Kemurungan

64 3 0
                                    

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Darma merenung bilik yang dipenuhi buku itu. Melihatkan kepada keadaan Baiduri, dia sudah tahu gadis itu menderita penyakit apa. Cuma dia mahu menyiasat lebih dalam untuk menguatkan lagi tekaannya itu.

"Jadi...apa pendapatmu mengenai adindaku?"

Dia tersentak. Puteri Bakawali kelihatan tersenyum disamping seorang dayang berdiri berhampiran mejanya yang dipenuhi buku.

"Maaf kalau saya muncul tiba-tiba." suara halus itu sopan meminta maaf. Bimbang menggangu lelaki itu.

"Saya mahu bertanya sesuatu, boleh?" Suara garau itu memecah suasana perpustakaan diraja Alamanda itu.

"Ada sesuatukah yang menganggu fikiran adindamu sebelum dia sakit begini?"

Puteri itu mengangguk. Dia sudah melabuhkan duduk di kerusi berhampiran.

"Dia ada mendesak Tuah untuk berkahwin namun ditolak kerana Tuah masih mempunyai peranan dalam kerajaannya."

"Mengapa puteri berbuat demikian?"

"Tuah amat terkenal dengan keelokan paras rupa dan akhlaknya. Seringkali dia dilamar oleh raja-raja untuk puteri mereka."

"Baginda menolak?"

"Ya. Kerana dia kasihkan Baiduri dan hanya ingin adindaku itu menjadi suri hatinya."

Darma Andika mengangguk mengerti.

"Pada firasatku, adindamu takut kehilangan Tuah. Oleh itu dia mendesak Tuah supaya menikahinya. Namun apabila baginda menolak, adindamu mula runsing."

"Dia runsing sehingga sakit begitu?" Bakawali mengerutkan dahi.

"Iya. Dia terlalu memikirkan tentang perkara yang tidak patut. Oleh itu dia senang mendapat tekanan perasaan."

"Bagaimana pula dengan lelaki yang bernama Ariff itu?"

"Hal itu kita sendiri harus menemui lelaki itu sendiri. Kita harus mendapatkan jawapan daripadanya."

Bakawali mengangguk.

"Aku mahu ikut!"

Mereka bersabung pandang.

"Boleh, Bakawali."

Hikayat Mawar BerduriHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin