40 ~ Terbakar

71 7 0
                                    

" Tolong! tolong!"

"Rumah terbakar!"

"Allah, rumah aku!"

"Anak aku!"

"Maaak!"

Ramai orang kampung yang turun bersama baldi dan besen untuk mengambil air di perigi berdekatan. Yang wanita pula mententeramkan mangsa yang terduduk melihat rumah mereka dijilat api.

Sebanyak 23 buah rumah penduduk termasuk rumah ketua kampung musnah dijilat api. Kebanyakannya keluar sehelai sepinggang. Tidak sempat menyelamatkan harta benda. Nyawa lebih penting.

"Tolong, anak hamba di dalam!" Rintih seorang wanita dalam keadaan teresak-esak.

"Ini anak makcik?" Arjuna datang memimpin tangan seorang anak dalam linkungan 10 tahun.

"Gangga! Mujur kau selamat, nak! Terima kasih ya, anak berdua."

Arjuna dan Darma hanya tersenyum dan mengangguk. Baldi kecil di sisi dikerling. Peluh menitik tidak dihiraukan. Nampaknya kebakaran sudah dapat dikawal oleh pihak berwajib.

Mujur pasukan pemadam api tempatan cepat tiba. Juga terdapat polis yang tiba dengan 3 buah kereta peronda. Polis yang beruniform kelabu berseluar paras lutut turun dengan tenang dan mula mengawasi keadaan.

Teja datang termengah-mengah menghampiri mereka. Dari jauh kelihatan Ketua kampung, Penghulu Jais di soal siasat oleh pasukan polis.

"Ayah terjumpa botol minyak petrol di belakang semak sana. Mungkin angkara khianat."

"Angkara khianat?"

" Kau ingat bukan pada lelaki gemuk dan tiga orang samseng di gerai masakan panas tempoh hari?"

"Eh, tak baik menuduh, Teja. Perlu ada bukti." Arjuna menyangkal. Setahunya samseng kampung tidaklah jahat sangat.

" Reban ayam ayah pernah dibakar oleh si gemuk itu. Jadi tidak hairan ini juga kerja mereka."

Darma menjongket kening. Logik juga.

"Mereka bermusuhkan dengan kau?"

Teja hanya mengangguk mengiakan.

"Aku adalah sebahagian dari mereka dahulu. Pelbagai kerja nakal kami lakukan dahulu, namun tidaklah melibatkan nyawa orang. Kami cuma berlumba motor, berjudi dan minum ketum. Sekolah rendah melayu juga kami ponteng tanpa alasan."

"Ayah sangat kecewa dengan aku. Setiap hari dia menasihati aku agar menjauhi kawan sebegitu namun aku degil. Badan aku juga habis berbirat akibat dilibas rotan. Namun aku tidak menyalahkan dia, kerana salah aku juga."

"Aku hanyut dengan keseronokan dunia. Ayah juga pernah aku marah dan hilang rasa hormat aku padanya. Hari-hari aku rasa rumah aku itu seperti neraka. Dan berada dengan mereka di luar, lebih menyeronokkan.

Setelah habis A level. ayah membuat keputusan untuk menghantar aku ke pondok pengajian islam di Laspuri dengan harapan aku menjadi orang yang berguna." Teja merenung dalam langit pekat malam itu. Mungkin teringat masa lalu.

Kedua figura yang turut bersimpuh atas tanah itu mengangguk. Oh, begitu rupanya.

"Dan akhirnya kau berubah ya? Pasti ayah kau gembira bukan?"

Teja mengorak senyum mendengar soalah Arjuna.

"Iya, ayahnya orang yang paling bahagia apabila aku pulang dengan diri aku yang baru. Yang lebih berakhlak dan baik dari sebelum ini."

"Syukurlah."

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now