29: Bingung

78 11 0
                                    

Arjuna merenung langit yang gelap pekat itu. Sesekali dia mengeluh. Air tasik yang tenang tidak dapat menenangkan hatinya yang galau itu.

Perkahwinannya tidak sah?

Dia menghela nafas. Apa semua ini?

Bapa mertuanya, Arwah temenggung Ali tidak pernah menceritakan padanya tentang hal itu. Takkan orang tua itu tidak tahu hukum hakam?

Jadi selama ini dia berkahwin dengan isteri orang?

Astargfirullah..

Dia duduk bersimpuh di atas rumput. Sesekali dikuis sisa rumput dengan seliparnya.

"Arjuna!"

Dia menoleh. Seorang lelaki berpakaian sederhana datang menghampiri. Lelaki itu merupakan sahabat rapat arwah mertuanya, Mantan Bendahara Paduka.

"Kau tidak apa-apa anak muda?"

Arjuna hanya diam. Dia hanya merenung kosong wajah Bendahara Paduka. Tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan.

"Aku mengerti kamu terkilan dengan arwah mertuamu bukan?" Soal lelaki berkumis nipis itu.

"Entahlah Pak Paduka. Padaku dia seorang ayah yang baik. Tidak sangka hal sebegini boleh timbul."

Paduka duduk bersimpuh di sisi Arjuna. Wajah lelaki muda itu direnung lama. Besar sungguh dugaan anak muda ini.

"Beginilah. Letak tempatmu di tempat temenggung Ali."

Arjuna hanya menoleh dan kembali merenung tasik. Sesekali permukaan tasik berkocak apabila ikan timbul di permukaan.

Alangkah indah jika dia menjadi seekor ikan? Tidak perlu melalui perkara seberat ini.

"Bayangkan kau punya anak perempuan suatu hari nanti. Anak perempuanmu jatuh cinta dan berkahwin dengan pilihan hatinya. Kau kurang berkenan namun kau turuti sahaja demi kebahagiaan anakmu."

"Beberapa purnama kemudian, anak dan menantumu kemalangan ketika menaiki kereta kuda. Menantumu cedera parah dan anakmu hanya cedera ringan."

" Besan perempuanmu, iaitu ibu kepada menantumu, mengamuk besar. Katanya anakmulah punca semua itu terjadi. Anakmu dihalau keluar dari rumah. Kain bajunya dicampak ke tanah. Sebarang penjelasan lansung perempuan tua itu tidak mahu dengar."

"Satu kampung heboh dengan kisah anakmu punca kemalangan tersebut terjadi. Dia dicaci, dihina, dipandang serong oleh penduduk kampung."

Paduka berhenti di situ. Dia mengeluarkan rokok daun. Disua kepada lelaki muda itu namun ditolak dengan sopan.

"Beritahu aku, Arjuna. Ayah mana yang tidak sedih apabila anaknya dituduh dan dihina? Ayah mana yang tega melihat anaknya saban hari merayu dan melutut di kaki ibu mertuanya, namun tidak diendahkan? Sedangkan bukan salahnya. Salah orang yang mengemudi kereta kuda tersebut sebenarnya."

Arjuna masih tekun mendengar. Jiwanya berbolak balik. Antara terkilan dan rasa sedih apabila mendengar kisah menyedihkan isteri dan mertuanya.

Isteri? Mungkin sudah jadi bekas isteri?

"Bilakah ayah membawa Mawar pindah ke Kampung halamannya?"

Paduka terbatuk-batuk seketika. Asap berkepul-kepul berlegar di udara. Kemudian hilang ditiup angin malam.

"Bila dia merasakan yang sia-sia mereka tinggal di situ. Keadaan mawar memburuk, makin cengkung dan murung. Dia membuat keputusan untuk tinggalkan kampung isterinya dan pulang ke Kampung halamannya. Di situlah mereka membina hidup baru."

"Lalu bagaimana Mawar sendiri tidak mengingati yang dia pernah menikah sebelum ini? Saya hairan, Pak."

Dia hilang ingatankah? Atau ditimpa penyakit lain?

"Dia disahkan mengalami trauma. Lama kelamaan dia semakin lupa mengenai kejadian itu. Mertuamu telah hapuskan semua gambar dan barangan yang ada kena mengena dengan kisah lalu. Dia tidak mahu lagi Mawar menderita kerana itu."

"Jadi apa status kami sekarang? Suami isteri yang sah atau sudah terbatal?"

Rambut pendeknya sengaja dikusutkan. Bajunya juga tidak terurus. Lain benar dengan penampilannya sebelum ini.

"Kamu berdua sah sebenarnya sebagai suami isteri."

"Hah?" Arjuna melopong. Pening dia. Pak Tanggiri kata begitu. Pak Paduka kata begini.

Mana satu ini?

"Aku sudah merujuk Ahli ugamawan. Katanya Mawar dan suami terdahulu sudah jatuh talak. Perkara ini sudah terjadi 3 tahun lalu."

"Jadi pernikahan kamu ini sah."

Riak Arjuna masih sama. Beku.

"Arjuna, kamu dengar tidak?"

"Dengar Pak Paduka."

"Seharusnya kamu gembira mendengar berita ini?"

"Aku...bingung Pak. Perkara ini terjadi terlalu pantas."

Paduka menepuk perlahan bahunya. Seolah memberi kata semangat kepada pemuda yang sudah putus harapan itu.

"Mungkin kamu masih terkejut. Berehatlah dahulu. Tenangkan fikiranmu."

Arjuna mengangguk perlahan. Dia mendongak ke langit. Bintang-bintang berkelip dengan cantik sekali. Bulan pada malam itu seperti malu-malu ditutupi awan yang tebal. Namun cahayanya masih menerangi bumi.

"Mawar sudah tahu? Sampaikan salamku padanya. Aku masih sayang padanya walau apa berlaku, Pak. Cuma aku perlukan masa."

Pak Paduka mengangguk laju. Dia dapat membaca kegalauan anak muda itu dari wajah yang keruh itu.

"Belum. Cadangnya esok aku dan yang lain akan berjumpanya di rumah Rambo. Jika kau berkelapangan, jemput datang juga."

"Terima kasih saja. Aku akan membawa diri sebentar. Jujurnya, hatiku masih robek dan luka dengan apa yang terjadi."

Diseluk saku dan dikeluarkan syiling emas dua uncang.

"Tolong berikan pada Mawar ya. Nafkah sepanjang aku kepergian. Mohon juga dia maafkan segala kesalahan aku sepanjang bergelar suaminya."

"Kamu tidak mahu berjumpanya sendiri?"

"Tidak. Aku tidak mampu melihat air matanya. Hatiku sakit melihatnya mengalirkan air mata. Aku seorang suami yang gagal, Pak. Maafkan aku."

"Jangan salahkan dirimu, Arjuna. Kau seorang suami yang baik. Kau telah menjaga Mawar dengan baik sejak kepergian arwah 4 purnama lepas. Sekalipun aku tidak melihat Mawar susah atau sedih."

Arjuna hanya tersenyum tawar.

"Aku tetap seorang yang gagal, Pak. Gagal mengawal emosi sendiri apabila ditimpa dugaan sebegini."

Paduka menggeleng mendengar luahan hati lelaki itu.

"Kita juga manusia, Arjuna. Menjadi lelaki tidak semestinya hanya perlu tunjuk kita kuat, gagah. Air mata itu bukan tanda kita kalah. Lepaskan semuanya. Setidaknya kau boleh tenang selepas ini."

Mendengar kata lelaki separuh abad itu, Arjuna terus terjelepuk ke tanah. Esakan kecil kedengaran.

Dia sayangkan Mawar. Tapi dia masih terkilan dengan arwah bapa mertuanya. Mengapa tidak dijelaskan perkara sebenar?

Dia merasa tertipu!




Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now