26: Ibu

83 12 0
                                    

Pagi itu kelihatan sangat redup. Sinaran matahari masih malu-malu untuk munculkan diri.

"Patik beransur dahulu, tuanku. Jika ada perkara berbangkit, patik ada di perkarangan ya."

Putera Darma mengangguk. Dia mengitari sekeliling kawasan itu perlahan.

"Arjuna, ke mari sebentar."

"Ada apa tuanku?" Seorang lelaki muda berbaju jubah rasmi Kerajaan Rembulan menghampiri merafak sembah.

"Ambilkan tas pakaian beta di kereta kuda."

"Baik, tuanku." Arjuna bergegas menuju ke kereta kuda.

"Gangsa, ke mari sebentar."

"Ya tuanku?"

Seorang lelaki bertubuh kurus merafak sembah hormat.

"Ambil wang ini, bawa pengawal menikmati hidangan di gerai berhampiran. Beta mahukan masa bersendirian."

Gangsa mengangguk dan beransur perlahan bersama 4 orang pengawal. Faham akan keadaan Putera yang inginkan masa bersendirian.

"Ini tuanku."

Arjuna datang membawa beg baju baginda.

"Kamu tunggu di sini sebentar ya."

Arjuna akur sambil menikmati suasana yang nyaman.

Lima minit kemudian...

Arjuna melopong.

Tuanku dilihat bersahaja berbaju nipis dan berseluar hitam. Kasual.

"Panas benar pakai jubah itu. Beta lagi gemar berpakaian begini."

"Tapi tuanku.."

"Usah bimbang. Lupakan kamu yang beta pernah menjadi rakyat biasa? Salahkan beta berpakaian begini?"

Arjuna tersenyum. Dia tahu Arjuna takut akan protokol ketat Raja Pasha. Ayahandanya itu sememangnya skema dan terlampau mengikut protokol.

"Usah bimbang. Selagi kamu bersama beta, ikuti sahaja cara beta. Ayahanda sudah punyai pengawal utama baharu. Kamu patut kasihankan sahabat baharu kamu itu." Seloroh Darma bersahaja.

"Baik..baik tuanku." Muka Arjuna yang pucat kembali lega. Siapa tak kenal, Raja Pasha apabila murka.

Mujur anakanda ini seorang yang tenang dan bersahaja.

"Oh ya, Gangsa dan yang lain, beta arahkan ke kantin. Kamu juga boleh menyusul mereka untuk makan. Kamu masih belum makan, bukan?"

Arjuna mengangguk. Putera bagaikan membaca isi hatinya. Perutnya juga berkeroncong sejak berdiri seperti tiang lampu sedari tadi.

"Patik beredar dahulu tuanku."

"Baik."

Putera Darma menapak perlahan menyusuri kolam ikan yang indah itu.
Kolam itu dipagari dawai tinggi mungkin untuk menjaga keselamatan warga di situ.

Ah, usah pakai gelaran diraja. Setahun yang lalu, dia hanyalah seorang rakyat biasa. Jujurnya dia masih agak kekok dengan kehidupannya kini.

Siapa sangka daripada seorang nelayan hidup kais pagi makan pagi, kepada seorang putera raja?

Ajaib bukan? Dia tersentak apabila seorang lelaki rambut tidak terurus menyanyi kuat lagu entah apa.

Dia mendapati berbagai ragam pelik orang yang menghuni pusat itu. Ada yang berbual dengan tiang, Ada yang berlari pusing satu tasik seperti atlet lumba lari. Ada yang duduk termenung dengan sikat tersekat di rambut.

Darma menggeleng kepala. Pasti mereka mempunyai kisah silam yang malang menyebabkan mereka berada di sini. Pastinya duka dan hitam menyebabkan mereka hilang kewarasan akal.

Dia menghentikan langkah apabila tiba di satu ruangan istirehat. Dia menghampiri seorang wanita berbadan gempal berkerusi roda yang sedang disuapkan makan oleh pekerja di pusat itu.

"Ah makcik, anak makcik sudah tiba."

Wajah redup tua itu tidak memaparkan reaksi. Hanya kekal merenung ke hadapan.

Entah apa yang menarik minatnya pada dinding lusuh yang sudah tertanggal cat itu.

Darma tersenyum. Rambut wanita itu dielus lembut. Wajah wanita yang membesarnya ditatap lembut.

"Biarlah apa kata orang, Utama tetap berpihak pada ibu ya!"

Wanita itu hanya tersenyum padanya sebelum merenung kosong ke luar tingkap.

Darma janji satu hari kebenaran akan terungkap. Yang jahat akan dihukum dan yang benar akan disanjung!

Hikayat Mawar BerduriWo Geschichten leben. Entdecke jetzt