32. Luahan

70 9 0
                                    

Manis dan Cendana melopong mendengar  penjelasan Mawar. Jelita pula memerah mukanya menahan marah.

"Dasar lelaki tak guna! Lari bukan jalan penyelesaian masalah! Kalau dia ada di sini, sudah aku sagat mukanya dengan cili di dapur!" Jerit Jelita sambil mengepal penumbuk.

Manis pula menenangkan Mawar yang sudah teresak-esak menahan perit di hati.

" Maafkan aku kerana merahsiakan perkara ini dari kalian. Mesti kalian kecil hati denganku. Abang Arjuna yang menyuruhku merahsiakannya."

"Kami faham, Mawar. Ia memang protokol istana. Pekerja di istana dilarang untuk menghebahkan status mereka untuk mengelakkan kes memilih bulu dalam menjalankan tugas." Terang Cendana yang menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

"Minum Mawar. Hapuskan air matamu. Membazir sahaja dibuang untuk lelaki tak berguna itu."

Gadis berambut perang itu mengangguk perlahan. Dia terharu dengan layanan ketiga- tiga sahabat karibnya itu.

Sangkanya dia akan dibenci kerana merahsiakan statusnya itu. Mujur mereka sangat memahami dan banyak memberinya kata- kata semangat.

Lega sedikit beban di hati.

🦋🦋🦋

"Oi, kau kentut ya?"

Seorang lelaki yang sedang duduk bersimpuh mengangguk dengan wajah tanpa riak. Dia kelihatan tekun membelek buku hikayat lama di tangan.

Entah apa yang menarik dengan buku hikayat itu entah?

"Bau tempoyak tahu! Eii pergi main jauh- jauh sana! Pencemaran bau sungguh kau ini!" Cebik lelaki berambut kerinting itu. Dia sudah sesak menahan nafas.

Nama saja anak raja. Tapi kentut merata. Heh!

"Ha, kutuk akulah tu!" Jegil mata Darma melihat sahabatnya yang kelihatan bersusah payah kerana pencemaran bau yang dikeluarkannya tadi.

"Kau makan apa tuanku yang kacak? Mari aku sental kepala tukang masak istana. Pening kepala aku dengan 'hasil' kau ini."

Darma ketawa kecil. Ada-ada sahaja telatah lelaki ini.

"Aku makan tempoyak ikan patin dan ketam masak lemak tadi."

Sebuah buku melayang mengenai bahu tegapnya. Terus hilang fokus menelaah hikayat lama itu.

Tempoyak?

"Kau bukan alah kepada durian? Haih, degil betul kau ini!" Wira menjengilkan matanya.

Darma hanya memandang dengan wajah kosong. Kemudian dia menyambung pembacaan yang tergendala tadi.

"Tempoyak Mawar memang sukar ditolak. Sudahlah menu itu sekali dalam sebulan. Kempunan aku kalau tidak merasa tahu!"

Tidak sedar dia mengoyak senyuman.

"Hoi!"

Pak!!

Buku tebal merah itu melambung tepat pada dahi Wira. Auchh!

"Sakitlah bodoh!" Berani sungguh Wira membodohkan putera raja ya. Kalau kerabat tahu, mahu ke dalam lokap si Wira ni.

Nasib sahabat karib! Nasib juga mereka kini berada di luar istana. Memang sempoi habis perbualan mereka.

Tanpa tapisan!

"Siapa suruh engkau menjerit di telingaku? Kan sudah mendapat!"

Lelaki bertubuh gempal itu mencebik. Sempat lagi dia menjeling pada helaian yang terbuka di hadapan Darma.

Matanya membuntang.

Gila apa dia ni. Membaca hikayat tentang pembunuhan, tetapi muka tersenyum seperti baru lepas berjumpa kekasih.

Psiko betul!

"Apa yang kau baca? Sudah tu tersengih bagai tiada hari esok? Kau buat aku seram lah!"

Darma tersengih dan menggaru kepala. Tadi rasanya dia membaca tentang cinta. Entah bila beralih pada kisah pembunuhan pula.

Ini gara-gara tempoyak yang dibangkitkan oleh lelaki itulah. Heh.
Satu idea jahat muncul dalam kepalanya.

"Aku rasa tertariklah dengan pisau di hujung sana. Boleh engkau tolong ambilkan? Aku sudah lama tidak bermandi darah."

Senyuman sinis sengaja dilemparkan kepada lelaki itu. Sambil menjilat bibirnya perlahan.

Serentak dengan itu, Wira mengengsot ke tepi. Matanya terbuntang luas. Sudah hilang akalkah sahabatnya ini?

"Kau..kau bergurau sahaja bukan?" Dia menatap wajah Darma dengan wajah gerun.

Tidak mungkin baru baca hikayat tentang pembunuhan sehari sudah terpengaruh?

"Hahahaha!"

Tanpa membuang masa, Wira sudah membuka langkah seribu meninggalkan ruang itu.

Kemudian dia terhenti di muka pintu. Sebentar. Mengapa dia yang beria melarikan diri sedangkan ini adalah rumahnya?

"Mana kau nak lari hah?" Darma muncul dibalik pintu dengan wajah mengerikan.

"Mak tolong! Darma sudah jadi pembunuh bersiri!" Sekelip mata lelaki itu hilang dari pandangan. Lantaklah, baik dia lari sebelum diapakan lelaki gila itu!

Darma ketawa terbahak-bahak melihat sahabatnya yang lari ketakutan. Itulah, suka menyakat orang sangat

Bila kena batang hidung sendiri, tidak cukup tanah lari!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now