Halaman 2: Melati sengsara?

257 28 3
                                    


"Sayur..sayur..satu ikat 5 sen.."

"Daging lembu..daging kambing..sekilo 30 sen..murah..murah.."

Meski hari sudah menginjak ke waktu petang, suasana hiruk pikuk suara penjual dan juga pembeli masih kedengaran. Mawar berhenti di hadapan sebuah gerai kecil. Matanya melilau mencari seseorang.

"Mawar, aku di sini!" jerit seseorang yang dikenali.

"Eh, Melati masih belum sampai?" Soalnya lembut. Kerusi ditarik dan kemudian dia melabuhkan duduk.

" Seperti biasalah dia itu, Mawar."

Balas Orkid bersahaja. Gadis berambut ikal mayang itu kelihatan ceria seperti sedia kala.

Mawar hanya mengangguk lembut.

Mamak Murthu datang mengambil pesanan dua gadis itu.

"Makan adik manis?"

"Roti biasa satu, teh tarik satu. kau, Mawar?"

"Erm bagi teh panas satu, mamak."

"Dey, itu saja ka? Itu maciamlah badan cik adik manyak kurus." Mamak Murthu berlalu pergi dengan siulan kecil.

Mawar dan Orkid tersenyum simpul mendengar omelan mamak itu.

"Ada-ada sahajalah mamak ini."

"Ada apa kau mengajakku ke sini Orkid? Selalunya kita bertemu di tepi sumgai kan?" Soal Mawar yang memerhati gelagat orang lalu lalang.

"Oh, sudah lama aku tidak makan roti, kerana itulah aku mengajakmu ke sini. Ada baiknya juga si Melati tidak kunjung datang. Aku ingin berbicara perihal dia." Orkid memperlahankan sedikit suaranya. Bimbang didengari orang lain.

"Mengapa dengan sahabat kita itu?" Mawar mengerutkan kening.

"Kau tahukan bahawasanya rumahku dengan rumah Melati hanya beberapa marhalah sahaja?" Mawar mengangguk cuma. masih menanti ucapan seterusnya dari sahabatnya itu.

"Aku terdengar dia dan suaminya bertengkar hampir setiap malam. Bunyi Melati menangis serta berteriak meminta tolong juga kedengaran. Aku yang sebenarnya risau akan sahabat kita itu. Apakah dia.."

"Didera oleh suaminya sendiri?" Mawar seraya mencelah laju. Melihatkan orang sekeliling menoleh-noleh kerana nada suaranya yang tinggi, dia lantas menutup mulut.

"Orkid! Mengapa kau tidak mengatakan padaku lebih awal perihal ini? Aku yajin dia sedang terseksa dengan lelaki durjana itu!" Suaranya dikawal serendah-rendahnya. bimbang didengari orang.

Muka Mawar merah padam. Dadanya berombak menahan kemarahan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Masakan Berahim sanggup berlaku kejam terhadap isterinya sendiri? Secara dasarnya, Berahim sepertinya orang yang baik.

"Aku rasa tidak sesuai kita berbicara di sini. Ayuh, kita ke rumahku." Mawar bingkas bangun. Dia menyeluk sakunya untuk mengambil wang, namun ditegah oleh Orkid.

"Tidak mengapa. Aku belanja, Mawar. Biar aku membayar makanan dahulu ya." Orkid mengambil syiling perak bernilai lima sen dari saku baju kurungnya dan melangkah ke meja kecil di sudut gerai.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Keesokan harinya....

"Assalamualaikum.."

"Sepertinya tiada orang di rumah, kakanda." Laksamana menoleh ke arah Bendahara yang meninjau ke anjung rumah kecil itu.

"Begitulah nampaknya. Marilah kita beranusr pulang."

Temenggung mengangguk mengiakan kata-kata Laksamana itu.

"Kita akan ke mari lagi pada kemudian hari." Mereka telah bersepakat utnuk pulang sahaja. Sepertinya rumah Melati dan Berahim tidak berorang.

Baru beberapa langkah memanda berempat membuka langkah, mereka terdengar sapaan dari arah belakang.

"Eh, mamanda berempat? Marilah naik sebentar ke atas teratak buruk hamba. Maaflah, hamba baru pulang dari menoreh." Seorang lelaki bertubuh sasa tersenyum manis. Mereka berempat hanya berpandangan seelum membuntuti langkah lelaki itu naik.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

"Mawar..mawar..."

Mawar yang sedang menyiram bunga-bungaan di halaman rumah terhenti. Siapakah gerangan yang memangilnya dengan begitu gopoh itu?

Seorang gadis bertocang dua memberhentikan basikalnya betul-betul di hadapan tubuh Mawar. Jika dilepaskan brek, pasti mengenai tubuh Mawar.

"Orkid?"

"Mawar...Melati...Aku..lihat.." Gadis bertocang itu termengah-mengah mengeluarkan butir kata.

"Mari kita duduk di sana dahulu. Bertenang Orkid, Tarik nafas...lepas..."

Langkah mereka berdua terhenti di sebuah pangkin di awah teduhan pohon mangga. Angin bertiup sepoi-sepoi menampar lembut wajah mereka. Mawar menepuk lembut lengan sahabatnya itu.

KOrkid dilihatnya sedikit tenang berbanding tadi. Ketika gadis itu dilihat sudah bertenang, barulah dia membuka bicara.

"Apa yang ingin kau sampaikan sebenarnya, Orkid?"

" Semasa aku ke gerai Ah Tong tadi, aku terlihat Melati. Namun aku tidak berkesempatan menegurnya."

Kedua belah kening Mawar bertaut. "Mengapa?"

"Dia kelihatan resah dan ketakutan. Sementelah, ibuku mengirim beberapa barang maka selepas itu aku harus pulang segera."

"Dia kelihatan ketakutan? Apa yang ditakutkan?"

Orkid hanya mampu menjawab persoalan Mawar dengan mengangkat bahu. Tanda yang dia sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku kepada sahabat mereka itu.

"Oh ya, seingatku juga dahinya kelihatan lebam dan bibirnya pecah. Jalannya juga terhincut, berlainan dari kebiasaan. Dia sedaya upaya menutupi lebamnya itu dengan selendang namun dapat kulihat juga kesan lebam itu."

"Adakah mungkin dia terjatuh?" Mawar cuba untuk bersangka baik.

"Menurut pandangan mataku sebentar tadi, tidak. Sepertinya dia ditumbuk. Sekiranya terjatuh, lebamnya tidak seteruk itu."

"Adakah kau tahu apa yang dibeli oleh sahabat kita itu?"

"Kata Ah Tong, Melati sepertinya membeli kain kasa dan ubat kuning untuk merawat luka.."

Mawar membeliakkan mata. Jikalau benar telahan Orkid, nyawa Melati dalam bahaya!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now