Istirehat

49 5 0
                                    

"Astaghfirullah.."
"Allahuakbar.."
"Lailahailallah."

Angin petang itu agak lembut menampar pipi perlahan. Butiran tasbih digerakkan perlahan seiring dengan zikir meniti di bibir.

Petak-petak sawah kelihatan sedikit lecak dek hujan tengahari tadi. Sesekali burung hinggap di petak sawah untuk meragut padi yang sudah masak.

"Assalamualaikum.."

Darma menoleh dan tersenyum melihat gerangan yang berada di muka pintu. Sengaja dia biar pintu terbuka luas.

"Mari duduk. Sekejap ya, aku mahu buat air."

Lelaki berambut paras bahu itu menegah Darma dari bangun ke dapur.

"Tak usah, kawan. Aku sudah minum di rumah bendahara tadi."

Darma tidak jadi untuk ke dapur. Dia bersimpuh di hadapan tetamunya itu.

"Kau sihat, Teja?"

Teja tergelak kecil mendengar ayat yang keluar dari lelaki itu.

"Alhamdulillah sihat seadanya. Bagaimana dengan pengembaraanmu ke Negeri Rembulan? Seronok?"

"Syukur semua berjalan lancar. Negeri itu meriah dengan pedagang keluar masuk berdagang barangan masing-masing."

"Masalah yang dihadapi mereka juga telah berjaya diselesaikan. Syukur pada Allah."

" Kau pandai mengubat?" Suara Teja seperti terkejut mendengar khabar itu.

Darma menggeleng laju mendengar soalan itu. Teja mengerut dahi. Jika bukan Darma siapa?

Takkan Juna?

"Eh bukan aku. Arjuna yang mengubati semua itu. Terkejut juga aku pada mulanya. Tak sangka, dalam sikap lucu dan selambanya, ada ilmu yang tersimpn dalam dirinya."

Teja melopong mendengarnya.

"Amboi, mengata aku ya?" Sergah satu suara dari serambi rumah.

Mereka bertiga meledakkan ketawa serentak. Arjuna melangkah menghampiri dua pemuda dengan bungkusan di tangan.

"Lama sudah kita tidak berkumpul begini bukan?" Darma tersengih sambil menepuk bahu Teja.

Arjuna kelihatan datang dari arah dapur menatang dulang.

" Jemput makan. Ada lempeng pisang bersama kelapa ini. Kesukaanmu bukan Teja?"

"Ah, susah-susah sahaja kau ini. Tadi sudah ku tegah Darma dari menghidang sebarang makanan." Teja tersenyum apabila Darma menyua cawan berisi kopi panas.

"Tidak mengapa. Bukankah bagus meraikan tetamu. Lagipula ketika aku sedang mempraktikkan silat sebentar tadi, ada jualan atas basikal. Itu yang kubeli."

"Amboi hero kita makin berotot ya? Pasti sudah ketemu jantung hati di sini?" Seloroh Teja yang mencicip perlahan kopi yang berasap itu.

Arjuna hanya ketawa kecil mendengar gurauan sahabatnya itu. Ada- ada sahaja dia ini. Sekeh kepala baru tahu.

" Tiada maknanyalah. Aku di sini bukan untuk menyunting bunga. Kami berdua mahu berguru dengan ulama di sini."

Darma tersenyum nipis mendengarnya.

"Benar katanya itu. Ulama disini sangat terkenal di seluruh negeri. Rugi jika kami melepaskan peluang ini."

Darma membisikkan sesuatu kepada Teja yang khusyuk mengunyah lempeng. Teja kelihatan tersenyum sinis merenung wajah Arjuna yang enak bersandar di beranda rumah kayu itu.

"Hoi, apa yang kalian bisikkan itu? Jangan belot ya, Teja!"

Suasana nyaman dengan langit yang cerah, memeriahkan lagi suasana rumah tetamu diraja itu.Bunyi kicauan burung sesekali menyapa halwa telinga.

"Apa salah, aku belot sekali sekala."

Mereka bertiga tersengih dan menyambung menikmati suasana tenang di tepi sawah yang terbentang luas itu.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now