Istana Temasek

49 8 0
                                    

"Ampun tuanku beribu ampun."

Seorang lelaki berpakaian mewah, bermisai lebat serta beruban bersimpuh diatas tikar sederhana.

Kelihatan dua orang pemuda tegap yang sepertinya gelisah duduk bertentangan dengan raja negeri Temasek itu.

"Terima kasih pada kamu berdua wahai anak muda. Tertangkap sudah kumpulan jahat itu atas kebijaksanaan kamu."

"Tidak mengapa tuanku. Kebetulan kami bermusafir di sini. Tidak salah kiranya jika kami membantu penduduk di sini."

"Kamu berdua dari mana dan hendak ke mana?"

Lelaki muda berdua itu saling berpandangan. Mungkin sudah agak akan timbul soalan begitu.

"Kami berdua dari Negeri Cahaya Bulan, tuanku. Kami merantau mencari pengalaman. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan. Ampun Tuanku."

Lelaki separuh abad berpakaian serba kuning itu tersenyum mesra.

"Oh, Tuanku Pasha sihat? Lama sudah beta tidak bertemu mata dengan baginda. Mungkin beta akan pergi melawat baginda kelak jika tidak sibuk."

Arjuna tersenyum.

"Alhamdulillah. Puji dan Syukur pada Allah. Baginda sihat walafiat. Baginda juga tahu mengenai kedatangan patik ke sini. Baginda mengirimkan salam pada tuanku."

Sultan Almara Alam Shah hanya mengangguk lalu menjawab salam. Sesekali dia merenung wajah kedua anak muda itu.

"Maaf tuanku. Apakah boleh jika patik bertanya sesuatu?"

"Sudah tentu boleh. Apa dia anak muda?"

Darma melihat sekeliling dahulu baru dia memulakan bicara. Harapnya tuanku tidak murka akan pertanyaan ini.

"Mengapa tuanku tidak mempunyai tempat bersemayam? Hanya ada bantal dialas kain kuning saja? Ampun jika patik biadap tuanku."

Sultan bermisai nipis itu hanya beriak tenang dan kemudian tersengih. Dia menepuk bahu Darma beberapa kali.

"Tidak mengapa, beta sangat terbuka dalam menerima sebarang kemusykilan. Ramai yang bertanya juga soal itu."

Sultan Almara tersegih menampak giginya yang putih bersih. Pandangannya terarah ke satu potret besar di dinding. Gambar seorang lelaki tua berserban putih dengan janggut putih.

" Itu merupakan potret arwah ayahanda beta. Baginda bukanlah seorang ulama atau ustaz. Tetapi baginda berusaha membangunkan negeri Tanggerang ini menjadi negeri islam."

"Ayahanda beta berpesan juga jangan sombong dan angkuh dengan kedudukan kita. Setinggi mana pun taraf kita, kita hanyalah hamba Allah dan umat Muhammad. Sentiasalah rendah diri, tawadduk dan amanah dalam menjalankan tugas. Kelak akan ditanya di akhirat."

Darma membulatkan mata mendengar bicara baginda. Patutlah istananya sederhana sahaja. Tidak segah istana di negeri lain. Bahkan istana ayahanda lima kali ganda lebih besar dari istana ini.

"Beruntung sungguh, tuanku."

"Mengapa anak muda? Ada yang ingin diluahkan? InsyaAllah jika ada yang boleh beta bantu, beta akan bantu."

Arjuna tersentak apabila Darma mengalirkan air mata. Kenapa pula lelaki ini? Rindu ayahandanya kah?

"Boleh patik tinggal di sini buat sementara waktu untuk mendalami agama islam? Patik amat kagum dengan akhlak dan budi rakyat serta tuanku sendiri."

"Boleh, Anak muda. Apa salahnya. Beta amat mengalu-alukan anak muda seperti kamu untuk lebih mendalami islam. Kelak generasi kamulah yang akan mengganti pucuk pimpinan."

"Datuk bendahara."

"Ya, tuanku."

"Sediakan rumah dan pakaian yang elok untuk tetamu kita."

"Menurut perintah tuanku."

Sultan kemudian berpaling ke arah pemuda berdua itu yang kelihatan terpinga-pinga.

"Kamu dialu-alukan untuk tinggal di sini selama mana pun."

"Terima kasih tuanku."

" Dayang, makanan sudah siapkah untuk tetamu kita ini?"

" Ampun tuanku. Sudah siap tuanku."

Seorang dayang separuh abad merafak sembah sebelum berlalu pergi.

"Pasti kamu berdua sudah lapar bukan, mari kita bersantap dahulu."

Arjuna dan Darma membiarkan sultan bangun dahulu. Kemudian barulah mereka membuntuti figura sultan untuk ke ruang makan.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now