Si ulat bulu

35 1 0
                                    

"Baba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Baba..."

Arjuna berhenti melangkah. Semacam
ada pelukan kecil dikakinya.

Eh, comelnya..

"Anak siapa pulak ini?"

Arjuna melilau sekeliling sebelum mengambil si kecil itu. Pipinya dicuit sedikit.

Mata sepet macam anak cina!

"Cempaka! Mana kau nak?"

Seorang wanita muda berselendang melilau seperti mencari sesuatu. Arjuna mendekati wanita muda itu.

"Err maaf, cik. Ini anak cik ya?"

"Ya Allah, Cempaka!"

Cempaka bertukar ke tangan wanita muda itu. Habis seluruh muka anak kecil itu dicium. Si kecil hanya tersengih tidak mengerti apa-apa.

"Terima kasih, encik. Kalau bukan kerana encik, entah ke mana anak saya ni."

Arjuna hanya mengangguk. Mujur si kecil itu melanggar kakinya.

"Si kecil baru boleh berjalan ya?"

Wanita muda itu mengangguk.

"Saya mahu mengutip duit yang terjatuh ke tanah. jadi saya letak dia sebentar dari dukungan saya. Tahu-tahu laju meluru ke depan tanpa saya sempat tangkap."

Terang wanita itu sambil membetulkan selendangnya. Si kecil dalam dukungan tersengih lebar mengawang tangan ke arahnya.

"Eh, Cempaka suka abang tu ya?"

Lagi galak si kecil itu apabila diserah ke arah Arjuna. Lelaki itu tenang melayan ulah si kecil.

"Hairan saya, encik. Jarang si Cempaka mahu dengan orang lain."

Arjuna hanya tersengih. Sesekali pipi tembam si kecil dicubit geram.

"Err maaf. Saya macam pernah nampak cik."

Wanita itu mengerutkan dahi. Eh, iyakah? Di mana?

"Aduh!" Serentak dia dan Arjuna berpaling ke arah belakang lelaki itu yang dilanggar seseorang.

"Maaf, encik!"

"Eh, Melur! Jumpa tak!?"

Arjuna berkerut merenung wajah orang yang melanggarnya itu.

"Mawar?"

Mawar terpegun dan mengangkat muka.

"Juna?"

🌹🌹🌹

"Sayangku!?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayangku!?!"

Puteri Bakawali menoleh sekeliling taman diraja itu. Lelaki gila mana yang menjerit macam tu?

Heh.

Perhatiannya kembali tertumpu kepada barisan bunga yang berwarna-warni dihadapannya.

Cantiknya! Kamera yang tersangkut di bahu dicapai.

"Sayang! Hai!"

Bahunya dicuit sedikit membuatkan dia tersentak. Makhluk manakah yang selamba badak memegang bahunya itu?

Seorang putera dengan baju seragam mahal bewarna krim tercegat di sebelahnya.

"Waalaikumsalam."

Sengaja mahu menyindir lelaki itu. Sudahlah tak reti beri salam, sesuka hati pegang bahu pula tu.

Tahu tak haram!

Putera raja itu menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih.

"Er Assalamualaikum."

"Hmm saya dah jawab tadi." Malas mahu melayan lelaki itu. Dia fokus menangkap gambar bunga dihadapannya.

"Awak buat apa tu?"

"Tengah basuh baju ni." jawapan sarkastik diberi. Dah tahu, tanya pula.

Benci.

"Oh tengah ambil gambar ya. Apa kata awak ambil gambar saya yang kacak ini?" Putera itu menunjukkan barisan gigi putihnya.

Manakala Puteri Bakawali hanya menjulingkan mata ke atas.

Mula dah.

Perangai masuk bakul angkat sendiri. Sudahlah rambut kuning macam bulu jagung!

 Sudahlah rambut kuning macam bulu jagung!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Putera Gerhana, Kerajaan Bayu Dalam.

"Hei, buta ke!?!"

Puteri Bakawali menoleh.

Putera Gerhana sedang merenung baju kemeja mahalnya yang bertukar warna.

"Lain kali jalan tengok depan! Habis baju beta jadi coklat! Siapa nak ganti ni!?"

Bergema suara garau lelaki itu sambil merenung tajam seorang gadis yang terjelepuk di lantai dengan cawan dan piring pecah.

"M--maafkan s--saya, tuanku."

"Apa maaf-maaf! Kau boleh ganti baju mahal beta ni! Dasar miskin!"

Puteri Bakawali mengemam bibir sambil maju ke hadapan membantu si gadis yang menggeletar ketakutan.

"Gerhana! cukup!"

"Baju beta ni! Habis kotor!"

"Nah, ambik ni. Belilah sepuluh pasang baju mahal tuanku! Betullah kata orang. Wajah yang kacak tak semestinya perangai molek. Mari adik ikut saya. Kita abaikan saja putera raja yang sombong ni!?!"

Satu uncang sederhana diserah kepada lelaki itu sebelum melangkah pergi memapah si gadis malang.

Ada hati mahu jadi suaminya! Memang taklah dia mahu terima Sang Putera berperangai begitu! Memang akan ditolaklah jawabnya!

Huh!

Huh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now