Halaman 8: Mencari Kebenaran

143 21 1
                                    

Petang itu kelihatan mendung. Awan hitam berarak perlahan menutup sang mentari.

Air sungai mengalir tenang. Bakul rotan berisi baju diletakkan di tepi titian.

"Mawar, Kenari pulang dulu ya."

Sapaan gadis tinggi lampai memakai baju kurung berbunga kecil menyentakkanya dari lamunan.

"Baiklah Kenari. Hati-hati di jalanan ya."

"Benar kau mahu sendirian di sini? Bahaya, Mawar!" Mentari yang tercegat di sisi Kenari bersuara.

"Usah risau. Tuhan ada menjagaku di sini." Mawar membalas dengan senyuman.

Dua orang gadis tadi berlalu selepas mengucapkan selamat tinggal.

Mawar mengeluh perlahan. Kakinya dijuntai ke permukaan air. Sesekali dia merenung deburan air terjun tidak jauh dari situ.

Terbayang wajah anggun Orkid dan juga wajah maskulin Berahim.

Siapa yang bersalah sebenarnya?

🌟🌟🌟

Suasana halaman rumah Tok Penghulu sesak seperti ada keraian. Semua penduduk kampung terpinga-pinga mengapa mereka dipanggil.

Seorang lelaki berjanggut putih memegang tongkat kelihatan bangkit diapit oleh Bendahara dan Temenggung.

Lelaki tua itu berdehem seraya mengetuk tongkatnya beberapa kali. Serentak dengan itu suasana hingar bingar menjadi sunyi sepi.

Masing-masing menumpukan perhatian pada lelaki tua itu dengan wajah bingung.

"Assalamualaikum semua penduduk kampung. Tujuan aku memanggil kamu semua ke sini, adalah untuk merungkaikan hal Melati dan Berahim."

"Pasti semua sudah tahu mengenai mereka bukan? Hari ini aku telah memanggil beberapa saksi pada hari kejadian."

"Selepas itu barulah Melati dan Berahim sendiri akan bangun dan memberitahu hal sebenar. Kita akan tahu siapa yang bersalah di akhir sesi soal jawab ini."

Temenggung Ali menunding jarinya ke arah seorang wanita yang merupakan jiran Melati.

"Silakan bangun, Cendana. Apakah benar kau ada mendengar mereka suami isteri berkelahi setiap malam?"

Wanita berkerudung nipis itu mengangguk.

"Ya. Hampir setiap malam mereka berkelahi. Tetapi malam itu, adalah yang paling terburuk. Ku dengar Melati menjerit 'sakit' dan berkata 'jangan pukul adinda'!"

"Adakah kau dengar butir kata mereka saat itu?"

"Tidak begitu jelas. Yang jelas Berahim kelihatan begitu marah. Manakala Melati pula tidak henti menangis."

"Terima kasih, Cempaka."

Tok penghulu dan beberapa yang lain hanya mengangguk. Mawar dan Orkid kelihatan mencatat keterlangan itu dengan mengguna pena dakwat basah.

"Giliran kamu pula, Kembara."

Seorang pemuda berambut panjang berdiri.

"Ya saya, tok penghulu."

"Jelaskan apa yang kamu nampak pada hari kejadian."

"Semua tahu bahawa, untuk ke pekan, semua  harus melalui Kampung kami terlebih dahulu."

Semua mata terarah pada lelaki tegap itu. Dia agak petah berkata-kata dari wanita tadi.

"Ketika hamba ingin ke pekan pada suatu petang, hamba ternampak seorang wanita yang mencurigakan."

"Mencurigakan bagaimana?" Soal Bendahara yang berpeluk tubuh di samping Tok penghulu.

"Sedang orang kampung berpusu-pusu melalui jambatan itu, wanita itu malah berhenti di tepi semak. Dia kelihatan seperti resah menunggu seseorang."

"Pada mulanya aku tidak mengendahkannya namun langkahku terhenti apabila aku menyedari bahawa dia adalah sepupuku, Melati."

"Aku ingin menyapanya namun terhenti apabila seorang pemuda datang menghampiri. Pada mulanya aku ingat, lelaki itu suaminya. Namun ianya bukanm lelaki itu sedikit katik dan kurus."

Sedangkan Berahim seorang yang tinggi dan bertubuh tegap. Secara tidak sedar, Mawar menyambung kata-kata Kembara memperincikan ciri-ciri Berahim.

"Namun ternyata telahan aku salah. Baru aku teringat bahawa bukankah waktu ini Berahim berada di pekan menjual sayur-sayuran?"

"Oleh kerana rasa curiga yang menebal, aku mengekori mereka sehingga ke Air Terjun. Apalah yang dibuat Melati sama lelaki asing itu?"

Lelaki itu terjeda sebentar. Dia memandang satu persatu wajah dihadapannya itu. Dia kelihatan seperti serba salah.

"Apa yang kamu temukan?" Tok Penghulu menyoal setelah lama diam.

"Sebelum itu, kak Melati maafkan Kembara ya. Kembara cuma ingin menegakkan kebenaran. "

Melati tidak menjawab. Wajah wanita itu basah dengan air mata. Entah bersalah, entah bersedih.

"Melati telah curang! Malah dia telah mempunyai niat untuk berpisah dengan abang Berahim!"

Mawar memandang Melati dari kejauhan. Wanita itu kelihatan gelisah. Jadi benar telahanku ini?

Berahim terpempan. Serta merta wajahnya berubah menjadi merah.

Merah semerahnya.

" Teganya kau Melati. Aku menyayangimu sepenuh hatiku. Ini balasan kau kepadaku?"

Suara Berahim yang tinggi itu mengejutkan semua yang berada di situ.

"Abang..Me..Melati.." Wanita itu menangis teresak-resak. Tidak mampu meneruskan kata-kata.

"Sudah! Adakah kerana abang ini miskin tidak berharta? Si bedebah itu berharta ya? Iyalah, dia mempunyai motokar bukan? Sedangkan aku hanya ada basikal."

Berahim merasakan tubir matanya basah. Hatinya seperti sakit disiat-siat. Jiwanya sudah hancur berkecai.

"Kau sudah nekad nampaknya ya? Baiklah, Melati aku cer..."

"Nanti dulu." Jerit satu suara.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now