. Kakinya masih berendam di dalam air sungai yang sejuk itu.

"Mawar, benar kamu mahu mengikuti aku mengembara?" Soal gadis itu lembut. Sesekali dia memercik air ke arah ikan kecil yang riang melompat berhampiran.

Gadis menutup kepala dengan kain batik itu mengangkat muka. Kakinya yang mencecah air diangkat ke atas batu. Air sungai yang jernih itu mengalir tidak begitu deras.

"Aku sudah tekad, wahai panglima Kesuma."

Amat sesuai untuk mandi manda pada petang itu. Kelihatan beberapa orang wanita berselendang mengangkat bakul berisi baju. Barangkali mahu membasuh air di batang buluh besar berhampiran.

Raja Pasha sudah melarang rakyat membasuh pakaian / alatan memasak dalam sungai dek kerana mahu menjaga kebersihan dan kejernihan Sungai Cahaya Bulan.

Baginda mengarahkan beberapa pili air besar yang diperbuat dari batang buluh, dibina di setiap tebing sungai untuk kegunaan rakyat.

Kesuma hanya tersengih mendengar panggilan gadis itu padanya.

"Haih kau ini. Sengaja mahu menyakat aku bukan?"

Mereka berdua mengulum senyum.

" Kita harus bersedia dengan sebarang kemungkinan, Mawar. Bukan dekat negeri yang aku ingin pergi ini."

"Ya, aku sudah bersedia. Bawalah aku hingga ke hujung dunia sekalipun! Aku sanggup!"

Kedengaran hilaian tawa mereka.

" Haih, aku bimbang kekanda Arjuna cemburu sahaja. Maunya dilempang muka aku yang cantik jelita ini. Habislah saham aku."

Mawar tersenyum pahit.

"Usah menyebut namanya lagi, Kesuma. Aku sudah tawar hati menunggunya. Ini sudah 3 purnama dia pergi. Mungkin sudah lupa akan aku agaknya. Bertemu sama wanita lebih cantik dariku mungkin?"

Kesuma terkejut dengan kata-kata gadis itu.

"Eh, masakan dia curang? Kau punyalah sebegini cantik. Bodoh kalau dia lupakan kau, Mawar!"

Mawar hanya ketawa hambar menampakkan lesung pipitnya yang cantik. Terasa seperti belikat menikam dasar hati. Sakit.

Pedih.

Namun dia harus terima.

Hikayat Mawar BerduriWo Geschichten leben. Entdecke jetzt