33. Ruang makan diraja

78 12 0
                                    

"Darma!"

Senyuman di bibir mati di situ. Wajahnya kembali tegang. Dia berdehem perlahan. Di hadapannya terdapat seorang wanita lanjut usia namun dibaluti dengan pakaian mahal. Juga dua orang sepupunya yang sedang menikmati hidangan diraja dengan tertib.

"Nenenda kamu bertanya tu!" Bonda menyiku perlahan bahunya. Jauh benar mengelamun anak terunanya ini!

"Maaf nenda. Boleh ulang semula apa yang nenda bilang tadi?" Soalnya sopan. Mau kena pelangkung jika gaya bahasa tak formal digunakan.

Lagi-lagi kamus dewan bergerak sedang merenungnya ketika ini. Siapa lagi kalau bukan bondanya yang tercinta!

Hehe

"Cucunda sudah mempunyai teman istimewakah?" Udang yang sudah masuk ke dalam mulut kemudian tersekat di keronkongnya.

Uhuk!uhuk!

Apa punya soalanlah? Memang orang berumur suka bertanya mengenai isu inikah?

"Haish anakanda. Cubalah makan yang tertib! Nah air." Getus bonda perlahan. Dia menggeleng laju melihat anaknya yang tercekik udang.

Tak patut betul!

"Nenda ada berkenan sama Puteri Rembulan. Anakanda raja negeri Sembilu. Ayu dan cantik orangya! Sesuai dengan kamu yang kacak ini Darma!"

"Err, tidak mengapalah nenda." Dia menolak sopan. Sotong pula dicucuk cermat dan digigit lembut.

Darma mengeluh dalam diam. Hobi nenek dan ibu sedunia memang menjodohkan orang ya? Haih..

"Kalau kamu tidak mahu, kamu boleh pilih Puteri Kerlipan. Puteri ini sangat tinggi ilmunya. Belajar sehingga institusi tinggi di inggeris! Sepadan dengan kamu yang mempunyai lulusan luar negeri juga!" Bondanya pula memberi cadangan.

Sudah kemaruk mahu bermenantu gamaknya permaisuri ini!

Darma menepuk dahi. Aduh, tidak habis lagi rupanya. Kali ini bondanya pula!

Bonda dan Nenda bersabung pandang.

"Kamu sudah mempunyai pilihankah, Darma?" Nendanya menyoal pantas.

"Ada, Nenda!" Jawabnya laju. Dia sendiri tersentak dengan perkataan yang laju meluncur dari mulutnya itu.

Semua mata memandangnya dengan wajah tidak percaya.

"Siapa gerangannya?" Serentak soalan diajukan oleh bonda dan nendanya.

Darma terkesima. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya itu. Dia mana ada kekasih? Mana taknya, banyak betul urusan kerajaan terletak dibahunya. Sehinggakan hendak mencari teman hidup pun terbantut kerana kesuntukan masa.

Heh kejam sungguh ayahanda.

Tahulah mahu dia belajar, tetapi ini sudah macam dia yang raja! Mahu jawab apa ini? Matilah dia!

"Puteri gunung santubong!"

Semua yang ada terkesima. Puteri negara mana pula? Tidak pernah didengar?

"Anak kerabat mana, Darma? Tidak pernah ayahanda dengar nama itu?"

Ah sudah! Ayahanda sudah tiba! Baru sahaja dia berdoa agar ayahandanya lewat tiba. Biar terlepas santapan malam ini.

Tetapi...

"Betul kekanda. Puteri negeri mana, Darma? Tidak pernah bonda dengar. Nanti bawalah dia berjumpa ayahanda dan bonda ya!"

Keriangan terpancar pada wajah bonda. Iyalah, ibu mana tidak excited bila anaknya mahu bawa pulang menantu bukan?

Wajah Darma sudah pucat tidak berdarah. Mahu ditampar sahaja mulutnya itu.

Alahai Darma! Cari fasal sungguh lelaki ini ya! Hiii

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now