Syiling & Rancangan

60 7 0
                                    

Negeri Rembulan
Hari ketiga

"Ini dia tuan hamba."

Beberapa keping syiling dilonggokan di hadapan Arjuna. Lelaki itu hanya menggeleng. Dia sudah agak.

" Hamba syak yang tuan hamba semua sudah terkena sihir. Sebab itu hanya gerai itu yang laris manakala gerai tuan hamba semua lengang tiada orang." Jelaskan lagi.

Kebiasaanya jika terdapat duit syiling di tempat berniaga, jangan sesekali mengutipnya dengan tangan. Sebaiknya buang dengan objek lain asal tidak memegangnya.

"Kami sudah agak, anak muda. Tetapi kami tidak mempunyai ilmu untuk memulihkan semua ini. Bantulah kami."

Seorang lelaki separuh abad membalas dengan riak sedih. Peniaga yang lain juga tunduk menekur tanah.

"Ya, bantulah kami, anak muda. Bagaimana kami mahu mencari rezeki jika keadaan sebegini? Anak-anak kami masih kecil dan bersekolah."

"Usah risau, sahabat hamba akan cuba sebaik mungkin." Darma mencelah sambil tersenyum pada peniaga tadi.

🌼🌼🌼

Tiga cawan kopi, roti canai dan beberapa jenis kuih terhidang panas-panas di atas meja.

"Bismillah. Jemput makan ya." Angkasa mula mencicip kopi panas. Terasa hangar melewati kerongkongnya.

Lelaki berdua itu mengangguk sebelum masing-masing mengambil roti canai dan diletakkan atas pinggan masing-masing.

"Apa yang kau nampak di gerai itu semalam? Mukamu tegang kulihat." Soal Darma yang menyuap roti canai.

"Lembaga hitam dengan mata merah sedang merenung kita dari bumbung. Sebab itu aku terus mengajak kamu berdua pergi dari situ." Arjuna bercerita dengan wajah selamba.

"Lembaga!?!" Angkasa dan Darma bersuara serentak. Kunyahan serta merta terhenti.

Gerun mendengarnya.

"Usah takut, sahabat. Mereka makhluk Allah juga."

"Eh, mana ada kami takut!" Serentak juga balasan lelaki berdua itu sebelum mereka bertiga menghambur tawa.

"Makanan mereka juga dijampi aku rasa. Kamu berdua ingat perempuan makan mee goreng di sebelah meja kita?"

Darma mengangguk. Angkasa juga.

"Ya aku ingat. Mengapa?"

" Aku tidak melihat mee dalam pinggannya. Aku lihat ulat bergerak-gerak sahaja. Bau enak dari semua majanan terhidang aku tidak bau. Yang aku tahu ada bau busuk seperti bangkai."

"Apa?!?"

Arjuna menggosok telinganya. Angkasa melopong dan Darma ternganga. Biar betul?

"Tapi hamba dapat bau aroma enak tomyam dan mee tersebut. Makanan juga kelihatan enak."

"Aduh, perlahankan suara kalian. Boleh memekakkan telinga aku tahu."

"Haha ampun..ampun. Salah kaulah, siapa suruh beritahu berita aneh? Manalah kami tidak terkejut." Darma tersengih.

"Jadi apa kita hendak buat? Takkan mahu serbu sahaja gerai itu? Mesti orang takkan percaya pada kita?" Angkasa memecahkan kesunyian.

Suasana nyaman pada pagi itu. Sesekali angin sepoi-sepoi menerobos masuk ke dalam rumah kayu milik Angkasa itu. Tingkap sengaja dibuka luas. Biar udara segar waktu pagi masuk ke dalam.

" Hesy, usah serbu begitu. Sudah tentu kita akan dihalau nanti. Aku perlukan masa untuk membaca ayat suci bagi memecahkan sihir tersebut. Kamu berdua boleh tolong?" Arjuna membalas.

Angkasa yang khusyuk mengunyah hanya mengangkat bahu kemudian menoleh ke arah Darma yang termenung jauh ke luar tingkap.

"Ha! Aku tahu!" Jerit Darma.
Bagai ada cahaya mentol menyala atas kepalanya. Bahu Angkasa dan Arjuna ternaik serentak.

Terkejut mereka dibuatnya. Tiba-tiba menjerit.

"Eh tuan hamba ni. Nasib tidak hamba curah kopi panas ini ke arah tuan hamba."
Angkasa membebel sambil mengelap sisa kopi tumpah atas meja.

"Haha maaf sahabat sekalian. Aku ada akal. Kamu berdua menyamar sebagai pelanggan biasa. Biar aku yang main peranan kelak." Kuih karipap dimasukkan ke dalam mulut.

Rangup karipapnya. Inti pun penuh.

"Baiklah, bila kita mahu jalankan misi ini? Malam hari buka kah Angkasa?"

Angkasa seraya mengangguk.

" Iya masih buka. Jam 3 pagi baru tutup rasanya."

Darma cuma tersenyum sinis. Gembira dengan ideanya mungkin. Arjuna hanya mencebik mencuit sahabatnya itu.

"Kau jangan macam-macam ya. Kita berada di kampung orang ini. Jangan buat rancangan gila ya!"

Darma hanya tergelak kecil mendengarkan amaran lelaki itu. Bukan Darma kalau tidak merencana rancangan gila dan tidak masuk akal.

Lihatlah seperti di Negeri Temasik, gigih mahu menyamar menjadi penjual goreng pisang, semata-mata mahu menangkap kumpulan samseng.

Sedih juga mereka melihat ada anak-anak yang meminta sedekah di tepi pasar. Ada juga anak-anak yang merayau tanpa tujuan. Kebanyakan tidak berkasut dan berbaju sangat lusuh.

"Makanan harian kami kini, hanya nasi dan garam sahaja. Hanya dua minggu sekali kami boleh menjamah ayam. Itupun berkat bantuan kerajaan Temasik."

"Jika keadaan ini berterusan, nescaya kami akan mati kebuluran."

Arjuna mengeluh mengingatkan pengakuan peniaga kecil yang terkesan semalam.

Semoga rancangan itu berjalan lancar dan akan menyelamatkan perniagaan kecilan penduduk setempat.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now