Kehidupan seharian

42 2 0
                                    

Anum menyeka peluh di dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Anum menyeka peluh di dahi. Matahari yang memancar di atas kepala tidak dihiraukan. Habis baju lusuhnya lencun dibasahi peluh. Lalang yang masih berbaki mesti dicantas segera.

Lagipun bukan selalu Mak Ateh mengupahnya untuk menebas lalang. Upah sepuluh ringgit pula tu! Cukup untuk makan dua minggu rasanya. Ubat ibu baru tiga ringgit.

Ada lagi baki tujuh ringgit. Banyak tu! Sengihnya sendiri.

" Sudah siap, Mak Ateh!"
Suara halusnya mengejutkan Mak Ateh yang sedang ralit menganyam tikar itu.

"Sudah siap, Anum? Sebentar ya."
Kelibat wanita pertengahan umur berkain batik masuk ke dalam rumah direnung dengan ekor mata.

Dalam hatinya berbunga kerana dia akhirnya mampu membeli telur untuk makan malam nanti.

Tidaklah hanya makan nasi berlaukkan garam seperti selalu.

"Nah. Terima kasih ya. Nanti Mak Ateh panggil lagi kamu kalau ada kerja yang perlu dibereskan."

Tiga keping not lusuh bertukar tangan. Anum berkerut kening melihat not tersebut.

Eh tiga ringgit?

"Err Mak Ateh..."

Wanita separuh abad itu menoleh.
"Maaflah. Aku mampu beri tiga ringgit sahaja. Lagi tujuh ringgit aku mahu guna beli baju untuk Shahrul. Anak aku dapat kerja di bandar sana."

Anum hanya mengangguk lemah. Nampaknya dia terpaksa batalkan hasrat untuk membeli telur.

Duit itu cukup-cukup untuk membeli ubat ibunya.

"Oh begitu. Tak apalah Mak Ateh. Saya minta diri dulu ya."

"Ha, baik-baik jalan tu ya!"

Gadis itu hanya mengangguk lemah dan beredar.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now