Dendam Lama

52 3 0
                                    

"Jadi dia berdendam sebab anaknya kena strok lepas kes pinangan ditolak itu?"  Darma bersuara setelah Pak Tanggiri selesai menceritakan semuanya.

Mawar sudah basah pipinya dek air mata yang membasahi pipi mulusnya.

"Taha tu..."

Semua memandang ke arahnya.

"Ceritalah Mawar. Pakcik tahu pasti ada sebab mengapa Mawar menolak pinangan tersebut."

Semua yang ada mengangguk.

"Sebenarnya arwah ayah yang berkeras menolak pinangan Pakcik Manan. Arwah banyak dengar tentang perangai buruk Taha."

" Mawar pernah juga  terjumpa Taha di kedai judi. Tapi dia tak mengaku itu dia. Selalu juga badan dia bau arak ketika kami berjumpa dan makan di gerai Mak Yah. Namun Mawar tak berani nak bagitau sesiapa."

Darma membulatkan mata. Bapak dengan anak sama sahaja. Haih.

Bekas pembesar istana bertiga itu hanya beristighfar dan menggeleng. Patut pun pinangannya ditolak. Rupanya arwah sudah tahu perangai anak si Manan.

Siapalah mahu menantu kaki botol? kaki perempuan? Selisih malaikat 44!?

"Aku pasti ayah kamu dah tahu. Sebab itu dia berkeras menolak."

Semua yang ada mengangguk laju.

Kecuali Arjuna yang dari tadi hanya merenung langit tidak berkelip. Wajahnya tidak beriak.

"Psst.. kau okay tak?"  Bisik Darma perlahan.

"Hmm entahlah. Terlalu banyak benda aku nak hadam."

Arjuna kelihatan tenang. Meski bekas isterinya masih tersedu sedan menahan tangis.

"Sebenarnya aku hanya reka cerita. Mawar tak pernah kemalangan dan tak pernah hilang ingatan."

"Kamu juga tak pernah berkahwin sebelum ni." Wajah Mawar dilihat sekali

"Juna, kamu adalah satu-satunya suaminya. Dia tak pernah berkahwin pun sebelum ni. Aku yang reka semuanya. Maafkan aku."

Wajah lelaki muda berwajah tenang itu direnung. Pelik sungguh. Langsung tak ada sebarang reaksi yang ditunjukkan.

Hanya wajah beku.

"Jadi.. kamu bersatulah kembali bersama Mawar. Aku akan jadi saksi untuk kamu berdua nikah semula nanti."

Mawar tersentak dan bersabung pandang dengan bekas suaminya. Tipulah kalau cintanya sudah tiada untuk lelaki itu.

Dia cuma terkilan sebab lelaki itu tinggalkan dia tanpa berbincang sepatah. Bangun pagi esok, kain baju dan barang lesap bersama tuan badan.

Arjuna menoleh sekilas wajah wanita itu. Terus dia berpaling ke tempat lain. Hatinya masih terkilan mengapa Mawar rahsiakan mengenai Cempaka.

Rupanya ketika dia lari membawa diri, isterinya sedang berbadan dua!

Salah diakah?

Atau salah Pak Tanggiri yang sebar fitnah?

Dia mengutuk dirinya dalam diam. Mengapa harus percaya orang luar berbanding isteri sendiri?

Lalu membawa diri yang terlupa tanpa memikirkan perasaan Mawar.

Pasti Mawar sangat terluka dengan perbuatannya itu. Kalaulah dia lebih rasional dan mendengar penjelasan Mawar dua tahun lalu, pasti mereka bahagia dengan Cempaka bukan?

Dia mengeluh berat.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now