Mantan Trio Diraja

40 5 0
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumslam. Allahuakbar, lama kita tak bertemu, Kesuma."

Lelaki separuh abad bermisai memeluk erat Lelaki bertongkat beruban penuh kepala.

"Berapa lama kita tidak bertemu ya? Lima atau enam tahun?"

Mereka berdua duduk bersila di beranda rumah putera kerajaan itu. Merendah diri sungguh putera tunggal sultan itu. Boleh sahaja dia tinggal di dalam kawasan istana yang gah.

Namun dia lebih memilih untuk tinggal di dalam kawasan perkampungan kakitangan istana. Kampung Kakitangan istana juga tidak kurnag hebatnya.

Dilengkapi kemudahan seperti sekolah melayu, pondok polis, gerai makan dan gerai menjual barang keperluan.

"Lima tahun rasanya aku duduk bersama anak di bandar."

"Mesti seronok bukan jadi orang bandar?Menanti sengih sambil menyalakan rokok daunnya.

"Huh. Seronok apanya? Rumah sempit, laman hadapan tidak boleh bercucuk tanam macam di sini! Aku bela seekor ayam pun, tak boleh. Heh!" Rungut Kesuma sambil mencebik.

Menanti hanya ketawa besar mendengar rungutan sahabat lamanya itu.

"Kau apa khabar? Bagaimana pokok getahmu. Banyak hasilnya?" Giliran lelaki bermisai itu pula bertanya soalan.

"Alhamdulillah. Macam biasalah Kesuma. Aku keluar sebelum subuh dan pulang ke rumah sebelum waktu tengahari. Petang macam biasalah. Aku kemas rumah, masak dan tidur. Usia senja begini, tak larat aku mahu keluar seperti dulu sangat.."

"Assalamualaikum. Maaf, lambat. Seronok berbual nampak? "Seorang lelaki berserban dan berkain pelekat tiba dengan senyuman. Motor buruknya ditongkat perlahan.

"Waalaikumsalam. Eh, Pak Lebai kita sudah sampai!"

"Lama betul kita tak jumpa kan?" Sengih Menanti.

"Eh, aku rasa baru sahaja melepak di warung kopi kelmarin." Armada mengerutkan dahi.

Ornag tua ni sudah lupakah?

Menanti hanya ketawa terbahak-bahak.
Kesuma dan Armada menggeleng perlahan. Memang tidak berubah sahabatnya itu.

Suka mengusik.

"Jemput ya." Arjuna dan Darma datang membawa talam makanan dan minuman.
Setalam yang dipenuhi dengan lauk kampung itu sungguh enak baunya.

Wajah anak muda tampan itu direnung.
" Susah-susah saja kamu berdua. Hidangkan kopi sahaja sudah cukup."

"Tidak mengapa, pakcik. Malah saya berbesar hati dengan kesudian pakcik bertiga datang malam ini."

"Mawar sudah ada di sini?"

"Ya sudah ada. Bersama isteri Pak Cik Kesuma di dapur."

Kesuma mengangguk.

"Kita tunggu seorang lagi. Dialah yang akan merungkaikan semua ini." Lelaki separuh abad itu bersuara.

"Mari makan dulu. Jemput."

Tangan dicelup ke dalam bekas air basuh tangan sebelum menjamah hidangan yang disediakan.

"Juna, tak makan?" Tegur Pak Kesuma.

"Tak ada selera pakcik. Kusut benar kepala saya."

"Makanlah sedikit. Nanti perut masuk angin, lagi susah." Pujuk Pak Armada yang menghulur sepinggan nasi padanya.

Dengan berat hati dia mengambil juga pinggan itu. Nasi putih yang berasap ditenung kosong.

"Makanlah. InsyaAllah malam ini kita akn rungkaikan masalah kamu. Ini semua berkait dengan arwah ayah mertua kamu juga."

Membulat mata Arjuna mendengarnya. Berkait dengan ayah mertuanya? Tapi apa dia?

Dia hanya menyuap nasi berlauk masak kuning dengan persoalan yang berselirat di kepala.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now