19- Berita buruk

84 15 0
                                    

"Apa!?!"

Wajahnya berubah pucat tidak berdarah. Lututnya terasa longgar. Mujur tubuhnya sempat dipegang oleh Jirannya, Mak Semah.

"Innalillahiwainalillahirajiun.." Ucap Mak Semah perlahan. Wajahnya berubah sayu apabila melihat wajah pucat gadis itu.

"Ayah, Mak Semah. Ayah dah..." Tiba-tiba tubuh gadis itu longlai tidak bernyawa. Mak Semah mula cemas.

" Azimah, tolong mak sebentar!"

Seorang gadis berambut tocang datang dari dapur. Dia bergegas apabila melihat tubuh longlai dalam dakapan ibunya.

"Ya Allah, Akak!" Jeritnya. Dia membantu ibunya memapah gadis itu ke dalam bilik. Simpati dan sedih melihat keadaan gadis itu.

🌟🌟🌟🌟

"Mak Semah! Mawar mana?"

Dua orang gadis menerpa di pintu masuk. Mereka terburu-buru naik seperti ada rusuhan. Hati mereka masih terkejut dengan berita malang itu.

Bukan hanya mereka, malah seluruh penduduk kampung yang turut berada di perkarangan rumah tok guru silat itu.

"Mawar ada dalam bilik. Dia terkejut sampai pengsan sebentar tadi. Kamu berdua temankan dia ya dua tiga hari ni. Kasihan dia."

"Memang rancangnya begitulah Mak Semah. Ibu dan ayah kami pun sudah beri keizinan."

Tanpa berbual lebih panjang, mereka bergegas masuk ke dalam satu ruangan.

"Ya Allah, Mawar!"

Satu susuk kecil kelihatan lesu di atas katil. Masih tidak sedarkan diri.

"Panasnya!" Orkid yang menyentuh dahi gadis itu terkejut. Mawar demam!

Melati bergegas keluar. Tidak tahu tujuan ke mana. Manakala Orkid tetap setia di sisi katil. Menunggu jika gadis itu sedarkan diri.

"Nah, Orkid." Melati menghulur sebesen air dan tuala bersih.

Gadis berbaju kurung longgar itu pantas menyambut. Dia mencelup kain itu ke dalam air suam, dan meletakkannya di dahi sahabatnya itu.

Wajah lesu itu direnung seketika.

"Eh, kamu nak ke mana?"

"Aku nak cari daun bunga raya sekejap."
Gadis itu menghilang di balik pintu.

Di luar kedengaran hingar bingar suara penduduk kampung yang datang. Mak Semah masuk menjengah.

"Mawar tak apa-apa kan?" Wajah wanita separuh abad itu kerisauan. Gadis itu sudah dianggap sebagai anaknya sendiri.

"Mawar okay. Cuma demam sedikit. Melati pergi mencari daun bunga mawar. Semoga nanti cepat kebah."

Orkid membalas perlahan.

Mak Semah mengangguk. Beruntung gadis itu mempunyai sahabat baik seperti budak berdua ini. Susah senang bersama.

"Eh, Mak Semah."

Terbantut pergerakan wanita berbadan gempal itu.

"Mak Semah mahu saya bantu di dapur?"

"Eh tak mengapa. Ramai sudah anak dara menolong di dapur tu. Kamu jaga Mawar sajalah ya."

Orkid mengangguk laju. Risau juga hendak meninggalkan gadis itu sendirian di saat emosi berkecamuk.

Sesekali kedengaran suara makcik-makcik membawang di luar. Dia hanya menggeleng. Mungkinkah dia, Mawar dan Melati akan begitu juga nanti kalau sempat menempuh hari tua?

Dia tersenyum hambar. Melati sudah kembali dengan beberapa helai daun bunga raya di tangan. Juga sebiji lesung batu.

" Mengapa kau bawa lesung batu masuk sini?"

Orkid melopong hairan.

" Malas aku duduk di luar. Banyak makcik bawang. Di dapur pun banyak. Dalam bilik Mawar sahaja aman tiada murai." Melati menjulingkan mata ke atas.

Orkid tergelak kecil.

"Biasalah tu orang tua. Entah-entah nanti kita juga seperti itu, Melati."

Melati membulatkan mata.

"Eh, dah tua nanti baik aku berzikir. dapat juga pahala. Dari dapat dosa free."

Orkid hanya tersengih. Maklum dengan perangai Melati yang memang tidak suka masuk campur hal orang. Dia dan Mawar juga.

Masing-masing hanya ambil berat antara mereka sahaja. Malas berlebih masuk campur hal orang lain.

Daun yang sudah dibasuh bersih disumbat dalam lesung batu.

tungg!!!

tunggg!!

Hah, sudah lumat nampaknya.

"Rasanya boleh dah ni letak di dahi dan leher Mawar."

Dia menoleh ke sisi. Sabar ya, Mawar. Aku tahu kau wanita yang kuat. Sebab tu Allah uji.

"Cepat sembuh ya, Mawar. Kami berdua sayang kau sangat." Melati duduk bersimpuh di sisi katil sambil memeluk lengan Mawar yang masih tidak sedarkan diri.

Orkid mengangguk. Dia turut memeluk pinggang kecil sahabat kesayangannya itu.

Kami akan bersama kau hingga hujung dunia Mawar.

Kami janji.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now