Ziarah

48 1 0
                                    

Langkah selipar lusuh yang diikat dengan tali guni itu akhirnya terhenti di hadapan rumah kecil.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Anum, panggil adik-adik kamu balik. Nak masuk senja ni."

Seorang wanita 40-an keluar dengan wajah pucat. Dia mengambil plastik ubat di tangan anak sulungnya dan seikat pisang emas.

"Baik mak."

Riuh rendah bunyi adik-adiknya bermain di sungai jernih yang terletak betul-betul di belakang rumah.

"Amir, ajak adik-adik naik. Nak senja ni."

"Alah, kak. Tengah seronok ni." Asrul membantah kecil.

"Dah, jom naik. Tengok langit tu dah nak senja." Amir menarik tangan adik-adiknya untuk naik.

"Aah nanti mak marah." Amira mencelah sambil berlari naik.

"Siapa sampai rumah dulu, dia menang!"
Azmir yang berusia 8 tahun memecut laju meninggalkan yang lain.

Yang lain terus menderu berlari. Anum hanya menggeleng perlahan.

"Hari ni makan apa kak?"

Dia menoleh. Amir yang muda setahun daripadanya bertanya perlahan sambil berjalan seiring dengannya.

"Uncle ada bagi pisang tadi. Mak buat pisang goreng kut?"

"Betul ke? Yeay!"

Anum membasuh kaki sebelum naik ke rumah. Di birai pintu dia tercegat memerhati ulah Amir yang membantu Asilah menyisir rambut.

Dalam 13 orang adik beradiknya, Amirlah yang paling boleh harap. Meski umurnya baru 11 tahun, dia lebih matang dari usianya.

Mungkin cara kehidupan mereka yang membentuk jati diri adiknya itu. Tidak banyak kerenah dan ada ciri-ciri seorang pemimpin dalam dirinya.

"Anum, kenapa berdiri kat situ? Pergi mandi dan solat. Nanti tolong mak siapkan makan malam ya."

Suara lembut mak menyentakkan dia dari lamunan. Tuala lusuh dicapai dari paku dinding.

Dia harus segera mandi dan solat. Nanti nak tolong mak di dapur pula!

🌸🌸🌸

Keesokan harinya..

Hari ini dia cuti menoreh getah. Selepas membantu mak mengemas meja usai sarapan pagi, dia duduk bersimpuh berhampiran Amir, Amira, Akilah dan Asilah yang meniarap buat kerja sekolah.

"Assalamualaikum.."

Anum yang sedang mengajar adiknya kerja sekolah bingkas bangun untuk melihat siapa yang datang.

"Waalaikumsalam. Eh Abang Juna dan Abang Darma. Naiklah."

"Siapa yang datang, Anum?" Suara batuk ibunya kedengaran kuat.

"Abang Darma dan kawannya, mak!"

Tikar lusuh di tepi dinding dibuka. Meski hidup dalam serba kekurangan, tetamu mesti diraikan!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now