42~ Gangster kampung

54 7 0
                                    

"Tuan! Kita ada masalah besar!"

Seorang lelaki berkepala botak mengangkat wajah. Wajahnya menampakkan riak kurang selesa dengan kedatangan anak buahnya itu.

Mengganggu waktu makannya sahaja! Haissh!

"Apa masalahnya?"

"Ada dua orang peniaga enggan membayar pada kita!"

Dia merengus. Sepinggan besar nasi, ayam dan ulam dipandang dengan riak tidak berselera. Baru luak separuh.

"Bodoh! Kerja senang begitu pun kau gagal buat? Bukankah kalian berempat dan mereka hanya berdua?" Suaranya naik seoktaf.

"T-tapi tuan mereka punya seni pertahan diri yang sangat ampuh. Habis kami berempat dikerjakan." Tergagap anak buahnya melontarkan hujah. Bimbang majikannya akan marah menggila.

"Ah, alasan! Panggil Hassan ke sini. Kau boleh berambus uruskan hal rokok seludup itu!"

"B-baik tuan!" Lelaki bertubuh kurus itu bergegas keluar. Gentar jika majikannya menghamburkan marah lagi. Tidak pasal dia ditembak dengan senapang gajah yang tergantung megah di ruang makan itu. Minta dijauhkanlah!

Lelaki botak itu merengus sebelum mencapai segelas besar teh dan meneguk rakus. Harapnya Hassan, orang kanannya itu dapatkan menyelesaikan hal kecil ini.

Pendapatannya sama sekali tidak akan terjejas jika dia tidak dapat duit dari peniaga-peniaga tak guna itu. Namun reputasinya akan calar. Dia mesti gunakan apa jua cara untuk memeras mereka.

Dia harus dilihat kuat sebagai pemimpin kumpulan Ghani Botak. Barulah kumpulan samseng lain hormat dan tidak membuat onar di kawasannya itu.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now