41~ Idea geliga

50 6 0
                                    

"Kau sudah gila agaknya Darma?"

Lelaki yang duduk bersimpuh menghembus asap rokok daun hanya tersengih menampakkan giginya yang cantik tersusun.

"Jika hanya itu jalan untuk menghentikan onar, apa salahnya kan?" Puntung rokok yang pendek ditenyeh pada lantai pangkin sebelum dibuang ke dalam semak berhampiran.

"Tapi Darma, bukankah hasratmu itu berbahaya? Tiada jalan lainkah untuk menyelesaikan semua ini?" Arjuna menggaru rambut pendeknya yang tidak gatal itu.

Terasa mahu tercabut jantung mendengar cadangan tidak bernas putera raja itu. Bernas namun berbahaya!

"Usah kau risau, Juna. Tahulah aku menjaga diriku nanti."

Arjuna hanya mengeluh dan seraya mengangguk perlahan. Jika itu keputusan lelaki itu, dia tidak dapat menghalang.

"Wah donut gula!"

Seorang anak gadis berumur sebelas tahun berambut tocang menatang pinggan berisi donut gebu datang menghampiri mereka dengan ceria.

"Abang berdua! Ini ibu ada buat donut gula buat santapan petang. Nanti Kinah bawa air pula ya!"

Arjuna tersenyum ramah sambil mengucap terima kasih manakala Darma pula..

"Nyumm..nyumm.." Sebiji donut sudah selamat di dalam perut. Dia kini sedang mengunyah donut yang kedua.

Arjuna hanya menggeleng. Yang dia tahu, Darma amat gemar akan makanan. Berilah apa sahaja, semua akan dimakan dengan penuh selera.

Badan lelaki itu yang sado dan tegap sama sekali tidak melambangkan nafsu makanannya itu.

"Darma..darma, kalau ayahandamu tahu, seleramu buruk begini, pasti kau akan dihalau istana." Arjuna bersuara perlahan sambil mencebik.

Darma yang mahu mengambil secawan milo panas tergelak kecil.

"Aku sudah muak dengan segala peraturan istana yang mengarut itu! Sebab itu aku mencipta alasan untuk keluar mengembara. Mujur ayahanda izinkan."

Mereka berdua hanya tergelak bersahaja sambil menikmati suasana petang yang berangin.

Hikayat Mawar BerduriOn viuen les histories. Descobreix ara