Negeri Alamanda 3

50 3 0
                                    

Flashback 3

"Assalamualaikum."

Gadis cantik berambut tocang itu tersentak. Putera Tuah duduk bertentangan gadis itu. Terdapat dua cawan teh dan sepiring cucur pisang yang berasap atas meja.

"Maafkan saya jika Bakawali terkejut."

Gadis itu kemudian tersenyum manis.

"Eh tak mengapa. Salah saya juga mengelamun jauh, Tuah."

"Saya ingin bertanya sikit. Boleh?"

Tuah mengangkat kening sambil memandang wajah ayu itu. Wajah mirip Baiduri itu membuatkan hatinya luluh. Seperti ada sesuatu merentap jantungnya keluar saat ini.

"Boleh. Tanyalah banyak mana yang Bakawali mahu. Misalnya kalau soalan itu lanjut sampai subuh esok pun boleh. jawapannya minggu hadapanlah kalau soalannya banyak begitu."

Gadis itu tergelak kecil mendengar jawapan itu.

"Adakah adindaku sudah memulihkan hubungannya denganmu, Tuah?"

Wajah tenang lelaki tadi serta merta berubah. Wajahnya semendung langit pada hari itu.

"Emm maafkan saya. Tuah boleh abaikan pertanyaan saya itu."

Lelaki itu mengangkat muka dan tersenyum. Namun bakawali boleh melihat yang senyuman itu sangat hambar.

" Adindamu... dia.."

Bakawali hanya diam menunggu. Dia tahu betapa sakitnya apabila tunang sendiri berubah hati. Apatahlagi ketika majlis perkahwinan semakin hampir.

"Adindamu... minta putus..." Tuah kehilangan kata-kata. Hatinya sudah remuk ditimpa batu besar.  Tubir mata lelaki itu basah. Hanya menanti untuk pecah sahaja.

"Apa!?!" Jerit gadis itu. Adindanya sudah hilang akalkah? Mereka berdua sudah lama bercinta. Setahunya, Baiduri sangat mencintai Tuah.

Baidurilah yang berlari  kegembiraan satu istana apabila Tuah melamarnya 6 purnama lalu. Habis semua orang diberitahu tentang berita gembira itu.

Tapi kali ini? Dia minta putuskan pertunangan? Sepertinya Baiduri tidak menjadi dirinya sendiri.

Bakawali menghulurkan secawan teh. Mungkin boleh meredakan kesedihan bakal adik iparnya itu.

"Terima kasih."

Gadis itu hanya mengangguk. Kepulan awan di langit dipandang lama. Wajah bonda, ayahanda dan adindanya terukir di langit.

Dia hanya berdua beradik sahaja. Mereka berdua ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua ayahanda bonda mereka. Namun tidaklah sehingga merosakkan mereka.

Malah bonda amat tegas dalam soal akhlak dan pendidikan. Dengan hasil didikan tegas bonda, terhasillah mereka dua beradik yang sempurna akhlak, tinggi pendidikannya.Tinggi sifat empati dan hormat semua orang tidak kira darjat atau pangkat.

"Kita harus selamatkan Baiduri. Kalau Tuah hendak tahu, sudah berbagai cara ayahanda saya  telah ikhtiar."

"Berubat tradisional sudah. Berubat secara moden juga sudah. Sehinggakan kami kini sudah kehabisan idea."

Gadis itu mengeluh buat kali yang keberapa. Besar harapannya untuk melihat adindanya kembali seperti sediakala.

Baiduri yang mesra, lemah lembut dan manja orangnya.

"Aku punya saudara di Negeri seberang. Khabarnya ada dua pengembara misteri yang telah banyak menolong orang. Mungkin kita patut pergi menemui mereka. Mana tahu, mereka tahu asbab mengapa tunangku sakit begini?"

"Boleh juga. Nanti saya usulkan perkara ini pada ayahanda. Harapnya ayahanda bersetujulah dengan cadanganmu ini, Tuah."

"InshaAllah kita sama-sama doakan."

"HOI, TUAH! DI SINI RUPANYA KAU YA?!"

Bakawali dan Tuah serentak menoleh. Siapa pula yang menjerit seperti beruk makyeh itu?

Seorang lelaki sebaya mereka kelihatan mendekati mereka dengan menaiki kuda.

"Kau mungkir janji ya, Tuah. Bukankah petang ini kita bertanding polo di Tanjung Emas?"

*pertandingan polo= sukan berkuda*

"Allah! Aku terlupalah."

Lelaki yang berada atas kuda itu mencebik. Lupa atau buat-buat lupa?

"Ceet ... muda-muda lagi sudah lupa. Nasihatkan sedikit tunangmu ini, Baiduri!"

Bakawali sudah ketawa kecil melihat gelagat dua lelaki itu. Seorang membebel, seorang lagi redha dan pasrah menadah telinga.

"Ini Bakawali. Kekandanya Baiduri."

" Oh kukira tunangmu. Mukanya hampir sama."

"Mahu mencuba nasib? Bakawali!  Yang kacak ini namanya Andika. Dia ini masih single. Ada peluang tak? Bolehlah kita lansungkan majlis sekali nanti."

"Aduh!" Tuah menggosok kepalanya terasa sengal. Sahabatnya diatas kuda dijeling sekilas.

"Tahulah single! Tak usah ketuk kepala aku. Tak kahwin aku nanti!"

Tuah melompat naik keatas kuda sahabatnya itu.

"Kami pergi dahulunya, Bakawali! Oh ya, nama si zirafah ini, Andika. Kalau berkenan nanti beritahu ya, Bakawali!"

"Baik kau diam sebelum aku humban kau dari kuda ni!."

"Kejaplah! Bakawali, kalau berkenan bagitahu ya! Jejaka terhangat di pasaran ini!"

"Abaikan dia, puteri. Hamba pergi dahulu ya! Susah bawa orang gila ni!" Tuah membesarkan matanya merenung gerangan di hadapannya itu.

Kau kata aku gila, Andika?

Bakawali hanya menahan geli hati sambil melambai kedua lelaki itu pergi. Dia bingkas bangun apabila suasana sudah masuk waktu senja.

Pasti ayahanda bising jika tahu dia masih berada di luar. Dia menapak perlahan menuju ke istananya di bahagian utara.

Harapnya Ayahanda berkenan dengan permintaan Tuah itu. Adindanya sembuh atau tidak itu belakang kira.

Yang penting doa dan usaha.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now