23. Balairungseri (New Update)

95 11 0
                                    

"Beta sungguh tidak sangka.."

Aura Raja Pasha Alam Shah amat menekan ketika itu. Semua menteri dan hulubalang yang berada di situ menunduk menekur lantai.

Seorang lelaki berpakaian seperti rakyat biasa berdiri tegak hampir dengan temoat baginda raja bersemayam. Dia meluruskan kedua-dua tangannya dan memberi sembah hormat kepada Raja Pasha.

" Akhirnya anakanda dapat kembali ke pangkuan ayahanda. Maafkan ayahanda kerana lambat bertindak."

Raja pasha menepuk bahu lelaki muda itu beberapa kali. Terdengar kekesalan dari nadanya sebentar tadi.

"Jangan berkata begitu, ayahanda. Bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini berat. Sementelah Paduka itu merupakan adinda kepada bonda."

Raja hanya mengangguk perlahan.

"Bonda di mana?" Anak muda itu memandang seluruh sudut balairungseri untuk mencari bonda kesayangan. Pasti bondanya terkejut dengan kedatangannya secara mengejut itu.

"Anakanda!"

Permaisuri berlari anak dari pintu utama balairungseri ke arah anak muda itu. Esakan tangisan kedengaran.

Keadaan balairungseri bertukar menjadi sayu dengan pertemuan anak beranak itu. Raja Pasha hanya tersenyum melihat pertemuan itu.

"Bondamu amat merinduimu, Darma. Setiap malam, setiap saat, hanya namamu disebutnya. Apabila khabar pembebasanmu diketahui, bondamulah yang paling girang. Istana yang muram kembali berseri."

"Maafkan Darma, bonda. Keadaan rumit itu yang memisahkan kita. Darma sering berdoa akan kesejahteraan bonda meski kita terpisah jauh selama 28 tahun."

Permaisuri menyeka air mata dan tersenyum. Mereka berdua meleraikan pelukan. Namun gengaman tangan masih tidak dilepaskan.

Siapa yang tidak kasih akan anakanda yang dikandung selama 9 bulan? Terpisahnya mereka bagai merentap jiwa raganya juga.

"Syukur anakanda sudah pulang. Janji sama bonda yang anakanda tidak akan meninggalkan bonda ya, nak."

Lelaki muda itu tersenyum. Wajah bondanya ditatap lama. Bondanya nampak sedikit uzur, mungkin atas faktor umur.

"Baiklah bonda. Andika janji."

Dia memapah bondanya untuk bersemayam di sebelah ayahandanya dan kemudian kembali ke ruangan bawah.

"Darma ada satu permintaan hendak dikhabarkan pada ayahanda, bonda dan seluruh yang berada di sini."

"Katakanlah. Ayahanda dan semua sedia mendengar."

Semua mata para menteri, tabib dan hulubalang tertancap pada putera raja itu.

"Anakanda inginkan penempatan di luar istana."

Seluruh yang ada terkejut. Masing-masing terpinga-pinga dan membisik antara satu dengan lain.

Lainpula dengan reaksi baginda raja dan permaisuri.

"Mengapa kamu tidak mahu tinggal di dalam istana? Di sini semuanya tersedia lengkap?"

"Maafkan anakanda, tetapi eloklah kiranya anakanda tinggal di luar istana untuk keselesaan anakanda sendiri. Sementelah sebelum ini, anakanda sudah terbiasa hidup sebagai rakyat biasa."

Raja dan permaisuri hanya berbalas pandang. Kemudian baginda berdua sepakat mengangguk perlahan.

"Baiklah. Ayahanda setuju. Tapi dengan syarat, jika ada sebarang urusan istana, kamu harus bermalam di istana."

Darma tersengih. Syukur ayahanda setuju. Gusar juga dia jika permintaan ditolak.

Dia mengangguk laju seraya merafak sembah.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now