Rumah kecil tepi laut

53 6 0
                                    

"Biarpun berkecai tulang di badan tetapi menyerah tidak sekali."

Subuh itu suasana begitu hening. Angin kuat yang menghembus membuatkan rambut ikalnya terbuai. Deruan ombak yang menghempas pantai sesekali mengenai kakinya.

" Wah, aku fikir kau sambung tidur, Arjuna."

Dia menoleh apabila satu suara menegurnya dari belakang. Dia hanya tersenyum nipis.

Entah mengapa selepas mereka berjemaah subuh tadi, dia memutuskan untuk ke sini menenangkan diri.

" Aku tidak dapat tidur nyenyak malam tadi." Jujur dia memberitahu lelaki itu.

"Rindu Mawar?"

Dia tersentak. Selama beberapa purnama sudah tidak mendengar nama itu. Dia mengeluh berat.

"Tak usah mengeluh kawan. Aku tahu kau mesti rindu akan isterimu itu."

Laju sahaja dia menggeleng.

Arjuna tersengih. Eleh, tidak mengaku pula dia ni!

"Kalau kau nak tahu, aku ada menyimpan gambar Mawar di dalam bungkusan ku. Cantik manis orangnya."

Lantas lelaki itu menoleh dan membesarkan mata.

"Ha, kau cemburu ya?" Wajah Arjuna yang merah padam direnung lama.

"HAHAHA" Darma memegang perutnya sambil ketawa terbahak-bahak.

"Dasar kau, Juna. Aku fikir kau benar-benar memiliki gambarnya."

Suasana sudah beransur cerah. Suasana laut ketika ini amat tenang dengan bunyi kawanan burung yang terbang riang di langit.

Arjuna melabuhkan duduk di atas pasir putih itu. Tangannya menangkap seekor ketam yang tersepit di celah kayu dan melepaskannya.

"Mengaku sahajalah kalau kau rindu. Bukan orang lain, isterimu juga."

Darma kelihatan bermain dengan pasir halus. Wajahnya tidak beriak.

"Hatiku masih sakit mengenangkan hal itu. Mengapa aku tidak tahu? Padahal aku suaminya. Bukan orang asing."

"Mungkin betul apa yang dia bilang. Dia lupa ingatan? Kau tidak sepatutnya marah padanya. Mungkin betul dia tidak tahu apa-apa mengenai hal itu."

"Aku.. aku tak tahu." Takkan pula dia menyimpan dendam pada arwah ayah mertuanya. Hatinya diserbu dengan seribu persoalan.

Mengapa ayahanda bendahara menyembunyikan perkara itu daripadanya?

"Aku rasa kau patut siasat mengenai hal ini. Takut ada yang berdendam dengan ayah mertuamu itu."

Arjuna menggeleng.

"Nantilah. Yang penting selesaikn dahulu halmu wahai putera Darma. Halmu lebih penting dari hal remeh aku itu."

"Haih, perlahan sedikit suaramu! Lupakah kau kita sedang menyamar menjadi rakyat biasa?"

Arjuna sekadar ketawa.

"Aku sentiasa ingat, Arjuna. Cuma agak lucu kerana aku tidak sangka yang aku akan jadi sahabat baik kepada bakal ketua kerajaan negeriku sendiri."

Darma menepuk bahu sahabatnya perlahan.

" Semuanya dengan kuasa Allah, Juna. Aku tidak pernah berbangga dengan pangkaf aku ini. Semua ini adalah keduniaan semata. Aku juga manusia biasa. Malah aku hidup seperti yang lain sebelum ditabal tempoh hari."

Mereka hanya diam merenung ombak yang menghempas pantai. Sesekali menyapa beberapa orang nelayan yang pulang dari laut.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now