21: Hari Bahagia

98 17 0
                                    

"Apa benar yang aku dengar?" Seorang lelaki yang menggulung rokok daun mengangkat muka apabila disapa.

"Eh? Awal kau pulang? Katanya pulang lusa? Ya benar. Buah hatimu akan menikah hari ini."

Lelaki berbadan tegap itu mengeluh lembut. Entah mengapa hatinya hancur berderai mendengar khabar itu. Plastik berisi beberapa botol minuman keras diletakkan disisi.

"Eh, kau bukan dah berhenti minum?" Lestari menegakkan badannya.

"Ermm, aku kusut, Tari."

"Kau tak apa-apa mendengar khabar pernikahan Mawar?" Lestari cuba mengalih topik. Tampak besar serabut lelaki itu. Dengan baju yang tidak terurus. Rambutnya serabai tidak bersikat.

" Baguslah. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh menjaga dia setelah pemergian Temenggung Ali." Senyuman tawar dilakarkan mesti hatinya sudah hancur berkeping-keping saat ini.

"Kau tidak mahu tahu dia bernikah sama siapa?" Soal lelaki yang menghembus asap rokok dengan tenang.

"Tidak perlu rasanya. Semoga suaminya dapat membahagiakan dia hingga akhir hayatnya. Itu sudah cukup buat aku gembira."

"Kenapa kau tidak bersemuka dengannya, Taha? Bertanya mengapa dia menolak pinanganmu hari itu?"

Lelaki bertubuh kekar itu menghela nafas panjang. Itu mustahil. Biarlah dia memerhati dan menyayangi dari jauh.

"Aku sedar aku bukan lelaki baik. Aku cuba untuk tidak minum dan berjudi sebab dia. Namun selepas dia menolak pinanganku tempoh hari, aku tidak dapat berhenti lagi. Tiada gunanya aku berhenti lagi."

Botol arak bersepah di atas tanah. Daun terup juga berselerak di sana sini. Bau masam arak mengelilingi kawasan bangsal kecil itu.

"Arak sajalah tempat aku melepaskan segala dendam di dada. Buat aku melupakan semua ini."

Lestari mencampak rokok daunnya yang sudah kontot ke tanah. Sesekali dia menggeleng.

"Bunga bukan sekuntum, kawan. Carilah wanita lain. Kau segak orangnya. Lainlah aku yang capik sebelah ini. Siapalah hendakkan aku?" Ujarnya sambil tersengih.

Lestari menepuk perlahan bahu sahabatnya.

" Bunga memang banyak. Tapi hati aku hanya setia pada satu bunga sahaja, kawan."

"Meski dia sudah dimiliki orang?"

"Ya. Biarlah aku membujang hingga tua jika jodohku tidak dengan si dia."

Taha merenung langit yang cerah. Awan yang terbentuk seakan melakar wajah gadis kesayangan.

Seketika tubuhnya rebah ke tanah. Kedua-dua tangan dan kakinya tiba-tiba kejang. Matanya pula terbeliak ke atas.

"Ya Allah, Taha! Gangsa, mari bawa Taha ke rumah Doktor Hassan. Dia terkena sawan lagi!?"

🌹🌹🌹

"Cantiknya mawar!"

Susuk tubuh tinggi yang menawan memantul di cermin. Tata rias wajahnya dari Kak Sally, pendandan kampung sebelah, menambah lagi kejelitaaan Yang sedia ada.

"Hish, aku biasa saja. Jangan puji lebih-lebih. Koyak baju pengantin nanti siapa nak bayar?"

"Dia." Melati dan Orkid saling menunding jari.

Mawar ketawa kecil melihat gelagat dua orang makhluk pelik itu.

Kalau orang lain tak mengaku kawan dah ni.

"Kau serius ni?" Melati bersuara perlahan.

Mawar menoleh memandang Melati pelik.

"Maksud kau?"

Hikayat Mawar Berduriजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें