Bantuan kecil

62 1 0
                                    

Dua anak muda itu bersila di atas tikar lusuh dengan hati yang bercampur baur

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Dua anak muda itu bersila di atas tikar lusuh dengan hati yang bercampur baur.

Di sudut kiri ada meja kecil yang terisi buku sekolah yang rapi tersusun. Baju dan seluar kemas berlipat di atas rak kayu yang sudah terkopek kulitnya.

Kemas. Bisik hati Arjuna.

Beberapa orang anak Kak Ati riuh bermain di luar manakala lagi 4 orang sedang tekun membuat kerja sekolah.

"Jemput minum Juna, Darma."

Kak Ati duduk perlahan dengan kain selendang putih di kepala. Anum pula sibuk menuang air ke dalam cawan. Beberapa keping biskut tawar tersusun elok dalam piring.

"Susah-susah saja kak. Kami sudah minum di rumah tadi." Bibir Darma mengoyak senyum.

Enggan menyusahkan Kak Ati sebenarnya. Dengan keadaanya yang tidak berapa sihat itu.

" Tak apalah. Air teh saja yang akak mampu. Itu pun kamu yang beri pada Anum kan semalam? Terima kasih banyak ya. Susahkan kamu pula."

"Terserempak sama Anum di kedai Ah Seng. Memang niat mahu beli untuk Anum pun. Mukanya nampak penat sangat semalam."

Kak Ati tersenyum tawar. Sesekali dielus bahu anak sulungnya yang bersimpuh disisinya.

"Akak merasa serba salah dengan dia sebenarnya. Sepatutnya di usia begini, dia pergi belajar bukannya berhempas pulas begini."

Kak Ati menunduk menekur lantai. Hatinya tiba-tiba diruntun sayu. Ibu mana yang tidak sayang anak? Yang mahu anak menderita?

Tidak ada!

"Kalau dia tidak pergi menoreh, alamat tidak berasaplah dapur kami. Upah akak menjahit baju pun tidaklah seberapa. Lepaslah sedikit jika mahu beli telur atau ikan masin."

Lelaki berdua itu hanya mengangguk. Makin sebu dada mereka mendengar luahan ibu muda itu.

" Sekolah anak-anak bagaimana kak? Dengarnya tok ketua biaya ya?" Arjuna bersuara.

"Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Kalau tak, akak hanya mampu sekolahkan si Mira dan Amir saja. Yang lain memang diluar kemampuan."

"Oh ya, ini untuk akak dan anak-anak."

Darma naik dengan seguni beras, Darma pula mengheret guni berisi jagung, lobak, terung dan sayur-sayuran lain.

"Kebun kecil depan rumah kami subur nampaknya kali ini. Sebab itu kami niat mahu agih-agihkan."

Kak Ati hanya mengangguk dengan riak wajah terharu.

"Terima kasih banyak-banyak ya. Kamu berdua memang sudah banyak bantu akak semenjak suami akak meninggal tahun sudah."

"Ini juga ada beberapa sumbangan benang dan kain untuk akak menjahit."

"Eh, tak apalah. Barang menjahit masih ada lagi rasanya." Tolak Kak Wati segan.

"Ambillah kak. Kebetulan Ah Seng baru ambil stok dari pedagang Cina. Lawa kainnya ni." Pujuk Darma.

Kak Wati hanya mengangguk lemah. Banyak dia terhutang budi pada orang kampung, terutama dua anak muda ini.

Baju Siah dan Gayah hanya siap separuh kerana tidak cukup benang. Benang pula mahal, sama harga dengan harga telur. Baik dia beli telur untuk beri anak-anak makan.

Budak berdua ni beri benang satu plastik penuh, dapatlah dia siapkan baju-baju yang terbengkalai. Mujur jirannya tidak kisah. Mungkin mereka faham kekangan yang dihadapinya itu.

"Malu akak dengan kamu berdua, dengan penduduk kampung.."

Dia mengeluh berat. Sesekali batuknya datang menjengah. Lelahnya makin menjadi-jadi. Entah apa sakitnya. Hendak pergi hospital?

Memang tidaklah. Bil terlalu mahal. Akhirnya dia hanya bertahan dengan ubat kampung dan ubat biasa yang dijual di kedai Ah Seng saja.

"Jangan kata begitu, kak. Kita ni manusia memang harus tolong-menolong. Hari ni kami bantu kakak, entah bila nanti, kakak pula yang akan bantu kami?"

Selepas itu keadaan jeda seketika. Hanya kedengaran bunyi geseran cawan dan kunyahan biskut. Sesekali kedengaran riuh anak-anak Kak Ati bermain entah apa di halaman rumah.

Darma menoleh ke arah Anum yang kembali menyertai adiknya dengan buku sekolah.

Anum perlu ke sekolah. Sayang kerana gadis kecil itu pintar orangnya. Sayang jika ketinggalan pelajaran.

Tetapi bagaimana? Keluarga Kak Ati perlukan seseorang untuk keluar bekerja untuk memastikan kelansungan hidup.

Wanita itu tidak kuat berjalan jauh. Dia akan cepat mengah dan lebih parah lagi lelahnya akan datang menjengah.

Oleh itu dia hanya mengambil upah menjahit baju di rumah sahaja.

Dia mengerah otak. Anum perlu ke sekolah! Dia yakin keluarga Kak Ati ada cara lain untuk dibantu.

Pasti ada!

Hikayat Mawar BerduriTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang