Tengku Kamariah

47 2 0
                                    

Seekor ibu burung gigih menyua cacing ke dalam mulut anak-anaknya. Suasana bising dengan bunyi riuh anak-anak burung yang riang diberi makan.

"Hei, kau tak apa-apa?"

Pagi itu suasana tenang dengan bunyi riuh burung-burung keluar mencari makanan. Arjuna yang leka memerhati burung di atas pohon, tersentak.

Dua pinggan nasi lemak yang masih berasap terhidang di hadapannya. Kening dijungkit sedikit.

"Kau masak?" Setahunya Darma hanya tahu masak nasi goreng sahaja. Dan masak air.

"Mawar hantar tadi. Kopi o ni aku yang buat ya.."

Arjuna mengorak sengih apabila melihat Darma mencebik.

"Iyalah. Aku tahu kau pakar buat kopi o.."

Suasana jeda seketika. Masing-masing leka menyuap nasi yang digaul dengan sambal itu.

"Jadi...kau dah buat keputusan?" Darma bersuara.

Lelaki berbaju putih dan santai berkain pelekat itu menggeleng. Pinggan diangkat ke sinki yang diperbuat dari buluh.

"Entahlah, Darma. Aku buntu." Suara Arjuna berselang dengan bunyi air di sinki buluh.

"Terpulang pada kau, Juna. Sebagai sahabat aku akan sokong apa jua keputusan kau." Kopi yang suam dicicip perlahan.

"Aku perlukan sedikit masa. Jadikah kau hendak jumpa ibu saudaramu?"

Darma hanya mengangguk. Tengku Kamariah tiba-tiba memanggilmya ke Istananya di negeri seberang. Pasti ada hal mustahak.

"Aku rasa tak sedap hati..."

Arjuna menepuk perlahan bahu lelaki bertubuh tegap itu.

"Tak ada apalah. Mungkin ibu saudaramu rindu itu. Maklumlah dia tiada anakanda untuk dimanjakan."

"Aish, aku bukannya anak kecil untuk dimanja-manja!" Muncung lelaki itu sambil ditertawa Arjuna.

"Hah, anak manja sahaja muncung macam itu."

"Argh, diamlah!"

Akhirnya mereka berdua melepaskan tawa sambil merenung pasir halus yang dihempas gulungan ombak yang hanya beberapa meter daei pintu rumah kecil mereka.

❤️❤️❤️

Tengku Kamariah membuka gelangsar biliknya dengan cermat. Angin menderu-deru masuk menyapanya. Suasana masih gelap. Dia menjeling ke arah jam dinding.

Oh baru 6:30 rupanya.

Tasbih di tangan digerakkan perlahan. Mulutnya tidak henti dengan zikrullah, kalimah memuji Allah.

"Tengku, maafkan saya. Patik hanya mahu ingatkan bahawa tengku ada janji bersama Putera Andika di perpustakaan utama."

Seorang dayang separuh umur berselendang muncul tersenyum di muka pintu.

Tengku Kamariah menoleh dan tersenyum manis kepada dayangnya itu.

"Baik, Fatimah. Terima kasih ingatkan saya."

Daun pintu bilik agam ditutup perlahan. Dia kembali merenung hempasan ombak tidak jauh dari balkoni bilik agamnya.

Bayangan wajah anakanda saidaranya itu bermain di tubir mata. Maafkan bonda Kama, Andika. Mungkin sudah terlewat tetapi bonda tetap mahu menerangkan semuanya pada kamu.

Kamu patut tahu hal yang sebenar. Nafasnya dihela perlahan.

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now