36. Temenggung Manan

81 11 0
                                    

Imbas kembali

Kasut diletakkan atas para. Barulah nampak berkilat dari biasa. Ke manalah Putera Darma pergi kelmarin? Comot kasutnya mengalahkan orang berkubang dalam sawah.

"Arjuna!"

Dia menoleh apabila namanya dipanggil.
Seorang lelaki separuh abad berpakaian kemas mendekatinya.

"Aku hendak bercakap sedikit dengan engkau, boleh?"

Arjuna mengerutkan dahi. Mengapa?

" Ada hal mustahakkah Temenggung Manan?" Barangkali lelaki tua itu mahu minta tolong sesuatu darinya.

" Ini soal bapa mertuamu, Temenggung Ali. Mari kita berbicara di perpustakaan diraja. Di sana lebih tertutup." Lelaki berjanggut putih itu kelihatan serius.

"Temenggung  Manan kenal rapatkah dengan arwah bapa mertua saya?" Dia bertanya bingung. Apa kaitan Temenggung Manan dan arwah bapa mertuanya?

"Ya. Aku adalah teman rapatnya sejak kecil. Aku akan ceritakan selanjutnya jika kau menyusul ke perpustakaan. Aku pergi dahulu, ada hal di sana. Jangan lupa datang jika kau ingin tahu. Aku tidak memaksa."

Lelaki berjanggut putih itu kemudian berlalu dari situ. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia yakin anak muda itu akan datang juga nanti.

Dia bangkit dan membasuh tangan di tempayan berhampiran. Lenguh pula kakinya apabila bersimpuh lama ketika membersihkan kasut majikannya sebentar tadi. Hatinya berbelah bagi.

Perlukah dia menyusul?

Atau mengabaikannya sahaja?

Ah, dia pening.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now