38. Pelawaan

65 7 0
                                    

"Dia masih lagi isteri hamba. Hamba tidaklah sekejam itu mahu menceraikan dia tanpa asal usul."

Darma menghela nafas lega.

"Usahlah berbahasa formal denganku. Kau bukan lagi pembantuku, Juna. Anggap sahaja aku ini sahabatmu?"

Kakinya yang tidak berkasut menguis pasir pantai yang halus. Ombak menghempas pantai sesekali mengenai kakinya itu.

" Juna! Ikan tenggiri satu kati!" Jerit seorang makcik berselendang labuh.

" Boleh, makcik! Sebentar ya!"

Beberapa ekor ikan kembung segar dicapai dengan cekap dan dibungkus kemas dengan kertas surat khabar lama.

"Ada lagi, makcik?"

"Bagi udang hidup satu kati!"

"Baik. Semuanya 33 sen." Bungkusan ikn dan udang kini bertukar tangan.

"Murahlah sedikit. 30 sen boleh?" Wanita separuh abad itu mengira syiling di tangan.

"Hmm bolehlah, makcik!" Arjuna menguntum senyuman ikhlas.

"Terima kasih ya, Juna. Moga murah rezeki kau ya."

"Sama-sama makcik. Saya jual ya!"

"Ah,maafkan aku, tuanku, err Darma."
Serba salah pula dia meninggalkan bekas majikannya itu keseorangan.

Darma hanya menggeleng.

"Tidak mengapa. Salahku juga datang mengejut waktu kau sedang bekerja."

"Di sini tidak sesuai untuk berbicara soal ini. Mari kita ke gerai kopi di sana." Darma memberi cadangan.

"Boleh, Darma. sebentar ya."

Dia menggamit seorang lelaki yang melompat keluar dari perahu dan meminta agar lelaki itu membantunya menjaga gerai sebentar.

"Maaf lambat. Mari kita ke gerai Pak Akob. Kopinya agak mashur di sini. Err tapi..."

Darma hanya tergelak kecil. Dia tahu apa yang berlegar dalam kepala lelaki sebayanya itu.

"Jangan risau. Hanya kita sahaja di sini. Tak jatuh martabat putera raja meski minum kopi di gerai biasa! Macam kau tak biasa menghendap curi minum kopi bersamaku dulu, Juna?"

Lelaki berambut ikal tersengih. Terimbas waktu dia menjadi pengawal peribadi putera itu.

"Jangan pula kau terlepas cakap! Anggap sahaja aku seperti sahabatmu yang lain!"

Arjuna hanya mengangguk. Sudah biasa dengan lelaki itu. Cuma dia masih ada rasa hormat akan bekas majikannya.

"Kopi kaw dua, pak!" Jeritnya lantang!

" Awal kau balik berniaga, Juna?" Tegur lelaki bermisai putih ramah.

"Ah, teman saya dari Anderapura datang, pak. Itu yang suruh si Midin gantikan saya sebentar."

"Oh, begitu. Tampan sungguh sahabat kau ini ya. Siapa namamu nak?"

"D..Delima pak!"

"Amboi pak. Dia sahajakah yang tampan? Saya?"

Lelaki bermisai putih itu berdekah ketawa sebelum terbatuk.

"Wajah kamu manis, Juna. Sedap mata memandang. Eh, aku masuk buat kopi dulu. Melayan kamu, tak berasaplah dapur aku oi!"

Arjuna dan Darma menggeleng sebelum tersengih melihat telatah Pak Akob. Ramah sungguh pemilik gerai ini.

"Aku rindu suasana kampung sebegini."

Arjuna menjongket keningnya.

"Darma sangat dialu-alukan di sini. Penduduk kampung Bintang Seribu sangat baik semuanya."

Darma kemudian mengeluh berat.

"Tetapi tugas aku di Anderapura.."

Dia tidak dapat menyambung ayatnya itu. Sengaja dibiar tergantung.

"Kalau Darma tidak mahu, mengapa terima tugas itu?"

Lelaki berkulit cerah itu tidak menjawab. Matanya dibiar merenung nun jauh ke tengah laut yang tenang.

" Ayahandaku sudah tua. Dia sudah tidak betah lagi menguruskan hal-hal negara. Bonda sudah beberapa kali mengirimkan surat padaku dahulu. Hanya Beberapa purnama lepas, hatiku terbuka untuk pulang."

"Darma tinggal di mana sebelum ini? Apa yang membuat kau setuju dengan permintaan bondamu?"

Darma memberi laluan kepada pak Akob untuk menghantar dua cawan kopi dan dua pinggan mee goreng.

"Terima kasih!" Ujarnya. Bau harum mee goreng menusuk hidung.

Hmm sedapnya!

"Bonda bilang ada beberapa cubaan sabotag ayahanda. Mujur pembantu ayahanda cekap dan tangkas. Jika tidak, pasti perkara yang buruk akan terjadi."

"Sabotaj!?!"

Raja Pasha yang terkenal dengan kebaikan dan prihatinan terhadap rakyat jelata pun disabotaj?

"Shh perlahan sedikit nadamu."

"Hehe maaf. Tidak ku sengajakan tadi."

Mee yang masih berasap disuap perlahan ke dalam mulut.

Matanya membulat.

Sedapnya!

Arjuna tersengih melihat reaksi lelaki dihadapannya itu.

"Sedap bukan? Kalau kau nak tahu, mee goreng Pak Akob ini, terkenal sehingga ke seluruh negeri. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk makan sepinggan mee, sahaja!"

Mata Darma membulat. Mee di pinggan sudah tinggal suku. Tidak pernah dia makan sepantas ini!

"Oh patutlah! Kalau aku pun, sanggup!"

"Kembali pada topik asalku. Aku kemari bukan mahu menyerangmu.Maaf, aku agak emosi sebentar tadi."

"Tidak mengapa. Aku faham."

" Aku ingin menyiasat tentang cubaan sabotaj ayahanda sebelum ini dan juga pemberontak yang sudah mula menjadi-jadi di pekan kecil. Aku mahu kau turut serta."

"Aku?" Arjuna terkejut.

"Hanya kau hulubalang yang mahir menurutku. Aku yakin kau mampu membantuku sepanjang pengembaraan kita ini."

Arjuna tidak membalas. Pinggan yang sudah kosong ditolak tepi. Kopi yang tinggal separuh dicicip perlahan.

"Aku tidak memaksamu juna. Kalau kau tidak mahu, tak mengapa. Aku faham kau pun sudah ada hidup baru."

Mata coklat itu menatap tepat ke wajah putera raja itu dengan hati yang tekad.

" Aku ikut! Tapi dengan syarat kau belanja makan minum sepanjang kita di jalanan ya?"

Putera raja itu tergelak besar sambil membetulkan rambut paras bahunya yang beralun lembut ditiup angin pantai.

"Itu sudah tentu, adindaku! Aku yang mengajakmu, masakan aku tidak berfikir tentang itu semua!"

Arjuna tersengih. Dia tahu Darma seorang yang baik hati. Oleh sebab itu dia bulat hati mahu membantu putera tampan itu dalam pengembaraannya kelak!

Hatinya sudah melonjak riang!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now