Halaman 14: Pencarian Pengawal baru

112 16 0
                                    

Tengahari itu langit agak mendung. Tidak seperti kebiasaan di mana matahari tegak di atas kepala meluaskan kehangatannya.

"Juna!"

Lelaki berbadan tegap yang sedang membelek jala memancingnya menoleh melihat Jamal yang tercungap-cungap di hadapan halaman rumahnya.

"Hah, kau kenapa? Kena kejar hantu?"

Jamal hanya tersengih. Dadanya berombak dek laju berlari. Haih, penat betul. Patutnya dia berjalan saja tadi. Bukannya Juna lari ke mana pun!

"Ni, ada perutusan yang sultan mahu cari pengawal baru! Lusa ujiannya di perkarangan Istana. Kau tak mahu cuba?"

Arjuna menggeleng. Jaring kecil yang diperbuat dari benang kapas yang dipintal itu ditenungnya. Huh sudah uzur jalanya ini.

Perlukah dia buat yang baru?

"Kita ni nelayan miskin, Jamil. Biarlah yang lain pergi ujian itu. Malas aku."

Jamal mencebik. Tak habis-habis dengan ayatnya itu.

"Ish kau ni kan. Cubalah positif sikit. Tak kiralah miskin atau kaya sekalipun. Layak saja untuk memohon jawatan itu."

Jamal masih tidak putus asa. Dia malah menghulur keratan jawatan kosong pengawal istana itu.

Pengumuman buat rakyat jelata sekalian

Atas arahan Yang Duli Maha Mulia Sultan Pasha Alaudin Shah, berkenan untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat jelata.

Jawatan: Pengawal istana
Gaji: 50 ringgit, penginapan serta makan dan minum percuma.
Ciri-ciri:
Lelaki.
Berbadan tegap.
Sihat dan bebas penyakit.
Berumur lingkungan 23-36 tahun.
Tempat: Perkarangan Istana Seriloka.
Hari: Sabtu, 12 Febuari.

Semua rakyat jelata yang memenuhi kriteria di atas dijemput hadir.

"Kau rasa ramai akan hadir?"

Jamal tersengih.

"Mestilah! Bukan selalu istana buka peluang seperti ini. Kita pergi ya?"

Arjuna hanya mengangkat bahu.

"Tengoklah nanti."

"Eh wajib! Lusa aku datang. Kita pergi bersama!"

Arjuna hanya mengangguk. Iklan itu sedikit sebanyak menarik minatnya juga. Tapi dia tahu untuk terpilih agak sukar. Pasti banyak saingan!

🌹🌹🌹
"Ayahanda!"

Gadis itu termengah berlari anak ke arah lelaki separuh abad itu.

"Hati-hati Mawar! Jatuh ke dalam sawah nanti!" Pesan Temenggung Ali sambil tersengih lucu.

Gadis itu tersenyum malu. Dia memperlahankan langkahnya. Sesekali dia memandang sekeliling.

Malu kalau ada yang memandang! Tak enak dipandang apabila anak dara berlari lintang pukang!

"Ayahanda kan!" Gadis itu menarik muncung.

Temenggung Ali menaikkan keningnya. Hairan.

"Mengapa Mawar?"

Gadis itu duduk bersila atas jalan berpasir itu sambil melihat ayahandanya membajak sawah.

"Mengapa ayahanda tidak pulang ke rumah? Malahan terus ke sini membajak sawah? Mawar tunggu ayahanda di rumah sehari suntuk tau!"

Gadis itu meluaskan matanya melawan sinaran mentari. Suasana di tepi sawah itu nyaman sekali. Sesekali angin berpuput lembut menampar wajahnya.

Temenggung Ali meletakkan alat membajaknya di tepi batas. Dia membasuh tangan dengan air bersih yang dibawa lalu melangkah menuju ke bawah teduhan pokok, tempat Mawar berada.

"Kamu merajuk ya Melati?"

Gadis itu hanya diam.

"Semasa dalam perjalanan, Syahbandar mengajak ayahanda membajak di sini apabila pulang kelak. Katanya ada banyak ikan..."

Koof!koof! Penjelasannya terbantut apabila dia terbatuk keras.

"Hah, sepatutnya ayahanda berehat di rumah. Besok pun ayahanda boleh kesini." Gadis itu menayangkan riak wajah penuh kerisauan.

Lelaki separuh abad itu menggosok perlahan kepala anak kesayangannya.

"Petang nanti Mawar ke rumah bidan ya, ambil ubat batuk ayahanda."

"Kamu risau ya? Ayahanda tidak apa-apa. Batuk sikit sahaja. Lagipula ubat batuk masih ada lagi."

Mawar menghela nafas. Degil sungguh ayahanda ini!

"Kamu baliklah, Mawar. Tolong sediakan teh o ya. Ayahanda rindu sama teh buatan kamu."

Mawar tersenyum manis.

"Baik ayahanda. Lekas pulang ya. Lambat ayahanda pulang, tak mahu Mawar buatkan teh nanti!"

Lelaki separuh abad itu tertawa. Cekap sungguh berceloteh anak daranya itu.

Langkah Mawar diiringi dengan siulan nakal anak muda yang melepak di tepi palung sawah.

Mawar hanya mencebik, mengendahkan dan berjalan sedikit laju.

Ini yang dia benci. Namun dia tiada pilihan lain. Ini satu-satunya jalan yang ada untuk sampai ke rumah.

Ah, dia mula rasa menyesal tak bawa basikalnya tadi. Ah, bodohnya!

Temenggung Ali mencapai cangkulnya. Dia menghela nafas berat. Dia sedar anak daranya itu bualan anak muda kampung.

Dia perlu berbuat sesuatu!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now