34. Surat

75 13 0
                                    

Surat di tangan dibaca tanpa riak. Entah mengapa hatinya sudah tawar dengan perkahwinan ini. Pilihan arwah ayahnya yang disangka kekal namun tidak. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Maafkan aku Mawar. Semua ini berlalu dengan cepat. Aku juga sudah menemui kehidupan baru. Aku harap kau juga akan menemui kebahagiaanmu sendiri.

Bismillah. Dengan ini aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku doakan kau bahagia ya. Andai kita ditakdirkan berjumpa lagi, aku harap kita masih lagi bersahabat.

Yang benar,

Andika Arjuna

Surat itu dibiarkan melayang perlahan jatuh ke atas lantai papan rumahnya. Entah mengapa dia berasa lega. Mungkin kerana dia tidak lagi digantung tidak bertali.

"Mawar? Kau tidak apa-apa?" Jelita datang menatang dulang. Suasana malam itu tenang sekali. Surat yang terhenyak di atas lantai di ambil.

Surat apa ini?

Mawar menjeling riak muka sahabatnya yang berubah saat membaca isi surat tersebut. Dia hanya kekal membisu. Entah mengapa air matanya bagai sudah kering.

Mungkin dia sudah puas menangis saat ditinggalkan 3 purnama lalu. Dia sudah puas menatap nasib yang tidak sama seperti orang lain. Entah bila sinar bahagia akan datang padanya?

Atau memang nasibnya begitu? Mungkin dia memang tidak layak untuk bahagia?

"Ya Allah, Mawar! Berat sungguh dugaaanmu! Kau kuat ya!" Jelita menarik sahabatnya ke dalam pelukan. Patutlah sahabatnya itu mengunci mulut sedari tadi. Tidak becok seperti sedia kala.

Rupanya ada khabar duka menantinya.

"Aku...aku okay."

Jelita menyeka tubir mata yang bergenang. Kau kuat, Mawar. Tuhan tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kemampuannya.

"Aku sudah tawar hati. Mungkin sudah penat menangis selepas ditinggalkan dahulu."

"Aku faham. Janji takkan ada rahsia antara kita ya? Aku tak mahu kau berahsia antara kita lagi."

Mawar mengangguk sambil tersenyum nipis. Pandangannya kosong merenung bulan mengambang penuh.

Cantik. Indah.

Bilakah tibanya dia akan mengecap bahagia?

🦋🦋🦋
BAMM!! Meja dihentak keras. Sinar matanya memperlihatkan bara kemarahan menyala. Dadanya terasa berbahang. Pantang jika kesayangannya dicuit.

Ini pula disakiti begini?

" Jahanam! Berani dia buat gadis kesayangan aku begini?"

Seorang lelaki berdiri kaku di sisinya tersentak. Tidak menyangka putera akan menyinga seperti ini. Selalunya bibirnya akan dibaluti dengan senyuman. Jarang sekali melihat putera murka seperti sekarang.

Air liur ditelan pahit. Dia hanya menikus memandang lantai. Tidak berani menentang wajah tuannya yang sedang menyinga marah.

"Aku menjaga buah hatiku dari jauh, dengan penuh cermat, datangnya si keparat itu terus menoreh luka di hatinya? Aku sendiri tidak tega melukakan si dia!"

Meja dihadapan terbalik sekelip mata. Dayang terkocoh-kocoh masuk apabila terdengar dentuman tersebut.

"Putera tidak apa-apa?" Seorang dayang kecik molek menegur dengan riak terkejut melihat keadaan bilik putera yang berselerak. Makanan habis berselerak atas lantai marmar mahal itu.

"Kau tahu si keparat itu di mana sekarang kan, Jamil?" Darma tidak menghiraukan pertanyaan itu.

"Y-ya tuanku."

Darma berlalu ke pintu bilik agamnya dan berhenti selangkah sebelum menoleh.

"Apa lagi kau tunggu? Ayuh!" Jerkah Darma. Sakit pula hatinya melihat pengawal itu kelihatan terpinga-pinga.

Jamil lantas berlalu sambil memberi isyarat kepada dayang tadi untuk membersihkan bilik putera yang agak berselerak dari kebiasaan itu.

"B-baik tuanku!" Dia menurut perintah berlalu untuk menyediakan kereta kuda untuk sang putera.

Pak!!

Dinding ditumbuk geram. Hatinya mendongkol geram. Bengkak hatinya mengingatkan wanita disayanginya dirundung duka.

Maafkan aku sayang. Aku tidak boleh berada di sisimu saat ini. Aku hanya boleh memerhatimu dari jauh saja.

Maafkan aku!

Hikayat Mawar BerduriDonde viven las historias. Descúbrelo ahora